Search

Kenali 10 Makanan Yang Boleh Membantu Kecerdasan Otak Bayi Di Dalam Kandungan

Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan sahaja cukup sifat, tetapi juga sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi.

Seringkali juga menjadi persoalan, adakah makanan yang diambil oleh ibu hamil boleh membantu kercedasan otak bayi didalam kandungan. Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan, 90% kepintaran anak bermula sejak dalam rahim dan makanan adalah antara sumber yang sangat penting untuk meransang otak bayi.

Jadi, apakah jenis makanan yang boleh membantu bayi di dalam kandungan? Bilakah waktu yang terbaik untuk kita mengambil makanan tersebut? Adakah pengambilan terbaik adalah di ketika trimester pertama, kedua ataupun ketiga?

Ini kerana sebagai ibu, kita sentiasa mahu yang terbaik untuk anak. Apabila kita mula tahu yang kita hamil, pastinya kita sudah merancang untuk menjaga sekaligus memastikan kandungan membesar dengan sihat dan juga cerdas otaknya.

Apakah makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil bagi membantu kecerdasan otak bayi di dalam kandungan?

Diet yang sihat dapat membantu perkembangan otak bayi terutamanya makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrisi. Penyelidikan menunjukkan bahawa kebolehan kognitif seseorang dapat dimodifikasi dengan memberi khasiat semasa janin.

Tambahan pula, penyelidikan dari South Dakota Sanford School of Medicine membuktikan bahawa wanita dengan pengambilan Omega-3 yang tinggi mempunyai otak 2 sentimeter padu lebih besar daripada mereka yang mempunyai kadar lemak Omega-3 rendah. Wanita yang mengambil Omega-3 secara berkala juga terbukti tidak mempunyai tanda-tanda demensia pada usia 60-70 tahun.

Seperti yang sedia maklum, Omega-3 sememangnya terkenal sebagai makanan tambahan terbaik untuk otak. Omega-3 adalah sejenis asid lemak penting yang terdiri daripada EPA (Elicosapentaenoice Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid), yang merupakan dua jenis asid yang banyak diperlukan di otak.

EPA dan DHA dari Omega-3 juga dapat membantu mencegah pembentukan plak pada saluran darah, bahkan ianya membantu melancarkan aliran darah di otak dan jantung.

Aliran darah yang lancar pastinya akan mengoptimumkan pembentukan sel baru di otak setiap hari. Pengambilan Omega-3 pada kanak-kanak atau wanita hamil bagi memenuhi keperluan pemakanan janin akan memberi kesan terbaik kepada;

  • Penyelarasan pergerakan
  • Tahap tumpuan
  • Kemahiran sosial
  • Markah ujian kecerdasan
  • Ekspresi gen
  • dan lain lain

Turut disokong dengan satu penyelidikan dari Universiti Oxford pada tahun 2014 yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang mengambil Omega-3 mempunyai kemampuan membaca yang lebih baik dan cepat daripada kanak-kanak seusia mereka.

Malangnya, Omega-3 bukan asid lemak yang dapat dihasilkan oleh badan sendiri.

Jadi, satu-satunya sumber Omega-3 adalah daripada pengambilan makanan tambahan, vitamin, atau makanan yang kaya dengan EPA dan DHA.

Makanan apakah yang mengandungi Omega-3 dan DHA?

Sebenarnya tidak sukar untuk kita dapatkan makanan yang dapat membantu kecerdasan otak bayi sejak mereka di dalam kandungan.

Ayuh! Kita masukkan bahan makanan di bawah ini di setiap menu utama makanan semasa hamil. Dan kita juga boleh jadikan ini sebagai satu panduan dalam mencari bahan makanan yang lengkap khasiatnya semasa kehamilan.

 

1. Ikan Salmon

Ikan salmon adalah sejenis ikan yang tinggi dengan sumber DHA. Jadi, tidak hairanlah ikan salmon ini sering dipilih sebagai makanan alternatif untuk ibu yang sedang hamil

Selain daripada rasanya yang sedap, khasiat daripada ikan ini juga dapat meningkatkan perkembangan otak dan membantu menjadikan sel kulit janin lebih sihat. Bayangkan bayi yang dilahirkan bukan sahaja pintar, bahkan mereka juga memiliki kulit yang cantik. Ayuh, makan salmon, Ma!

Eh, bukan itu sahaja khasiatnya, dikatakan ikan salmon juga dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang, mencegah praeklampsia dan juga mengurangkan tekanan darah tinggi pada wanita hamil.

 

2. Telur

Makanan yang ringkas, senang didapati, dan boleh diproses menjadi apa sahaja.

Adakah anda peminat pelbagai hidangan berasaskan telur?

Mengambil hidangan telur semasa mengandung juga dapat membantu anda mendapatkan bayi yang sihat dan cerdas. Selain daripada kaya dengan DHA dan Omega-3, telur juga mengandungi asid amino yang disebut sebagai kolin. Yup! Kolin juga sangat berpengaruh terhadap perkembangan otak bayi. Sebenarnya, jika janin kekurangan pengambilan kolin, terdapat risiko kecacatan dan ‘lembab’ (ketidakmampuan berfikir dengan sempurna dan pantas) pada bayi setelah dilahirkan.

 

3. Yogurt

Yogurt dapat membantu anda mengoptimumkan nutrien yang masuk ke dalam badan dan diserap oleh janin. Umumnya, yogurt mengandungi bakteria baik yang berfungsi untuk menjaga sistem pencernaan. Selain itu, yogurt juga diperkaya dengan vitamin dan nutrien untuk mengoptimumkan kecerdasan bayi sejak mereka berada dalam kandungan.

 

4. Kacang

Mengambil pelbagai jenis kacang dalam diet harian adalah wajib bagi wanita hamil. Selain kaya dengan vitamin dan nutrien, kacang juga mengandungi asid lemak omega.

Antara kacang yang memang disarankan ambil ketika hamil termasuklah kacang badam, kacang hazel, kacang hijau, kacang panjang, termasuklah kacang soya yang diproses menjadi tauhu dan tempe.

Jadi, antara banyak-banyak kacang disini yang manakah paling anda gemari?

 

5. Sayur-sayuran

Anda juga boleh mendapatkan Omega-3 dalam sayur-sayuran berdaun hijau. Contoh sayur berdaun hijau seperti bayam, kangkung, brokoli, dan pelbagai lagi. Selain dapat membantu kecerdasan janin, ianya juga memastikan kandungan kehamilan anda akan sentiasa sihat.

 

6. Buah-buahan

Siapa sangka buah segar juga boleh mengandungi omega-3 sebenarnya. Antaranya seperti buah jambu biji, raspberi, strawberi, mangga dan alpukat dan ini adalah beberapa contoh buah yang bagus untuk wanita hamil. Buah-buahan ini sangat digalakkan wanita hamil mengambilnya samada menikmati secara terus atau memprosesnya menjadi jus dan smoothie. Memang sedap dan terasa kesegarannya!

 

7. Minyak Canola

Harganya mungkin lebih mahal daripada harga minyak biasa. Namun demikian, minyak jenis ini sememangnya lebih sihat dan rendah lemak. Sama seperti khasiat minyak zaitun, minyak canola juga kaya dengan omega 3, sehingga dapat meningkatkan kualiti makanan yang diproses menjadi lebih berkhasiat.

 

8. Makanan laut segar

Selain daripada asid lemak omega-3, makanan laut juga kaya dengan iodin. Satu kajian menyatakan bahawa pengambilan iodin yang betul semasa mengandung dapat mencegah risiko gangguan mental pada ibu dan janin.

Tuna, ikan sardin, ikan bilis, udang, dan sotong adalah antara makanan laut yang boleh menjadi pilihan hidangan bagi ibu hamil. Contohnya, khasiat dari ikan sardin yang mengandungi kandungan Omega 3 boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Bahkan ianya turut mampu meningkatkan peredaran serta kesihatan darah dalam tubuh seseorang.

Ikan sardin turut mengandungi zat besi, kalsium serta vitamin D yang bagus untuk kesihatan tulang dan gigi. Ikan ini juga mengandungi ko-enzim Q10 (CoQ10) yang mampu memberi tenaga kepada tubuh individu.

Apa yang paling penting sekali, pastikan kualiti hidupan laut yang diambil adalah sentiasa segar ya, Mama!

 

9. Susu

Kebanyakan daripada kita mengambil remeh tentang pengambilan susu setiap hari. Sedangkan ianya adalah makanan yang penting terutama kepada wanita yang hamil. Di pasaran terdapat juga susu khas untuk diambil ibu yang sedang hamil. Dan susu ini sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam pembentukan sel-sel badan janin.

Selain kaya dengan vitamin dan kalsium, susu ibu hamil juga mengandungi iodin yang dapat mempercepatkan pertumbuhan sel otak janin serta boleh mencegah risiko keguguran. Jadi, jangan abaikan, ibu hamil haruslah minum susu setiap hari.

 

10. Makanan Sunnah

Antara makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh ibu yang hamil adalah buah kismis dan juga kurma. Kedua makanan ini kaya dengan mineral boron yang membantu meningkatkan fokus, koordinasi tangan serta mata. Selain itu, ianya juga dikatakan baik untuk meningkatkan memori. Antara khasiat lain untuk kesihatan ialah dapat mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, meningkatkan sel darah merah, serta baik untuk kesihatan jantung dan otak.

 

Faktor luaran yang mempengaruhi kecerdasan janin dan bayi

Selain faktor dalaman atau makanan yang dapat anda tentukan untuk dimakan, anda juga diminta untuk memperhatikan faktor luaran yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam rahim. Faktor-faktor tersebut merangkumi:

  • Pastikan anda telah mengamalkan gaya hidup sihat. Tetapkan diet yang sihat dan teratur, cukup rehat dan tidur
  • Mendapatkan rundingan diet pemakanan yang sihat daripada doktor. Anda boleh memilih doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan diet. Selain bermanfaat untuk perkembangan janin dalam rahim, ini tentu akan memberi kesan langsung kepada kesihatan fizikal anda sehingga melahirkan.
  • Ketahui alahan. Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap bahan makanan, anda harus menjauhinya walaupun ianya kaya dengan kandungan Omega 3.
  • Elakkan racun dari sumber luaran yang sering tidak dikenali. Contohnya, dari asap rokok, pencemaran udara, dan bahan kimia yang terdapat dalam produk penjagaan harian.

Pilih produk penjagaan yang bebas dari toksin dan selamat digunakan oleh wanita hamil dan sedang menyusu. Dapatkan produk dari jenama Mama’s Choice bagi memenuhi keperluan anda dalam mengurus diri sendiri tanpa mengganggu pertumbuhan sel janin didalam rahim. Anda akan merasa lebih tenang, bayi bertambah sihat, kehamilan pun menjadi lebih selesa.

 

 

 

Author Mama's Choice MY

Mama's Choice MY

A mama of one hyperactive toddler, Michelle is adventurous, passionate about fitness, healthy eating and loves to garden in her free time.

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now