Memang merimaskan ketika tempoh kehamilan, kita mengalami kegatalan kulit. Menurut artikel Babycenter, lebih kurang 20% wanita hamil akan mengalami masalah kegatalan kulit.
Namun begitu tidak semua ibu hamil akan mengalami kegatalan kulit atau alahan semasa tempoh kehamilan. Kegatalan yang dialami sebenarnya berpunca oleh perubahan dan peningkatan hormon dalam badan ibu semasa peringkat awal kehamilan. Bahagian yang akan terjejas teruk tentulah pada abdomen yang sedang membesar seperti perut dan juga bahagian kulit berdekatan dengan payu dara.
Kebiasaannya, ibu hamil akan mengalami kegatalan kulit bermula dari minggu kehamilan ke-6 serta beransur-ansur berkurangan pada minggu ke-14 sehinggalah minggu ke-16. Selepas tempoh tersebut, rasa kegatalan tersebut akan hilang. Namun begitu terdapat juga kes-kes yang berterusan sehinggalah anak dilahirkan.
Punca Kegatalan Kulit Semasa Mengandung
Secara umumnya, terdapat beberapa faktor penyebab kegatalan kulit buat ibu yang sedang hamil. Antaranya adalah berpunca daripada pemakanan dan diet yang diambil setiap hari. Tidak hairanlah mengapa sering kali pakar nutrisi serta doktor mengingatkan ibu yang sedang hamil supaya mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi dan bukan makanan yang mengandungi banyak lemak serta berminyak.
Tidak dinafikan bahawa faktor cuaca dan persekitaran juga boleh menyumbang kepada kegatalan kulit. Keadaan cuaca panas terik menyebabkan badan kita mudah berpeluh dan boleh meyebabkan masalah kegatalan berlaku.
Selain itu sekiranya ibu hamil telah mempunyai masalah enzema dan keradangan kulit, pastinya ketika tempoh kehamilan masalah enzema yang dihadapi akan lebih parah terutamanya di bahagian kulit abdomen yang sedang membesar iaitu di kawasan perut.
6 Petua Atasi Kegatalan Kulit Semasa Mengandung
Terdapat 6 cara efektif yang boleh ibu hamil amalkan dalam mengatasi masalah kegatalan kulit yang berterusan.
1. Elakkan menggunakan air panas
Semasa hamil, kita memang akan mudah rasa rimas dan tidak selesa. Cara untuk mengatasi rasa rimas tersebut kebiasaannya dengan mandi. Semasa mandi, elakkan menggunakan pancuran air panas atau berendam dalam air panas/suam untuk terlalu lama. Ini kerana air yang mempunyai haba boleh mengeringkan kulit. Oleh itu, mandilah dengan air suam pada takat suhu bilik biasa.
2. Elakkan penggunaan produk yang mempunyai SLS (Sodium Lauryl Sulfate)
Ini mungkin sukar untuk kita elak memandangkan kebanyakan produk mandian dan syampu pada hari ini mengandungi ramuan SLS. Untuk pengetahuan semua, SLS adalah unutk membantu membersihkan kotoran yang melekat pada kulit kerana kebanyakan kotoran tidak boleh sebati dengan air. SLS boleh memerangkap kotoran degil tersebut dan membuangkannya apabila dicuci. Rumusan SLS juga selalu digunakan dalam bahan-bahan syampu dan ubat gigi kerana ia dapat membantu menghasilkan buih.
Sememangnya SLS boleh menyebabkan iritasi pada kulit sekiranya jumlah kandungannya melebihi apa yang disarankan untuk kulit. Alternatif semula jadi yang hebat untuk SLS adalah sodium cocoyl glutamat. Ibu hamil juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk penjagaan diri. Pilih produk yang sesuai dan tidak mempunyai ramuan yang merbahaya.
3. Gunakan tuala lembut untuk keringkan kulit di bahagian perut
Setiap kali selepas membilas badan dengan air, lapkan bahagian tersebut dengan menggunakan tuala yang berfabrik lembut. Selain daripada dapat keselesaan, ianya juga dapat membantu kita daripada rasa pedih kesan daripada kegatalan kulit.
4. Elakkan menggaru
Jangan sama sekali menggaru di bahagian kulit yang gatal. Ini akan menyebabkan kegatalan kulit bertambah serius. Menggaru juga menyebabkan masalah iritasi dan keradangan. Anataranya seperti kulit merekah dan berdarah.
5. Memakai pakaian yang longgar dan selesa
Pakaian longgar boleh membenarkan udara beredar di permukaan kulit. Kain yang ketat akan bergesel dan bersentuhan dengan kulit lalu menyebabkan kerengsaan yang teruk. Disarankan untuk ibu hamil untuk memilih fabrik yang beralun, longgar, selesa dan sesuai terutamanya untuk negara yang mempunyai keadaan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun.
6. Gunakan krim stretch mark setiap hari
Alternatif terbaik dan praktikal adalah dengan mengamalkan pemakaian krim stretch mark setiap hari. Seperti yang kita maklumkan, stretch marks adalah disebabkan oleh peregangan kulit yang berlebihan dalam waktu yang singkat. Contohnya, kulit ketika kehamilan mempunyai peningkatan dan penurunan berat badan yang terlalu pantas. Begitu juga kesan pemakaian ubat steroid dalam jangka waktu tertentu.
Stretch marks boleh dilihati di bahagian tubuh badan dengan garisan berwarna merah jambu, kemerahan atau keunguan. Untuk stretch marks yang baru timbul, sering kali ianya akan menyebabkan rasa gatal.
Antara jenama krim stretch mark yang bagus terutamanya dalam mencegah kesan regangan di waktu kehamilan adalah Krim Stretch Mark Mama’s Choice. Sapukan Krim Stretch Mark Mama’s Choice pada stretch marks untuk rasa kelegaan dan untuk mengurangkan garisan halus yang timbul di kawasan kulit yang mengalami kegatalan.
Krim Stretch Mark Mama’s Choice adalah jenama produk yang diyakini halal dan ramuannya adalah bebas daripada sebarang unsur alkohol. Krim tersebut telah diuji di makmal Singapura dan merupakan antara jenama yang mendapat permintaan yang tinggi di Indonesia.
Untuk pengetahuan semua, pelakon terkenal tanah air Sari Yanti juga turut mengesyorkan penggunaan Mama’s Choice Stretch Mark Cream ini juga tau! Ingin ketahui kenapa Sari Yanti sukakan sangat krim stretch mark kami? Lihat video di bawah! 😊
Apa yang menarik tentang Mama’s Choice Stretch Mark Cream adalah, ianya diformulasi daripada inovasi biokimia lipobelle soyaglycone sebagai bahan utama dan ekstrak tumbuhan semulajadi lidah buaya (aloe vera), yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan rasa kegatalan. Di samping itu formulasi daripada kedua-dua bahan ini juga dapat membantu kulit menjadi lebih lembut dan elastik, sekaligus memberi keselesaan semasa regangan di kulit perut yang sedang berlaku.
Selain itu, Mama’s Choice Stretch Mark Cream adalah kaya dengan shea butter dan minyak zaitun yang merupakan sumber antioksida Selain itu, terdapat juga minyak jojoba yang sarat dengan vitamin E dan kolagen yang dapat mengawal kerosakan kulit serta mengekalkan kelembapan agar kulit sentiasa lembut untuk selama 48 jam berterusan.
Mama’s Choice Stretch Mark Cream adalah selamat untuk digunakan oleh wanita yang sedang hamil, telah bersalin dan juga ketika sedang menyusukan anak. Sapukan krim secara lembut di atas perut yang sedang membesar dan juga bahagian kulit yang mengalami stretch marks pada setiap pagi dan malam. Sentiasa membuat urutan gerakan bulat bagi membantu melancarkan aliran darah, Untuk kesan yang lebih optimum, mulakan penggunaan Mama’s Choice Stretch Mark Cream dari trimester kedua kehamilan dan teruskan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan selepas kehamilan.
Dapatkan Krim Stretch Mark Mama’s Choice ini dari Shopee dan Lazada ya!
Mama's Choice MY
A mama of one hyperactive toddler, Michelle is adventurous, passionate about fitness, healthy eating and loves to garden in her free time.