Search

6 Masalah Menyusui Bayi yang Sering Terjadi & Cara Atasinya

Setiap ibu pastinya mempunyai azam untuk menyusukan bayi mereka sekurang-kurangnya 6 bulan. Paling bagus jika dapat menyusukan sehingga anak berusia 2 tahun. Terutama buat mereka yang pertama kali menjadi ibu, pastinya akan lebih teruja untuk menyusukan cahaya mata mereka sendiri. Baca lebih lanjut untuk ketahui masalah menyusui bayi yang sering terjadi dan cara untuk atasinya.

Namun begitu tidak semua ibu melalui pengalaman manis dalam menyusukan bayi mereka. Ada yang terpaksa berhadapan dengan beberapa isu dan masalah semasa penyusuan. Sampai satu tahap ibu yang menyusu ini menjadi agak tertekan dan depresi. Antara masalah yang mungkin dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti:-

1. Rasa sakit semasa penyusuan

Ada setengah bayi memang menghisap susu agak kuat. Begitu juga ada yang sebaliknya. Kadang-kadang jika terlalu kuat menyebabkan ibu akan rasa sedikit ngilu di bahagian puting.

Cara mengatasinya

Adalah disarankan untuk lebih kerap menyusukan bayi. Jangan biarkan bayi terlalu lapar. Cuba bangunkan bayi setiap 2-3 jam kerana secara semula jadi tabiat bayi baru lahir memang akan sentiasa tidur. Jadinya apabila bayi terjaga dalam keadaan terlalu lapar, mereka akan lebih kuat menghisap.

Cara lekapan puting ke mulut bayi juga perlukan teknik yang betul. Jadi ibu perlu banyak membaca dari buku yang memberi panduan cara penyusuan anak. Ini bukan sahaja untuk mengelakkan rasa sakit bahkan boleh menghindarkan dari kejadian yang tidak diingini seperti bayi tersedak susu.

2. Bengkak susu

Kebiasaannya bengkak susu terjadi disebabkan oleh penghasilan susu terlalu banyak ataupun terdapatnya salah satu saluran susu dalam payudara telah tersumbat. Saluran susu tersumbat biasanya berpunca daripada susu yang tidak dapat keluar dengan sempurna.

Ini juga berkait dengan cara teknik penyusuan yang tidak betul, bayi tidak mahu menyusu mungkin disebabkan oleh saiz puting dan juga pemakaian bra yang terlalu ketat serta tidak sesuai. Dalam kes bengkak susu, antara tanda-tanda yang ibu kerap alami adalah sekitar payudara mereka selalunya kelihatan keras, kemerahan, sakit, panas dan bengkak terutamanya di bahagian saluran yang tersumbat.

Adakalanya ibu yang mengalami bengkak susu ini dapat merasakan di kawasan tersebut agak sengal dan berat apabila disentuh. Ianya boleh menjadi lebih teruk sehingga boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Jika tidak dirawat dengan segera, kesakitan disebabkan oleh bengkak susu ini boleh menyebabkan ibu demam.

Cara mengatasinya

Antara yang sering dicadangkan oleh doktor untuk ibu yang sering mengalami masalah bengkak susu ini adalah perah susu menggunakan pam atau cara tradisi menggunakan tangan.

Selain itu di kawasan bengkak bolehlah dituam bagi mengurangkan rasa sakit. Teknik mengurut pressure massage juga boleh dilakukan dan pastikan ibu menyusukan anak dengan lebih kerap.

3. Mastitis

Terdapat sejenis penyakit yang dikenali sebagai mastitis yang boleh dihidapi oleh ibu yang sering mengalami bengkak susu. Untuk pengetahuan semua mastitis adalah jangkitan dalam payudara yang disebabkkan oleh salur susu tersumbat. Jika hanya bengkak sahaja biasanya tidak menjadi masalah. Namun jika dibiarkan berterusan boleh menyebabkan jangkitan pada payudara. Ibu yang mengalami bengkak susu perlu ambil perhatian ya! Sekiranya anda demam maka dengan segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana ditakuti menghadapi penyakit mastitis.

Cara mengatasinya

Mastitis adalah jangkitan bakteria, biasanya cara merawatnya hanyalah pengambilan antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor. Berurut jika perlu, tuam dengan air panas untuk kurangkan kesakitan dan keraplah menyusukan bayi. Jangan bimbang untuk susukan bayi kerana kawasan keras dan merah di kawasan payu dara akan surut secara beransur-ansur.

4. Jangkitan fungus

Walaupun jarang terjadi, namun untuk ibu yang menyusukan anak berkemungkinan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan fungus yang dikenali sebagai Candida Albicans. Kebiasaanya bayi mudah mendapat jangkitan fungus ini di mulut. Dan ianya boleh merebak ke payudara ibu yang menyusu.

Antara tanda jangkitan fungus pada ibu menyusu adalah seperti rasa gatal yang teruk di bahagian puting. Rasa sakit seperti pedih ketika bayi sedang menyusu. Bagi ibu yang berkulit putih, kawasan puting akan menjadi merah, merah kehitaman ataupun merah jambu terang. Manakala ibu yang berkulit agak gelap, kawasan puting jadi lebih gelap dan kelihatan begitu merah. Terdapat juga ibu yang mengalami puting berisi biji air dan mempunyai bintik putih. Payudara juga akan berasa tegang berbanding biasa.

Cara mengatasinya

Jika Mama mengalami masalah seperti diatas, segeralah berjumpa doktor! Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat antifungus untuk merawat jangkitan kulat yang dihadapi oleh ibu dan juga bayi. Disebabkan fungus ini berpunca daripada mulut bayi, ianya juga menyebabkan bayi berasa tidak selesa. Bayi akan kuat meragam dan adakanya tidak mahu disusukan.

5. Kekurangan susu badan

Tidak dinafikan tidak semua ibu mempunyai banyak susu badan. Terdapat juga kes di mana ibu kurang susu badan yang menyebabkan mereka tidak dapat menyokong keperluan susu yang diperlukan bayi.

Cara mengatasinya

Pengambilan makanan yang berkhasiat dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu badan. Antara makanan yang boleh diambil dalam sajian hidangan harian adalah seperti susu, ikan kod, sayuran dan pelbagai lagi. Jika ikut pada petua lama, pengambilan kurma merah (Chinese dates) dapat membantu ibu yang mengalami kurang susu. Elakkan juga mengambil makanan yang boleh mengeringkan susu badan terutama yang mengandungi kafein. Selain itu memang digalakkan pengambilan supplemen yang bersesuaian seperti kalsium. Ini kerana suplemen ini dapat membantu menambah susu badan.

6. Puting merekah dan melecet luka

Bagi ibu yang mengalami masalah ini pasti akan berasa trauma. Mereka akan berasa sakit, pedih dan ngilu pada masa yang sama di bahagian payu dara. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kulit di sekeliling puting agak kering. Jadinya apabila kulit kering ianya akan sangat mudah merekah. Selain itu, teknik penyusuan yang salah juga menyumbang kepada masalah puting merekah yang biasanya terjadi kepada ibu yang menyusu. Jika tidak dirawat ianya boleh menjadi lebih teruk seperti mendapat jangkitan kuman, bernanah dan sebagainya.

Cara mengatasinya

Antara produk yang boleh digunakan oleh ibu yang sedang menyusu adalah Mama’s Choice Nipple Cream. Produk ini sememangnya diyakini halal, diformulasi dari 100% bahan semulajadi seperti ekstrak daripada buah kurma, minyak kelapa dan shea butter.

Nikmati DISKAUN 17% untuk Mama’s Choice Intensive Nipple Cream | HANYA RM28.90 RM23.90

Dikenali juga sebagai produk mesra bayi. Ini kerana ianya diformulasi daripada gred makanan yang menjadikannya selamat digunakan terutama kepada bayi. Contohnya jika bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan maka tidak akan mendatangkan bahaya. Keberkesanan dan keselamatan formulasi di dalam produk Mama’s Choice Nipple Cream telahpun diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan.

Apakah kebaikan krim ini?

Antara kebaikan empat bahan semulajadi yang terdapat di dalam Mama’s Choice Nipple Cream adalah seperti berikut:-

Ekstrak kurma

Buah kurma sememangnya kaya dengan anti oksida dan anti penuaan. Ianya boleh memberi kelegaan dan memperbaiki masalah kawasan puting yang merekah.

Minyak kelapa

Kebaikan minyak kelapa adalah dapat memberikan kelembapan dan melembutkan kulit secara semulajadi terutama pada kulit yang bermasalah.

Shea butter

Shea butter dari pokok shea yang kaya dengan sifat pelindung kulit dan anti-radang yang dapat membantu memperbaiki tekstur kulit.

Vitamin E

Memberi kelegaan daripada masalah kerengsaan.

Didatangkan dalam bentuk tiub yang sememangnya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Manakala tekstur krimnya sangat lembut dan ringan sekaligus memberi rasa selesa setiap kali sapuan dilakukan. Krim ini juga tidak mempunyai rasa dan aroma menjadikan bayi yang sedang menyusu lebih tenang tanpa gangguan.

Penggunaan Mama’s Choice Nipple Cream sangat mudah.

  • Hanya bersihkan payudara anda menggunakan kain lembut selepas penyusuan.
  • Seterusnya picit tiub Mama’s Choice Nipple Cream mengikut amaun yang dikehendaki (sedikit sahaja sudah memadai).
  • Sapukan secara lembut di kawasan puting.
  • Untuk keberkesanan amalkan kegunaan Mama’s Choice Nipple Cream sebagai rutin harian secara konsisten.

Mama’s Choice Nipple Cream  sentiasa hadir untuk menemani perjalanan Mama selama menyusui menjadi lebih aman dan nyaman. Kini, Mama boleh mendapatkan puting bebas gatal serta payudara yang lembab dan bersih! Boleh dapatkan di Shopee dan Lazada.

Author Mama's Choice MY

Mama's Choice MY

A mama of one hyperactive toddler, Michelle is adventurous, passionate about fitness, healthy eating and loves to garden in her free time.

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now