Banyak sangat perubahan fizikal yang ibu lalui semasa mengandung. Salah satunya ialah perubahan ketara dalam bentuk payudara anda.
Selepas bersalin, anda mungkin perasan bahawa payudara anda tidak seperti dahulu. Kami di sini untuk memberitahu anda bahawa ini adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dimalukan. Tetapi juga tidak salah sebenarnya jika anda ingin membalikkan perubahan ini, bukan? Jadi, dalam artikel ini, kita akan membincangkan punca payudara kendur. Dan sudah tentu, kami juga akan memberikan anda petua praktikal untuk mencegah dan menaikkan payudara kendur.
Kenapa Ibu Lebih Mudah Mengalami Payudara Kendur
Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan payudara kendur. Ia juga boleh berlaku kepada wanita yang belum bergelar ibu juga ya. Tetapi ibu atau bakal ibu lebih cenderung untuk mengalami masalah ini.
Sebabnya? Menyusu.
Walaupun penyusuan susu ibu adalah salah satu perkara paling indah yang boleh anda lakukan untuk bayi anda, ini mendatangkan banyak akibat terhadap badan anda. Salah satunya ialah payudara menjadi lebih kendur. Apabila payudara anda mendapat bekalan susu, ia mungkin meregang dan berubah bentuk. Ini memberi tekanan pada payudara anda dan menyukarkan untuk kembali ke bentuk yang asal.
7 Cara Mudah Menjadikan Payudara Kendur Lebih Tegap
Biarpun kelihatan tidak ada harapan untuk mengatasi masalah payudara kendur, tetapi tetap ada cara untuk menangani masalah ini. Berikut adalah cara untuk menaikkan payudara anda secara semula jadi:
- Dapatkan sokongan
Adakalanya anda hanya perlukan bra menyusu yang betul. Walaupun bra penyusuan selalunya memberi tumpuan kepada ciri-ciri yang ada akses mudah untuk melekapkan mulut bayi anda ke puting. Sebenarnya bra juga boleh berfungsi untuk menyokong mendapatkan kembali payudara yang tegap. Sebaiknya elakkan juga memakai bra yang terlalu ketat kerana ini boleh menghalang aliran darah ke kawasan dada anda. Selain menjejaskan pernafasan dan pergerakan anda, ini juga akan menyumbang kepada kekenduran payudara anda.
Jika anda sedang mencari bra yang dapat menyokong tetapi tidak menyekat, maka anda harus mempertimbangkan Mama’s Choice Maternity Nursing Bra.
- Urut payudara anda
Memperbaiki peredaran darah adalah penting. Anda boleh mengurut payudara anda dalam pelbagai cara untuk membantu peredaran darah yang baik. Salah satu cara terbaik untuk melakukan ini ialah menggunakan air suam. Ini akan merangsang payudara anda dan menggalakkan aliran darah di kawasan tersebut. Setelah anda selesai, anda juga boleh menggunakan air sejuk. Kaedah ini dikatakan dapat membantu dalam mengencangkan dan mengetatkan payudara anda. Anda boleh melakukannya dengan mudah semasa anda mandi.
Baca lagi : Breastfeeding in Public: 5 Tips For Nursing Mothers
- Pastikan payudara anda sentiasa lembap
Untuk memastikan kulit payudara anda anjal dan gebu, anda perlu meluangkan masa untuk memastikan ia sentiasa lembap. Anda mungkin tidak biasa menggunakan losyen dan krim di kawasan ini, tetapi dalam rutin penjagaan kulit anda dengan menyapu krim di kawasan ini akan memberi lebih banyak manfaat. Apabila kulit lembap, ia juga akan kelihatan lebih anjal. Ini mengelakkannya daripada kelihatan kendur. Anda juga boleh menggunakan minyak kelapa, mentega shea atau ekstrak kurma–bahan-bahan yang boleh anda temui dalam Intensive Nipple Cream dari Mama’s Choice
- Perbaiki pemakanan anda
Jika anda menyusu, anda sudah tahu tentang kepentingan makan dengan betul. Walaubagaimanapun disebabkan anda adalah sumber nutrisi bayi anda sendiri, anda haruslah lebih berhati-hati dengan apa yang anda masukkan ke dalam badan anda. Selain itu, diet yang sihat semasa anda menyusu juga dapat memberi manfaat kepada anda. Percayalah dengan semua kesan positif yang lain, ia juga akan menghalang payudara anda daripada menjadi kendur. Makanan yang kaya dengan lemak haiwan boleh menyumbang kepada kedutan kulit anda. Untuk mengelakkan perkara ini, cara yang terbaik adalah dengan memilih sayur-sayuran serta bijirin penuh.
- Lakukan senaman yang dapat menaikkan payudara
Sebaik sahaja anda bersedia untuk pergi ke gim semula (atau boleh juga di rumah anda yang selesa), adalah baik untuk melakukan senaman mengangkat payudara. Menerusi Eat This, Not That, jurulatih peribadi Jayne Gomez menekankan bahawa payudara tidak mengandungi sebarang otot. Walaupun begitu terdapat masih senaman yang boleh membantu dada seseorang kelihatan lebih berisi dan terangkat. Ini termasuk penekan bangku dumbbell, cable crossover dan cobra pose.
- Bersabar dengan penurunan berat badan anda
Kebanyakan ibu-ibu begitu teruja dengan penurunan berat badan dari ketika semasa mengandung dan sebaik sahaja melahirkan anak. Walaupun ini adalah langkah yang hebat, anda juga harus melakukannya secara sederhana. Sama seperti kulit pada bahagian badan yang lain, ia boleh mengendur semasa perubahan berat badan yang drastik. Selain itu, jika ingin menurunkan berat badan dengan cepat juga boleh menjadi tidak sihat secara fizikal dan mental. Jadi, luangkan masa anda, ibu!
- Periksa postur anda ketika menyusu
Graviti bukan sahabat anda apabila berhadapan dengan payudara yang kendur. Inilah sebabnya mengapa anda perlu berhati-hati dengan cara anda duduk semasa menyusu. Ia mungkin kelihatan lebih mudah untuk bersandar apabila anda menyusu. Pastikan bayi berada pada paras payudara anda. Untuk melakukan ini, anda boleh menggunakan bantal penyusuan atau sebarang sokongan lain.
Jom dapatkan produk Mama’s Choice dari Lazada dan juga Shopee.
jasspreetkaur