Search

Penghalau Nyamuk DEET: Adakah Ianya Selamat Buat Kanak-Kanak?

Pasti kita akan berasa geram apabila melihat lengan atau kaki anak penuh dengan gigitan nyamuk? Dan apabila ini berlaku, sebagai ibu kita akan bergegas melakukan perkara yang terbaik iaitu dengan menyapu losyen penghalau nyamuk dengan jumlah yang banyak untuk mengelakkan anak kita daripada gigitan nyamuk. Persoalannya sekarang, adakah produk penghalau nyamuk DEET selamat untuk kanak-kanak? 

Apa itu DEET? 

DEET merupakan singkatan daripada perkataan diethyltoluamide. Ianya adalah antara formulasi boleh didapati dalam kebanyakan produk penghalau nyamuk. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu tentang ini terutama dari segi fungsinya.  

National Pesticide Information Center(NPCI) menyatakan bahawa DEET bertindak sebagai penghalau serangga yang biasanya digunakan untuk “mencegah gigitan serangga seperti nyamuk, kutu, dan serangga kecil yang berterbangan.” Tentera AS menggunakan DEET pada tahun 1946 bagi melindungi diri ketika dikerahkan untuk masuk ke kawasan yang penuh dengan serangga. Sebelas tahun kemudian, DEET telah digunakan di seluruh AS untuk tujuan yang sama. 

Selama bertahun-tahun lamanya, menjadi persoalan kepada para saintis mengapa penghalau nyamuk DEET begitu berkesan mencegah gigitan nyamuk. Sehinggalah para saintis menemui jawapannya. DEET dikatakan berfungsi dengan cara mencegah nyamuk hinggap ke kulit. 

Walau bagaimanapun, kajian terbaru membuktikan bahawa DEET tidak menghalang nyamuk hinggap ke kulit. Sebaliknya, ia hanya berfungsi apabila nyamuk tersebut bersentuhan dengan DEET melalui kaki mereka. 

Adakah ianya sama dengan DDT? 

Anda mungkin juga pernah mendengar mengenai DDT (dichloro-diphenyl-trichloroethane), tetapi formulasi ini sebenarnya tidak sama dengan DEET. DDT merupakan racun serangga moden pertama yang diperkenalkan pada tahun 1940-an. Ia digunakan untuk melawan serangga yang menyebarkan penyakit seperti malaria (disebarkan oleh nyamuk) dan tifus (disebarkan oleh kutu). 

Walaupun harganya murah dan berkesan, kegunaannya dilarang di kebanyakan negara, termasuklah AS. DDT bukan sahaja boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar bahkan dapat mencetuskan pelbagai penyakit seperti barah, gangguan endokrin dan sistem imun serta pelbagai lagi. 

Bahaya DEET 

Pasti anda tertanya-tanya, sekiranya tentera AS menggunakan DEET mengapa ianya masih merbahaya? Menerusi penyelidikan yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, sebenarnya bahaya disebabkan oleh DEET datang dengan penggunaan jangka panjang. 

1. Ia boleh mencetuskan reaksi alahan 

Menurut NPCI, didapati mereka yang menggunakan penghalau serangga dengan formulasi DEET untuk jangka waktu yang lebih lama akan mengalami kerengsaan, kemerahan, ruam dan pembengkakan. 

2. Terdapat beberapa kes berlakunya sawan

Walaupun jarang berlaku, terdapat juga kes sawan yang dikaitkan dengan penggunaan penghalau nyamuk DEET. Sebahagian daripada mereka adalah kanak-kanak berumur antara 17 bulan hingga 8 tahun. Penyelidikan yang diterbitkan dalam Toksikologi Manusia dan Eksperimental melaporkan bahawa kanak-kanak di bawah 16 tahun yang mengalami kerosakan otak boleh disebabkan oleh pendedahan kepada penghalau serangga yang mengandungi DEET. 

“Penghalau serangga yang mengandung DEET tidak selamat digunakan pada kulit kanak-kanak dan harus dielakkan” – Human and Experimental Toxicology 

3. Ia boleh menyebabkan kanser 

Dalam satu kajian mendapati DEET bersifat karsinogenik yang boleh membahayakan sekiranya disedut atau disapu pada kulit. Salah satu contoh kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Occupation and Environmental Medicine didapati bahawa pendedahan kepada DEET boleh meningkatkan kemungkinan kanser pada sel darah putih. 

Cara Mencegah Gigitan Nyamuk Dengan Selamat 

Gigitan nyamuk memang menjengkelkan dan ianya sangat bahaya untuk bayi! Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menekankan bahawa kanak-kanak dapat mengalami reaksi yang lebih teruk terhadap gigitan nyamuk. 

Berikut adalah beberapa cara untuk melindungi anak anda dari gigitan nyamuk: 

  • Pakaikan anak dengan pakaian yang menutupi kulit mereka. 
  • Pasangkan kelambu pada kereta sorong (stroller) anak anda.
  • Pasang skrin pada tingkap. 
  • Jaga kebersihan persekitaran dengan memastikan tong sampah sentiasa ditutup. 
  • Elakkan air bertakung. 
  • Gunakan ubat penghalau nyamuk. 
  • Pasang pembunuh nyamuk elektrik di rumah. 

Walaupun kita sebagai orang dewasa boleh menahan diri rasa kegatalan ketika gigitan nyamuk namun tidak bagi anak-anak kecil kerana mereka akan sentisa menggaru pada gigitan tersebut yang boleh menyebabkan luka dan bertanda.

Gigitan nyamuk boleh menyebabkan penyakit bahaya seperti denggi. Menurut Centres for Desease Control and Prevention (CDC), denggi sering terjadi di lebih dari 100 negara di seluruh dunia. Sebagai tambahan, satu laporan dari CDC menyatakan 40% dari keseluruhan populasi global sebenarnya “tinggal di kawasan yang mempunyai risiko denggi,”. 

Denggi memang berbahaya. Berikut adalah tanda dan gejala denggi yang perlu diberi perhatian!

Alternatif untuk Penghalau Nyamuk DEET yang Selamat untuk Bayi

Bagi ibu-ibu, mengetahui bahawa anda menggunakan bahan kimia berbahaya pada bayi anda tidak terasa sesuatu yang betul dan sungguh tidak menyenangkan. Nasib baik, terdapat alternatif semula jadi yang lebih selamat tetapi sama berkesan. Sekiranya anda sedang mencari penghalau serangga semula jadi, pilihlah yang mengandungi minyak citronella, minyak lavender atau minyak biji andiroba

1. Minyak Lavender 

Minyak lavender adalah bahan semulajadi yang mempunyai begitu banyak manfaat. Walaupun aromanya begitu harum sangat disukai manusia, namun nyamuk memang tidak menyukainya. Ia berfungsi sama seperti DEET, tetapi 100% lebih selamat. Selain efektif menghalau nyamuk, minyak lavender juga boleh memberi ketenangan pada kulit dan terapi. 

2. Minyak Citronella 

Minyak Citronella adalah penghalau serangga semula jadi yang cukup popular. Dengan formulasi yang betul, minyak citronella memberi sama keberkesanannya seperti DEET. Disebabkan ianya diperbuat daripada bahan semula jadi, ianya boleh digunakan dengan kerap. 

3. Minyak Biji Andiroba (Andiroba seed)

Mungkin ini pertama kali anda mendengar tentang Minyak Biji Andiroba. Namun sebenarnya bahan semula jadi ini telah terbukti secara klinikal sangat berkesan untuk menghalau nyamuk, terutama jenis Aedes aegypti yang boleh menyebabkan demam denggi. 

Kita sebenarnya ada pilihan untuk tidak memilih penghalau nyamuk DEET. Jadi ibu, sila perhatikan dari produk penghalau nyamuk samada semburan ataupun losyen. Perlu elakkan penggunaan produk yang mengandungi DEET atau DDT, penting untuk dapatkan produk berasaskan bahan semula jadi! 

Jauhkan Nyamuk Dengan Mama’s Choice Mozzbye Skin Protection Lotion 

penghalau-nyamuk-deet-produk
JIMAT 23% untuk Mama’s Choice Baby Mozzbye Skin Protection Lotion | HANYA RM34.90 RM26.90

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari pilihan produk penghalau nyamuk yang lebih selamat dan semulajadi untuk si manja anda, Mama. Dengan Mama’s Choice Mozzbye Skin Protection Lotion, anda dapat menikmati perlindungan selama 8 jam dari nyamuk tanpa perlu risau tentang bahan kimia berbahaya dan beracun.

Sebaliknya, Mama’s Choice Mozzbye Skin Protection Lotion ini memanfaatkan 6 minyak semulajadi untuk mengusir nyamuk, termasuk minyak biji andiroba dan minyak Lavender.

Lebih baik lagi, ianya telah diuji secara klinikal dan terbukti 100% bebas dari bahan berbahaya seperti DDT, DEET, paraben, minyak mineral mahupun wangian. Paling penting, ianya diyakini halal!

Jangan lupa untuk dapatkan produk ini di laman web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan Lazada, ya!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now