Penjagaan rambut si kecil boleh dilakukan dengan pelbagai cara.. Salah satunya dengan menyapukam minyak rambut kepada bayi. Tetapi, persoalannya adakah ianya sesuatu keperluan? Jom, ikuti penjelasannya lebih lanjut di bawah.
Pentingkah Penggunaan Minyak Rambut Pada Si Kecil?
Bagi Mama, penggunaan minyak rambut mungkin sudah biasa. Namun, penggunaan minyak rambut untuk kanak-kanak agak jarang dilakukan oleh parents. Sebenarnya, penggunaan minyak rambut pada bayi boleh memberi banyak manfaat tau Mama!
Berikut adalah beberapa kebaikan menggunakan minyak rambut pada si manja anda.
1. Melebatkan rambut bayi
Sewaktu dilahirkan, Mama memang tidak akan dapat meneka sama ada si manja anda dilahirkan berambut tebal, nipis, mahupun tidak mempunyai sehelai rambut sekalipun atau nama lainnya botak. Penggunaan minyak rambut boleh menjadi salah satu alternatif yang anda boleh pilih untuk melebatkan rambut si manja yang nipis sejak lahir.
Minyak rambut untuk bayi biasanya mengandungi bahan semulajadi untuk membantu melebatkan rambut mereka. Contohnya, minyak rambut dengan bahan semula jadi seperti candlenut.
Satu kajian telah membuktikan minyak candlenut atau nama lainnya buah kemiri mengandungi asid oleik yang tinggi yang boleh merangsang pertumbuhan rambut. Inilah sebabnya kenapa buah kemiri ini telah digunakan secara meluas bahkan sejak turun-temurun untuk membantu pertumbuhan rambut.
2. Mengatasi rambut gugur
Mama perlu tahu, bayi juga boleh mengalami keguguran rambut. Ya, ini biasanya berlaku dalam 6 bulan pertama dalam kehidupan mereka. Keguguran rambut paling ketara berlaku apabila bayi berumur 3 bulan.
Walaupun begitu, Mama tidak perlu risau. Keadaan rambut gugur ini adalah normal. Rambut si manja anda akan tumbuh kembali dan akan kekal daripada sebelumnya, pada usia 6-12 bulan. Pada masa inilah Mama boleh membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih efektif dan cepat dengan menggunakan minyak rambut untuk si kecil.
3. Mengekalkan rambut yang sihat
Penjagaan kesihatan rambut bayi juga perlu diutamakan ya, Mama. Ini kerana rambut juga memerlukan nutrisi untuk kelihatan lebih bersinar, lebat, dan sihat. Minyak rambut mampu melakukan kesemua ini! Jadi, mama tidak perlu risau lagi kerana ianya boleh memastikan rambut bayi anda tumbuh sihat dan kuat.
4. Mengekalkan kulit kepala yang sihat
Keadaan kulit kepala yang tidak sihat boleh menyebabkan bayi mengalami cradle cap. Ia juga dikenali sebagai kondisi kepala dimana ianya mempunyai tompok bersisik, berkerak atau berminyak pada kulit kepala bayi.
Keadaan ini sebenarnya tidak menyakitkan bayi atau menyebabkan kegatalan. Walau bagaimanapun, sisik pada kulit kepala bayi tersebut akan menjadi tidak mudah untuk dihilangkan jika dibiarkan lama.
Penggunaan minyak rambut bayi boleh membantu merawat atau mencegah kondisi cradle cap ini. Sudah tentu rawatan ini perlu dilakukan sebaik sahaja selepas mencuci rambut bayi menggunakan syampu. Ini kerana kebersihan rambut dan kulit kepala juga penting untuk mengelakkan bayi daripada terkena cradle cap.
5. Mengatasi masalah kelemumur pada bayi
Walaupun masih bayi, masalah kelemumur boleh berlaku tau, Ma. Tidak seperti orang dewasa, kelemumur yang muncul pada bayi boleh berlaku kerana kulit si kecil masih sangat halus dan sensitif. Inilah yang menjadikan kulit kepala kering dan merengsa sehingga mengakibatkan kelemumur.
Penggunaan minyak rambut dapat membantu mengatasi masalah kelemumur pada bayi. Ini kerana sesetengah pengeluar minyak rambut menggunakan bahan semulajadi untuk menjaga kulit kepala bayi yang sensitif. Dengan cara ini, diharap si kecil tidak mengalami masalah kelemumur.
Minyak Rambut Terbaik untuk Si Manja
Mama tengah pening ke tu nak mencari minyak rambut yang ada semua manfaat di atas? Jangan risau! Kami ada penyelesaiannya!
Bagi menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut bayi, Mama’s Choice memperkenalkan Baby Hair Vitamin Lotion yang mempunyai formula yang lembut dan selamat. Dengan bahan semulajadi Candlenut, Sweet Almond, Chamomile, dan Aloe Vera organik, losyen rambut ini mampu melembapkan kulit kepala dan menyihatkan rambut bayi untuk mempercepatkan pertumbuhannya.
Rambut bayi akan menjadi lebih tebal, lembut dan hitam berkilat dalam masa 7 hari sahaja!
Baby Hair Vitamin Lotion daripada Mama’s Choice ini merupakan losyen rambut bayi pertama yang diperkaya dengan pro-vitamin B, A, dan E. Selain daripada ianya diiktiraf halal, Mama’s Choice Hair Vitamin Lotion ini juga telah diuji secara dermatologi dan hypoallergenic, menjadikannya sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.
Jadi, apa tunggu lagi, Mama? Jom lebatkan rambut si manja anda hari ini! Klik di sini untuk dapatkannya sekarang atau anda juga boleh membelinya di Shopee.
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3