Tidak dinafikan proses mengandung dan melahirkan anak adalah salah satu kurniaan tuhan yang begitu istimewa. Tidak semua wanita sebenarnya boleh melaluinya.
Proses ini akan melibatkan perubahan bukan sahaja dari segi fisiologi bahkan anatomi (bentuk badan), hormon, mental dan juga psikologi. Sebagai ibu, sememangnya perhubungan unik ini telah terbina sejak bayi berada didalam kandungan lagi. Ini kerana ibu semulajadi akan merasai ada nyawa lain didalam tubuhnya.
Menurut Pakar Pediatrik Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Dr B Kishore, untuk mendapatkan anak pintar ibu bapa perlu memulakannya sejak dari dalam kandungan termasuk bercakap dengan bayi dan mendengarkan alunan muzik yang menenangkan untuk merangsang otak bayi.
7 Cara Boleh Dilakukan Oleh Ibu Hamil Bersama Bayi Di Dalam Kandungan
1. Berbual santai dengan bayi
Sentiasa bertanya khabar bayi di dalam perut. Ianya juga dapat menunjukkan rasa kasih anda terhadap bayi di dalam kandungan. Berbicara dengan suara yang lemah lembut.
Contohnya:
“Sayang apa khabar di dalam sana”
“Mummy harap adik sihat-sihat di dalam sana”
“Sayang, nanti kita jumpa, ok?”
Agak lucu! Seolah kita bercakap dengan diri sendiri tetapi sebenarnya menurut kajian yang pernah dijalankan, berbual dengan bayi di dalam kandungan sebenarnya dapat mendekatkan dan merasai lagi perhubungan yang terbina antara anak dan ibu.
2. Mendengar lagu/muzik bersama
Muzik yang lembut adalah terapi buat ibu hamil. Ianyanya juga dapat mendatangkan rasa tenang dalam diri. Dipercayai juga ianya dapat memberikan perasaan yang sama buat bayi didalam kandungan.
Kajian pernah membuktikan apabila bayi di dalam kandungan diperdengarkan lagu di waktu akhir-akhir kehamilan, ianya boleh merangsang dan meningkatkan reaksi aktiviti otak bayi tersebut.
Oleh yang demikian memang menjadi saranan kepada ibu yang hamil untuk sentiasa memperdengarkan lagu yang mempunyai irama yang tenang atau yang memiliki kata-kata positif. Kebiasaannya, lantunan ayat suci Al-Quran juga sentiasa menjadi pilihan bagi ibu hamil yang beragama Islam.
3. Membacakan buku cerita
Selain daripada sering berbual dengan bayi, ibu hamil juga digalakkan untuk membaca buku cerita buat bayi didalam kandungan. Selain daripada untuk mengeratkan perhubungan (bonding), membaca buku juga salah satu cara berkomunikasi yang sangat baik.
Bayi di dalam kandungan akan dapat mengenali suara ibunya secara semulajadi. Sebenarnya bayi akan boleh mengenali suara yang biasa berbicara dengannya sejak berada didalam kandungan lagi. Bacalah buku cerita yang menarik dan ada pengisiannya. Untuk ibu hamil beragama Islam pula, memang sentiasa disarankan untuk mengaji (membaca Al-Quran) dengan lebih kerap.
4. Membaca doa bersama-sama
Rasanya semua kaum mempunyai pegangan dan doa mengikut agama masing-masing. Tidak kira agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya mempunyai cara doa tersendiri.
Berdoa dapat meningkatkan kerohanian bukan sahaja buat ibu hamil bahkan bayi didalam kandungan juga. Bak kata orang lama “Berkata dan berdoa yang baik pasti pulangannya juga akan baik”.
5. Meninggalkan pesanan/harapan melalui penulisan buat si manja
Meninggalkan pesanan dalam bentuk surat atau memo adalah salah satu aktiviti yang sangat manis buat si manja. Bayangkan harapan seorang ibu yang begitu tidak sabar berjumpa dengan anaknya sejak didalam perut lagi.
Titipkan sesuatu yang lahir dalam hati. Contohnya;
Si pipi merah ibu.
Sejak ibu tahu kamu didalam Rahim. Ibulah wanita yang paling bahagia. Apatah lagi ayah kamu juga begitu tidak sabar menghitung hari dari 2 bulan pertama sehinggalah kelak kamu dilahirkan.
Membesarlah kamu didalam sana dengan sihat ya si pipi merah. Moga kita bertemu nanti.
Salam sayang,
Ibumu
Memang jarang dilakukan oleh ibu hamil zaman sekarang dengan meninggalkan pesanan didalam bentuk surat kepada bayi didalam kandungan. Namun tidak salah jika kita lakukannya.
5. Merakamkan momen progres kehamilan
Dari awal kehamilan, trimester 1 sehingga ke trimester 3, pastinya akan ada perubahan bentuk fizikal pada si ibu. Jika berpeluang rakamlah setiap perubahan yang berlaku.
Ini kerana kehamilan adalah proses yang sangat indah. Kita boleh kongsikan pengalaman indah ini Bersama bayi kita lahir nanti. Menunjukkan gambar kita dalam keadaan perut yang agak besar, “Ini ibu ketika mengandungkan kamu. Ketika ini kamu berusia 5 bulan didalam perut ibu”.
6. Membelai dan mengusap perut
Membelai dan mengusap perut adalah satu cara bagi mengetahui dan mendapatkan gerakan janin. Melalui sentuhan perut juga adakalanya kita akan mendapat respon dari bayi didalam kandungan.
Tidak dinafikan jika ayah mengusap perut ibu dan berbual dengan anak didalam kandungannya pasti akan mendapat respon seperti tendangan ataupun gerakan pada perut.
7. Tiupkan kata positif pada bayi di saat waktu kelahiran semakin dekat
Sering memberi semangat kepada bayi di dalam kandungan untuk bersama-sama melalui proses kelahiran yang kita tidak pasti berapa lama tempohnya. Ini kerana setengah ibu akan melalui proses bersalin pada masa yang sangat singkat tetapi ada juga ibu terpaksa melaluinya untuk tempoh yang sangat panjang.
Interaksi seperti ini merupakan sokongan moral buat anak dan ibu. Di saat ibu harus melalui rasa kesakitan yang kuat untuk proses melahirkan, boleh dibantu dengan sokongan dari bayi.
Contoh sambil mengusap perut:
Anak ibu, tolong ibu ya! Kita sama-sama kuat. Tak sabar ibu nak jumpa kamu. Sekejap sahaja lagi.
Sepanjang kehamilan juga ibu memang disarankan mengambil berat tentang panjagaan diri. Guna produk-produk yang terbaik, sesuai dan selamat. Produk yang sangat disyorkan tentunya dari jenama Mama’s Choice!
Ada pelbagai pilihan menarik dan ditawarkan pada harga yang cukup terbaik. Boleh dapatkan di Shopee dan Lazada.
Mama's Choice MY
A mama of one hyperactive toddler, Michelle is adventurous, passionate about fitness, healthy eating and loves to garden in her free time.