Search

Masalah Ketiak Hitam & Berbau: Cara Atasi 6 Masalah Ketiak Ibu Hamil

Ada masalah ketiak, Mama? Anda tidak bersendirian. Berikut adalah masalah ketiak yang biasa dialami semasa hamil dan cara atasinya. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

Terdapat banyak perubahan yang dilalui wanita sepanjang kehamilan. Ini termasuklah masalah di bahagian ketiak. Sudah tentu, ini adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu dimalukan.

Tetapi sekiranya anda ingin menangani masalah ketiak yang biasa dialami oleh Mama ini, maka di sini kami sertakan penyelesaian mudah untuk anda. Berikut adalah beberapa masalah ketiak yang paling biasa terjadi seperti ketiak hitam, berbau mahupun berpeluh dengan berlebihan dan beberapa penyelesaian yang boleh Mama cuba. 

6 Masalah Ketiak dan Cara Atasinya

Masalah Ketiak #1: Kulit Ayam

masalah ketiak kulit ayam

Benjolan kecil yang tidak diingini mungkin muncul pada kulit ketiak anda. Terdapat dua sebab berlakunya perkara ini. Pertama, kaedah penyingkiran rambut halus di ketiak mungkin tidak sesuai untuk anda. Mencukur, mencabut dan waxing biasanya menjadi punca kelihatan seperti kulit ayam.

Penyebab lain mungkin disebabkan oleh pengumpulan keratin. Ini dipanggil keratosis pilaris dan ini boleh dicetuskan oleh perubahan hormon semasa kehamilan.

Cara Atasi: Kenal pasti punca menyebabkan ketiak menjadi seperti kulit ayam. Terokai kaedah penyingkiran bulu yang berbeza dan cari yang mana satu yang tidak menimbulkan trauma atau kesakitan pada kulit anda. Jika anda mempunyai keratosis pilaris, pastikan anda sentiasa melembapkan kulit anda. Jika ia mengganggu, anda juga boleh membeli krim steroid bagi mengelakkan kegatalan dan gejala lain.

Masalah Ketiak #2: Ketulan (Lump)

masalah ketiak ketulan

Sesetengah ibu mengalami ketulan atau lebih dikenali sebagai lump pada ketiak semasa menyusu. Ini kerana tisu payudara kita boleh memanjang sehingga ke ketiak. Struktur yang dikenali sebagai Tail of Spence telah memanjang dari payudara sehingga ke ketiak. Sebaik sahaja payudara dipenuhi dengan susu, pembengkakan juga boleh kelihatan di ketiak.

Jika ini berlaku maka ia biasanya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor anda hanya untuk mengesahkan bahawa ketulan itu hanyalah pengeluaran susu.

Cara Atasi: Letakkan sesuatu yang hangat pada kawasan tersebut dan biasanya ia boleh melegakan bengkak dan sebarang kerengsaan yang mungkin datang bersamanya. Mama juga boleh mandi bersama air suam bagi merasa lebih tenang. Di antara waktu penyusuan, jangan lupa untuk mengurut kawasan tersebut dengan lembut.

Masalah Ketiak #3: Ruam

masalah ketiak ruam

Benjolan yang kita akan rasa gatal dan berkerak biasanya muncul pada ketiak mamaini dikenali sebagai Prurigo. Ianya adalah ruam yang sangat gatal dan menjengkelkan. Menurut raredisease.org, ini mungkin disebabkan oleh disregulasi saraf dan sistem imun dalam kulit.

Cara Atasi: Pertama sekali, adalah penting untuk tidak menggaru benjolan ini. Sebaliknya, gunakan sesuatu yang sejuk untuk mengurangkan kegatalan. Anda juga boleh mandi dengan koloid oatmeal. Jika masih tidak dapat mengatasi masalah ini, boleh gunakan krim topikal seperti mana yang telah disyorkan oleh doktor anda.

Masalah Ketiak #4: Ketiak Hitam

masalah ketiak hitam

Ini adalah salah satu isu yang paling biasa dihadapi oleh Mama semasa dan selepas kehamilan. Perubahan hormon dan endokrinologi di dalam badan wanita boleh menyebabkan perubahan warna pada bahagian tertentu. Biasanya, perubahan ini akan berlaku di bahagian ketiak.

Cara Atasi: Terdapat banyak penyelesaian semulajadi untuk ketiak hitam seperti penggunaan baking soda, aloe vera, cuka epal dan pelbagai lagi. Terdapat pelbagai produk di rumah yang boleh digunakan untuk mencerahkan ketiak anda. Anda boleh mendapat rawatan di klinik dermatologi untuk rawatan yang segera. Di sini, anda akan diperkenalkan dengan rawatan pengelupasan dan laser. Di antara rawatan DIY dan rawatan klinikal yang mahal, sebenarnya anda boleh mendapatkan produk yang dirumus khas untuk mencerahkan ketiak anda. Langkau ke bahagian seterusnya untuk ketahui lebih lanjut!

Masalah Ketiak #5: Bau Badan

Disebabkan oleh perubahan hormon dan kesibukan mama, tidak hairanlah adakalanya akan ada bau badan yang kurang menyenangkan di penghujung hari. Faktor lain yang menyumbang kepada bau badan ialah peningkatan aliran darah, suhu badan dan kadar metabolisme yang mama alami semasa mereka hamil. Faktor-faktor ini menjadikan bau badan anda lebih kuat dan tidak menyenangkan..

Cara Atasi: Penyelesaian yang jelas ialah mandi lebih kerap dan menggunakan sabun antibakteria. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah cara pemakanan anda. Elakkan kafein. Sebaliknya, tambahkan pengambilan yogurt,buah-buahan, sayur-sayuran. Sudah tentu, pilihan deodoran anda juga akan memberi perbezaan impak yang besar. 

Masalah Ketiak #6: Berpeluh Berlebihan

masalah ketiak peluh berlebihan

Mama ketika hamil dan selepas bersalin telah menyebabkan peningkatan suhu badan. Itulah sebabnya Mama akan dapat rasai mereka  berpeluh lebih banyak daripada sebelumnya. Sudah tentu, selain daripada faktor dinyatakan di atas, mungkin juga kerana peningkatan dalam aktiviti fizikal semasa anda menjalankan tugas harian sebagai seorang ibu.

Cara Atasi: Jawapannya mudah: Mama’s Choice Dry Serum Deodorant. Produk ini diperkenalkan bagi membantu Mama mengatasi masalah yang dihadapi. Ianya bebas daripada aluminium dan ketiak anda tetap kering sepanjang hari tanpa risiko. Selain itu, ia juga berkesan untuk mencerahkan ketiak dan mencegah bau badan.

Tukar kepada Deodoran yang Lebih Selamat & Semulajadi Hari Ini!

Mama's Choice Dry Serum Deodorant - Masalah Ketiak

JIMAT 23% untuk Mama’s Choice Dry Serum Deodorant | RM34.90 RM26.90

Selesaikan tiga masalah biasa ketiak ini dengan Mama’s Choice Dry Serum Deodorant! Ia adalah pilihan terbaik untuk Mama yang inginkan cara yang selamat dan berkesan untuk menangani perubahan warna, bau badan dan peluh yang berlebihan.

Diformulasi tanpa aluminium, deodoran ini selamat digunakan ketika tempoh kehamilan dan penyusuan. Ianya juga membantu dalam mencerahkan, menyuburkan, dan dapat mengawal peluh berlebihan tanpa penggunaan bahan merbahaya. Selain itu, terdapat juga bahan semulajadi di dalam deadoran ini.:

  • CareMag (Galian Laut Mati) – Antipeluh semulajadi yang membantu mengurangkan peluh berlebihan
  • Niacinamide – Membantu meminimumkan bintik hitam dan mencerahkan kulit dengan selamat
  • Ekstrak Lemon – Komponen kaya vitamin C yang dapat menyihatkan kulit 

Baca juga: Cara Menjaga Ketiak Secara Semulajadi 

Apa tunggu lagi, Mama? Ayuh mulakan perjalanan keibuan anda dengan lebih yakin hari ini. Klik di sini untuk dapatkannya sekarang atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee. 🥰

Author jasspreetkaur

jasspreetkaur

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now