Search

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Buat Ibu Menyusu

Alamak! Rambut semakin gugur. Aduhai, Makin lama, makin banyak pula rambut gugur dari kepala. Pastinya ramai ibu menyusu menyedari tentang masalah rambut gugur ini. Keadaan ini biasanya berlaku ketika bayi sudah mencecah usia 3 bulan. Kenapa ini berlaku dan ada ke cara untuk atasi masalah rambut gugur ini? Ikuti kupasannya dalam perbincangan yang seterusnya.

Punca Masalah Rambut Gugur Buat Ibu Menyusu

cara atasi masalah rambut gugur ibu menyusu

1. Perubahan Hormon

Ketika ibu hamil, rambut mungkin kelihatan berkilau dan lebih tebal kerana peningkatan kadar hormon estrogen dan progesteron. Namun apabila ibu melahirkan si kecil, masalah rambut gugur mula muncul dan selepas bayi berusia 3 atau 4 bulan, hormon estrogen ibu akan turun dan kembali ke paras normal. Pada waktu inilah ibu-ibu akan mengalami masalah rambut gugur yang amat dasyat sekali.

Di dalam istilah perubatan ianya dikenali sebagai telogen effluvium. Secara umumnya, terdapat beberapa penyebab telogen effluvium, salah satunya adalah disebabkan oleh kelahiran anak.

2. Tekanan

cara atasi masalah rambut gugur ibu menyusu

Selepas bersalin, terdapat juga ibu yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai rutin kerja yang perlu diselesaikan. Contohnya, menguruskan bayi yang baru lahir dan juga rumahtangga. Keadaan ini menyebabkan ibu berasa tertekan.

Secara tidak langsung, ia menyebabkan ibu tidak berkesempatan untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya. Jadi ibu, sangat dinasihatkan untuk berpantang selepas bersalin dan jaga kebersihan pada masa yang sama tau!

3. Berusia Dan Memiliki Anak Ramai

Ibu yang lebih berusia dan sudah hamil lebih dari 3 kali mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah rambut gugur ini. Semakin meningkatnya usia, badan kita akan semakin kurang menghasilkan biotin dan ini juga mengurangkan pertumbuhan rambut baru. Sebab itu, kita boleh lihat kebanyakan orang yang sudah berusia mempunyai rambut yang sangat nipis terutama di bahagian tengah sehingga menampakkan kulit kepalanya.

4. Pengambilan Makanan Kurang Nutrisi

Ibu yang menyusukan anak sememangnya memerlukan nutrisi yang cukup dan lengkap. Selain penting untuk penyusan bayi, nutrisi lengkap juga memastikan badan ibu sendiri kekal sihat dan bertenaga. Tidak dinafikan, adakalanya ibu juga memasang impian ingin kembalikan bentuk badan yang cantik semula selepas bersalin dengan mengawal diet dalam pemakanan harian dan ini membuatkan mereka kekurangan nutrisi penting dalam tubuh badan.

Penjagaan pemakanan ini perlu diambil berat. Banyak kesan sampingan disebabkan oleh kurang pengambilan makanan bernutrisi.

Berapa Lamakah Tempoh Ibu Menyusu Perlu Hadapi Masalah Rambut Gugur Ini?

cara atasi masalah rambut gugur ibu menyusu

Jangan risau, jika anda mengalami masalah rambut gugur ketika menyusu badan. Rambut gugur semasa menyusu tidak akan membuatkan anda botak. Seperti yang yang telah dibincangkan sebelum ini, penyebab keguguran rambut semasa menyusu adalah kerana hormon yang baru kembali normal. Jadi, sebenarnya anda tidak perlu terlalu risau apabila mengalami keguguran rambut. Secara amnya, masalah rambut gugur selepas bersalin ini kebiasaannya akan kembali normal apabila anak berusia satu tahun.

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Buat Ibu Menyusu

Kita sudah ketahui punca kepada masalah keguguran rambut. Jadi, bagaimana kita boleh atasi dan kurangkan masalah keguguran rambut ini. Berikut adalah beberapa tips yang boleh kita ikuti bagi mengatasi masalah ini.

1. Potongan rambut

Terdapat juga golongan ibu lebih suka berambut pendek semasa tempoh penyusuan. Selain berpenampilan lebih sederhana, rambut yang lebih pendek juga lebih mudah penjagaannya. Rambut yang mudah dijaga boleh mengurangkan masalah rambut gugur.

Antara fesyen rambut pendek yang boleh digayakan oleh ibu menyusu adalah seperti:

  • Bob haircut
  • Short curly haircut
  • Short messy haircut
  • Pixie haircut

2. Elakkan penggunaan alatan panas untuk penjagaan rambut

cara atasi masalah rambut gugur ibu menyusu

Untuk mengelakkan masalah rambut gugur menjadi lebih teruk, anda harus mengelakkan penggunaan alatan penjagaan rambut yang panas seperti pengering rambut dan alat meluruskan rambut.

Kekerapan mengeringkan rambut juga boleh mengakibatkan kehilangan kandungan air pada rambut. Selain itu, elakkan penggunaan semua jenis rawatan yang menggunakan bahan kimia seperti pewarna rambut, perms dan pelbagai lagi.

3. Gunakan produk penjagaan rambut yang betul

Untuk mengurangkan keguguran rambut ketika dalam tempoh menyusukan anak, anda harus pastikan anda menggunakan produk penjagaan rambut yang tepat. Pilih syampu yang mempunyai bahan semula jadi dan dapat menyuburkan rambut anda dengan cara yang terbaik. Jangan lupa juga untuk menggunakan perapi rambut yang mempunyai formula yang selamat dalam penjagaan rambut.

cara atasi masalah rambut gugur ibu menyusu produk
Nikmati DISKAUN 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Series | HANYA RM77.90 RM51.90

Salah satu syampu dan perapi rambut yang boleh anda cuba ialah Mama’s Choice Treatment Shampoo dan Mama’s ChoiceTreatment Conditioner. Rangkaian produk rawatan rambut kami ini dirumus khas untuk menyelesaikan masalah rambut gugur bagi ibu hamil dan menyusu badan.

Kedua-duanya diformulasi daripada bahan semula jadi untuk menyuburkan rambut. Contohnya, seperti kiwi, kacang hazel, dan kacang hijau. Sebagai tambahan, Mama’s Choice Treatment Shampoo dan Mama’s ChoiceTreatment Conditioner ini sebenarnya telah terbukti secara klinikal dapat mencegah masalah rambut gugur, meningkatkan kekuatan rambut dan menyuburkan kulit kepala untuk pertumbuhan rambut baru.

Selain itu, syampu dan perapi rambut ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti SLS, paraben, silikon dan telah lulus ujian Hypoallergenic. Paling menarik sekali, ianya diyakini halal! 😍

4. Mengamalkan Diet Sihat

Menjaga bayi yang baru lahir memang meletihkan. Terutamanya pada masa yang sama anda perlu menyusukan badan tidak mengira waktu. Ini memberi banyak tekanan apatah lagi apabila ibu itu sendiri sudah memutuskan untuk menyusui anaknya secara eksklusif sehingga 2 tahun.

Atas sebab ini, ibu perlu menjaga kesihatan badan dengan mengambil berat tentang pemakanan yang diambil setiap hari. Pastikan pemakanan yang diambil adalah mengikut diet yang sihat. Di mana bekalan makanan bernutrisi seperti zat besi, ferritin, zink, dan vitamin D perlu ada dalam setiap hidangan sihat yang diambil. Oh ya! Ibu juga perlu mengambil makanan sihat yang kaya dengan protein bagi membantu proses pertumbuhan rambut.

5. Pengambilan Vitamin

Selepas proses kelahiran, doktor pasti akan mencadangkan vitamin yang perlu diambil. Ini kerana kebaikan pengambilan vitamin selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh penyusuan dapat mengurangkan masalah rambut gugur dan sekaligus meningkatkan kualiti susu ibu.


Itulah dia punca dan cara-cara untuk mengatasi masalah rambut gugur buat ibu menyusu. Jadi, ibu sekalian.. Jom kita amalkan gaya hidup sihat! Selain itu, kurangkan tekanan dalam diri bagi mengatasi masalah keguguran rambut ibu. Hidup ceria, sihat dan emosi stabil juga sangat membantu ibu untuk mendapatkan susu badan yang banyak dan berkualiti tau!

Jangan lupa juga untuk dapatkan Mama’s Choice 2-in-1 Haircare Series ini melalui Shopee dan juga Lazada!

cara atasi masalah rambut gugur ibu menyusu CTA

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now