Search

Masalah Kegatalan Puting Payudara Dialami Ibu Menyusu dan Cara Atasinya

Ibu yang menyusu badan adakalanya akan mengalami masalah kegatalan di bahagian puting payudara. Kegatalan ini boleh menyebabkan rasa tidak selesa, kerengsaan dan juga kesakitan. Tapi, ibu tidak perlu risau lagi kerana di artikel ini, kami akan berkongsi cara-cara untuk atasi masalah kegatalan puting semasa menyusu.

Kebiasaannya kegatalan yang berlaku di bahagian puting payudara disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami ibu samada sedang hamil mahupun menyusukan anak. Ini juga disebabkan oleh faktor perubahan payudara yang semakin membesar. Selain itu berlakunya juga kesan regangan pada ukuran puting yang menjadi asbab kepada rasa kegatalan.

Biasanya kita akan menggaru pada pada bahagian yang menyebabkan rasa kegatalan. Sekiranya kerap menggaru dengan berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi merah, bengkak, retak, atau menebal. Walaupun menggaru boleh melegakan untuk sementara, hakikatnya juga ianya boleh merosakkan kulit. perubahan warna kulit pada puting atau payudara

Antara sebab ibu mengalami kegatalan puting

1. Perubahan hormon

Antara faktor utama yang dikenalpasti adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami ibu. Kegatalan disebabkan oleh peningkatan kadar progesteron dan estrogen yang mendadak.

2. Menyusu badan

Menyusu badan juga sebenarnya boleh menyebabkan puting menjadi gatal. Namun, ianya tidak berlaku pada semua ibu yang menyusukan anak. Ini kerana apabila menyusukan anak, ianya boleh menyebabkan ketegangan tambahan pada puting ketika bayi menghisap. Selain itu, saluran susu yang membengkak pada puting juga boleh menyebabkan rasa gatal.

3. Ulser

Faktor lain yang menyebabkan kegatalan adalah disebabkan oleh ulser pada puting. Ini biasanya disebabkan oleh kehadiran bakteria/kuman ketika menyusu. Jika ingin mengenali tanda awal ulser terjadi pada ibu yang menyusu, biasanya bukan sahaja rasa gatal-gatal di bahagian tersebut, bahkan kulit kelihatan bersisik dan juga sakit terutama ketika bayi sedang menghisap.

4. Alergi

Setiap orang mempunyai tahap alergi yang berbeza-beza. Biarpun alergi kegatalan di puting jarang berlaku atau dikesan, namun tanda mereka yang mengalami alergi ini biasanya di kawasan puting akan berubah warna dan terdapat ruam disekelilingnya.

5. Pemakaian bra yang tidak sesuai

Faktor cuaca yang panas menyebabkan payudara sentiasa berpeluh. Sekiranya anda menggunakan bra (coli) yang tidak sesuai fabriknya untuk ibu yang menyusu, ianya boleh menyebabkan berlakunya rasa tidak selesa di bahagian puting. Begitu juga jika bra terlalu ketat. Ini sekaligus boleh membuatkan ibu rasa gatal-gatal, kerengsaan dan menyebabkan berlakunya alergi di bahagian puting.

6. Luka di puting disebabkan penyusuan

Ada setengah bayi tidak ada masalah ketika menyusu. Lekapan mulut di bahagian puting ibu memang penuh dan sedutan juga berjalan normal seperti biasa. Cuma ada sesetengah bayi memang sangat kuat menyusu dan menghisap dengan kuat. Apatah lagi yang sudah mempunyai gigi. Pasti terasa sedikit ngilu setiap kali anak menghisap susu badan.

Bilakah anda perlu mendapatkan rawatan pakar

Perlu diingatkan adakalanya kegatalan puting adalah petanda awal bagi kanser payudara. Kanser jenis ini secara khususnya juga boleh mempengaruhi puting susu.

Simptom awal penyakit Paget hampir sama dengan dermatitis atopik atau ekzema. Antara gejala lain termasuklah puting kelihatan rata, kemerahan, terdapat benjolan di payudara, cecair terpancut keluar daripada puting dan perubahan warna kulit pada puting atau payudara.

Ibu dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sakit puan jika anda mengalami simptom-simptom diatas secara berterusan. Lebih-lebih lagi jika ianya mempengaruhi kualiti susu badan anda terhadap bayi.

Cara atasi masalah kegatalan di bahagian puting 

Terdapat beberapa cara untuk atasi masalah kegatalan di bahagian puting. Antaranya seperti:-

  • Bergilir payudara ketika pertama kali menyusu. Apabila anak menyusu badan secara tidak langsung akan meningkatkan kuantiti susu di payudara. Sebaiknya sentiasa bergilir, contohnya selang 5 minit tukarkan posisi anak yang sedang menghisap dari payudara sebelah kanan ke sebelah kiri. Begitulah seterusnya. Ini bagi mengelakkan anak hanya menghisap pada sebelah puting sahaja.
  • Pakai pakaian yang sesuai terutama baju dalam (coli). Faktor cuaca yang panas menyebabkan berpeluh sentiasa. Sekiranya menggunakan baju dalam yang tidak sesuai fabriknya untuk ibu yang menyusu menyebabkan berlakunya rasa tidak selesa di bahagian puting. Begitu juga jika bra terlalu ketat. Ini sekaligus kitab oleh rasa gatal-gatal, kerengsaan dan menyebabkan berlakunya alergi di bahagian puting.
  • Kerapkan bersihkan puting terutama selepas penyusuan. Ini bagi memastikan kawasan putting sentiasa berkeadaan bersih terutama jangkitan kuman ataupun bakteria. Menggunakan air bersih sudah memadai. Lap sehingga kering.
  • Mendapatkan nasihat perunding laktasi untuk mencapai alternatif yang lebih baik. Bergantung kepada jenis kegatalan. Jika agak parah dan ianya berlaku secara berterusan, dinasihatkan untuk anda mendapatkan rawatan yang lebih intensif.

Mama’s Choice Nipple Cream

Selain itu, kita boleh mengatasi masalah kegatalan di puting melalui penggunaan nipple cream. Jenama nipple cream yang disyorkan adalah Mama’s Choice Nipple Cream. Produk ini sememangnya diyakini halal. Ianya diformulasi dari 100% bahan semulajadi seperti ekstrak daripada buah kurma, minyak kelapa dan shea butter

 

Mama’s Choice Intensive Nipple Cream RM23.90 (Jimat 21%)

Selain itu, produk ini diformulasi daripada gred makanan menjadikannya selamat digunakan terutamanya kepada bayi. Sekiranya bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan, ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan. Keberkesanan dan keselamatan formulasi didalam produk Mama’s Choice Nipple Cream telah diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan.

Antara kebaikan tiga bahan semulajadi yang terdapat didalam Mama’s Choice Nipple Cream adalah seperti berikut:-

  • Ekstrak kurma: Buah kurma sememangnya kaya dengan anti oksida dan anti penuaan. Ianya boleh memberi kelegaan dan memperbaiki masalah kawasan puting yang merekah.
  • Minyak kelapa: Kebaikan minyak kelapa adalah dapat memberikan kelembapan dan melembutkan kulit secara semulajadi terutama pada kulit yang bermasalah.
  • Shea Butter: Shea butter dari pokok shea yang kaya dengan sifat pelindung kulit dan anti-radang yang dapat membantu memperbaiki tekstur kulit

Didatangkan dalam bentuk tiub,yang sememangnya sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Manakala tekstur krimnya sangat lembut dan ringan sekaligus memberi rasa keselesaan setiap kali sapuan dilakukan. Krim ini juga tidak mempunyai rasa dan aroma menjadikan bayi yang sedang menyusu lebih tenang tanpa gangguan.

Penggunaan Mama’s Choice Nipple Cream sangat mudah. Hanya bersihkan payudara anda menggunakan kain lembut selepas penyusuan. Seterusnya, picit tiub krim mengikut amaun yang dikehendaki (sedikit sahaja sudah memadai). Sapukan secara lembut di kawasan puting. Untuk keberkesanan yang optimum, gunakan Mama’s Choice Nipple Cream secara konsisten setiap hari.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, boleh klik sini

Untuk pembelian Mama’s Choice Nipple Cream anda boleh dapatkan di Shopee dan Lazada!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now