Search

5 Cara Atasi Sindrom Baby Blues Hingga Kemurungan Selepas Bersalin

Bergelar seorang ibu memang saat yang mengujakan bagi seorang wanita. Namun begitu selepas proses kelahiran pastinya mama akan melalui pelbagai emosi yang tidak dijangkakan. Mama akan berasa gembira, adakalanya sedih, susah hati, bimbang dan paling memudaratkan sekiranya mula berasa tertekan dengan keadaan. Ianya dikenali sebagai sindrom Baby Blues.

Untuk pengetahuan semua, Baby Blues adalah perubahan mood yang sering terjadi pada ibu yang baru melalui proses kelahiran. Dalam satu keadaan di mana timbulnya perasaan negatif terhadap bayi yang baru dilahirkan. Dianggarkan 70-80% wanita yang baru bergelar ibu menghadapi masalah mood swing seperti ini. 

Baby Blues Sering Berlaku Ketika Kelahiran Anak Pertama  

Baby blues biasanya akan bermula dari minggu pertama kelahiran dan kebiasaannya akan berterusan sehingga 2 minggu. Sindrom ini disebabkan oleh perubahan hormon selepas melahirkan, tekanan, kurang tidur, dan keletihan. Jika dibiarkan berlarutan, mama boleh mengalami kemurungan yang dikenali sebagai Postpartum Depression. Dan keadaan ini lebih merbahayakan. 

Antara simptom baby blues yang mungkin dialami oleh kebanyakan mama adalah seperti:- 

  • Perubahan emosi 
  • Menangis tanpa sebab 
  • Berasa cemas secara tiba-tiba 
  • Menghadapi kesukaran untuk tidur 

Faktor Menyebabkan Sindrom Baby Blues Berlaku

ibu yang stres daripada sindrom baby blues

Sebenarnya, sehingga kini masih belum dikenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan sindrom baby blues berlaku. Walau bagaimanapun, dua teori yang dinyatakan seperti di bawah telah dikaitkan dengan gejala yang timbul ketika seseorang mengalami sindrom baby blues, antaranya seperti: 

Perubahan hormon 

Faktor hormon dikatakan faktor utama yang menyebabkan mama baru mengalami baby blues. Apabila hormon menurun dan pada masa yang sama badan mama perlu menghasilkan susu yang banyak untuk keperluan bayi. Ini menyebabkan mama menjadi mudah letih.

Apatah lagi biasanya pemakanan hanya fokus untuk badan mama sendiri tetapi kini perlu diperuntukkan pada susu ibu. Keadaan ini menjadikan keperluan untuk badan sendiri menurun secara drastik. Kesan daripada perubahan ini, badan mama akan menjadi mudah letih dan mencetuskan sindrom baby blues

Kebimbangan yang berlebihan 

Keadaan mental wanita yang masih belum bersedia untuk hamil sekaligus menjadi ibu juga antara penyebab kepada sindrom bayi blues. Contohnya, keadaan dari seorang wanita bekerjaya tetapi kini perlu memberi tumpuan terhadap keadaan baru yang berlaku seperti hamil dan seterusnya memiliki anak kecil.

Peralihan dari wanita ke ibu ini juga boleh menimbulkan rasa kegelisahan berlebihan terutama pada mama baru dan ini mendorong kepada sindrom baby blues. Di samping itu, sukar untuk berehat kerana kegelisahan yang berlebihan boleh juga menyebabkan keadaan baby blues menjadi semakin serius. 

Gejala Kemurungan Selepas Bersalin (Postpartum Depression

ibu yang kemurungan selepas bersalin akibat sindrom baby blues

Postpartum depression merupakan depresi yang dialami oleh ibu lebih teruk jika dibandingkan dengan baby blues. Gejala kemurungan selepas bersalin ini boleh membuatkan mama yang mengalaminya berasa putus harapan, sering merasakan tidak dapat menjadi ibu yang baik, sampai satu tahap mereka tidak mahu langsung menjaga bayi yang baru dilahirkan.  

Beberapa simptom boleh dilihat pada mama yang mengalami postpartum depression termasuklah: 

  • Perubahan mood yang lebih berat 
  • Menangis secara berlebihan 
  • Sukar untuk menjalin hubungan dengan bayi 
  • Mempunyai perasaan yang dirinya bukan ibu yang baik 
  • Sukar untuk tidur (insomnia) 
  • Jika tidur, tidak mahu bangun (tidur terlalu lama) 
  • Merasakan diri tidak berharga, memalukan atau bersalah 
  • Tidak mahu makan

“Satu daripada sembilan wanita yang baru melahirkan anak pertama mengalami kemurungan selepas bersalin,” menurut laman web Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS.

5 Cara Mengatasi Baby Blues dan Kemurungan Selepas Bersalin

ibu yang sedih akibat sindrom baby blues

Sindrom baby blues dan kemurungan selepas bersalin boleh dikawal dan dirawat. Biarpun mengambil masa terutama dalam memulihkan kembali emosi, namun ianya boleh diatasi. Antara cara yang boleh diikuti bagi merawat serta mengatasi masalah ini adalah seperti dibawah:- 

1. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain 

Perkara yang sering membebankan ibu ketika menjaga bayi yang baru dilahirkan apabila kerap membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Contohnya, apabila membandingkan diri dengan ibu baru yang lain kerana tidak dapat memberikan susu badan yang banyak untuk bayi baru yang dilahirkan. 

Menjadi ibu baru dengan anak pertamanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Hubungan yang terbina juga akan melalui proses yang sangat panjang dan ibu perlu banyak bersabar dan cuba memahami bayi yang baru dilahirkan. Jangan mudah terpengaruh jika ada yang menyampaikan sesuatu yang boleh membuatkan kita membandingkan diri dengan orang lain. Di samping itu, mama juga harus ingat yang tidak ada ibu bapa yang 100% sempurna di dunia ini. Semua parents mempunyai ketidaksempurnaan masing-masing yang berlainan dan itulah yang membuatkan kita manusia.❤️

2. Minta pertolongan dan sokongan daripada orang terdekat 

Mama yang baru melalui proses kelahiran pastinya akan sentiasa berasa kesepian, kegelisahan dan keletihan. Bagi mengatasi masalah ini daripada berterusan, mama haruslah menyertai kumpulan sokongan (support group) ataupun mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga atau kenalan terdekat. 

Sentiasa luahkan dan kongsikan tentang perasaan yang dirasai. Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang dipercayai dan dapat memahami perasaan anda. Apabila berkongsi perasaan dengan orang lain, mama akan berasa sedikit lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi. Mama akan rasa disayangi dan masih ada yang mrngambil berat tentang diri anda dan ini merupakan salah satu cara untuk menghilangkan rasa stres yang dirasai dalam diri. 

Baca Juga: Peranan Ayah Dalam Membantu Ibu Menyusukan Bayi

3. Ketawa! 

Setelah melalui pelbagai cabaran ketika proses kelahiran. Mama haruslah kembali kepada mood yang lebih ceria. Anda digalakkan untuk menonton program komedi di TV atau video di platform hiburan yang lain seperti di media sosial iaitu Instagram, YouTube mahupun TikTok. Ini kerana ketawa adalah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi kesedihan dan kegelisahan yang berlebihan. 

Bahkan, mama juga digalakkan untuk mendengar muzik-muzik yang menenangkan untuk mengatasi masalah kemurunagn. Untuk mereka yang beragama Islam, bolehlah mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan ianya sangat membantu mengawal emosi ibu agar lebih tenang dan stabil. 

4. Bersenam 

ibu bersenam untuk atasi sindrom baby blues

Satu kajian telah menunjukkan bahawa senaman adalah salah satu cara yang efektif bagi mengatasi masalah kemurungan selepas bersalin. Di mana individu yang bersenam secara teratur adalah 25% kurang berisiko untuk mengalami kemurungan atau gangguan mental dalam tempoh 5 tahun akan datang. 

Senaman yang perlu dilakukan adalah yang ringkas dan tidak mengambil masa terlalu lama ataupun memerlukan aktiviti yang berat. Mama boleh bersenam dengan hanya menghabiskan masa selama 30 minit dengan hanya berjalan santai di sekitar rumah bersama bayi. 

Selain itu, senaman yoga juga boleh menjadi pilihan untuk anda bersenam. Tidak hanya melakukan gerakan regangan, yoga juga sebenarnya satu proses meditasi yang boleh memberikan ketenangan fikiran. 

5. Menjaga dan menyayangi diri anda

Salah satu cara untuk mengelakkan daripada sindrom baby blues atau kemurungan selepas bersalin adalah dengan menjaga dan menyayangi diri sendiri. Perlu diingatkan bahawa dengan menjaga keadaan fizikal dan mental, mama akan sentiasa berasa tenang dan positif. Mama boleh mencuri masa untuk diri sendiri (me time) ketika bayi sedang tidur nyenyak.  

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan membersihkan dan menyegarkan diri dengan mandian menggunakan bahan produk penjagaan diri yang dapat memberi manfaat kepada badan. Ini kerana apabila badan terasa segar dan rambut berbau harum pasti akan meningkatkan mood mejadi lebih hebat dan baik.

Pastikan anda memilih produk penjagaan khas untuk ibu menyusu yang selamat, dihasilkan daripada bahan semulajadi halal dan memberi manfaat kepada mama dan bayi. 


Semoga maklumat ini dapat membantu mama mengatasi masalah baby blues dan kemurungan selepas bersalin. Sekiranya kaedah di atas tidak mencukupi untuk membantu mama mengatasi masalah ini, mama dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.

Yang pasti, mama tidak keseorangan dalam menjalani perjalanan keibuan ini! Mama’s Choice akan sentiasa menemani anda di sepanjang perjalanan keibuan dan tumbesaran serta perkembangan si manja anda dengan produk yang selamat, semulajadi dan halal.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang produk kami dengan harga istimewa yang ditawarkan!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now