Search

9 Cara Banyakkan Susu Badan Secara Semulajadi

Antara perkara yang sering merisaukan ibu selepas baru bersalin ialah kekurangan penghasilan susu. Jangan risau, terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini, Mama! Jom baca lebih lanjut dan semak 8 cara terbaik untuk banyakkan susu badan secara semulajadi.

Mengapa Susu Ibu Sangat Penting?

Menurut WHO, susu ibu adalah makanan terbaik dan paling sesuai untuk bayi. Susu ibu mengandungi antibodi dan dapat membekalkan semua tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh bayi pada bulan pertama selepas mereka dilahirkan.

Pengeluaran susu ibu perlu dimaksimumkan supaya bayi mendapat pengambilan yang mencukupi. Tidak hairanlah mengapa Mama sering risau tentang isu ini.

The American Journal of Public Health menyatakan bahawa hanya 17% wanita Amerika mematuhi saranan WHO untuk menyusu secara eksklusif selama 6 bulan. Sementara itu, penyelidikan dari CDC mendedahkan bahawa punca ibu berhenti menyusu adalah kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai bekalan susu yang mencukupi.

Punca Susu Badan Berkurang

cara banyakkan susu badan

Untuk mengatasi kekurangan dalam pengeluaran susu badan, Mama perlu mengetahui terlebih dahulu apakah puncanya. Berikut adalah beberapa perkara yang mungkin Mama alami.

  1. Faktor emosi seperti perasaan cemas, stres termasuk rasa malu boleh menyebabkan penghasilan susu ibu berkurangan.
  2. Beberapa jenis penyakit boleh mengganggu kuantiti pengeluaran susu. Antaranya seperti tekanan darah tinggi akibat kehamilan, kencing manis dan sindrom ovari polikistik (PCOS).
  3. Pengambilan ubat-ubatan tertentu juga boleh mengurangkan pengeluaran susu. Contohnya, ubat yang mengandungi pseudoephedrine (ubat sinus dan alahan). Selain itu, beberapa jenis kontraseptif hormon juga mempunyai kesan yang sama.
  4. Rokok dan arak, kedua-dua perkara ini perlu sentiasa dielakkan sejak anda mengandung sehinggalah anda menyusu.
  5. Pembedahan payudara seperti pembuangan kelenjar atau mastektomi juga boleh mengganggu proses laktasi.

8 Cara Banyakkan Susu Badan yang Sedikit

Jika susu badan Mama semakin berkurang, jangan panik. Ini kerana keadaan ini hanya bersifat sementara dan boleh diatasi. Berikut adalah beberapa cara untuk banyakkan susu badan yang Mama boleh cuba.

1. Segera berikan susu kepada bayi

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, jangan tunggu terlalu lama untuk mula menyusukan bayi kerana tindakan melengahkannya ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan susu di dalam badan. Upayakan untuk segera memeluk bayi dan berikan susu Mama sebaik sahaja dilahirkan.

2. Kerap menyusu

kerap menyusu salah satu cara banyakkan susu badan

Setiap kali Mama menyusu atau mengepam susu badan, hormon yang mencetuskan payudara anda untuk menghasilkan susu dikeluarkan. Seperti dinyatakan di dalam Journal of Obstetrics, Gynecologic & Neonatal Nursing (JOGNN) adalah disarankan untuk Mama menyusukan si kecil 8-12 kali sehari bagi tujuan mengekalkan pengeluaran susu.

3. Menyusu daripada kedua-dua belah payudara

Berikan kedua-dua belah payudara setiap kali menyusu si comel. Rangsangan penyusuan pada kedua-dua payudara boleh membantu meningkatkan pengeluaran susu. Contohnya, jika bayi sudah cukup kenyang di satu sisi payudara, anda boleh teruskan dengan mengepam payudara di bahagian sebelah lagi.

Untuk pengetahuan Mama, ini juga salah satu cara bagi mengelakkan payudara daripada membengkak.

4. Elakkan daripada ubat tertentu, alkohol dan rokok 

Semasa proses penyusuan, Mama tidak sama sekali disyorkan untuk mengambil ubat yang mengandungi pseudoephedrine dan anda juga harus berhati-hati dengan jenis kontraseptif hormon tertentu. Di samping itu, sama ada anda menyusu atau tidak, anda harus mengelakkan diri daripada mengambil alkohol dan merokok.

5. Amalkan gaya hidup sihat

Makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan—jangan lupa juga untuk minum banyak air. Selain itu, jagalah minda anda agar dapat elakkan daripada tekanan dan stres yang boleh membuatkan pengeluaran susu Mama menjadi kurang.

6. Power Pumping

power pumping cara banyakkan susu badan

Katie Page, seorang jururawat dan bidan bertauliah di Amerika mengesyorkan power pumping, iaitu selama satu jam setiap hari, pam 20 minit, rehat 10 minit, pam 10, rehat 10, pam 10. Lakukan ini selama beberapa hari, fungsinya adalah untuk memberi isyarat kepada badan Mama untuk memperbanyakkan pengeluaran susu.

7. Pelekapan ketika menyusu yang betul

Cara lekapan puting yang dilakukan semasa menyusu juga boleh menjejaskan pengeluaran susu anda. Sebenarnya, melekap atau meletakkan puting pada mulut bayi pada kedudukan yang betul boleh mengelakkan luka, melecet dan kesakitan pada puting. Pastikan mulut bayi memasuki semua bahagian puting. Pelekapan yang betul pasti akan banyakkan susu badan Mama.

8. Menyusu dengan selesa dan santai

Untuk menghasilkan susu yang optimum, Mama perlu beri perhatian pada keselesaan dalam proses penyusuan. Antara faktor-faktor yang boleh menjejaskan pengeluaran susu termasuklah seperti tekanan, kebimbangan, dan kemurungan yang Mama perlu elakkan. Ini boleh menyebabkan pengeluaran susu mama berkurangan.

Wujudkan suasana penyusuan yang santai dan selesa seperti menyusu sambil mendengar muzik yang Mama suka. Selain itu, Mama juga boleh mengambil makanan yang boleh meningkatkan mood menjadi lebih baik, seperti coklat atau makanan manis yang lain.

9. Ambil milk booster untuk meningkatkan pengeluaran susu

Terdapat beberapa bahan yang dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu seperti badam, daun katuk, kurma, halba dan DHA. Tidak perlu risau, Mama jika rasa sukar untuk mendapatkan semua bahan tersebut dalam satu masa. 

Mama boleh dapatkan Mama’s Choice Almond Milk Booster yang mengandungi bahan semulajadi dan yang paling penting 100% halal! Ianya sangat membantu meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu ibu. Ia merupakan penggalak susu ibu pertama di Malaysia dengan gabungan bahan semulajadi biji halba (fenugreek) dan DHA. Ianya boleh didapati dalam dua perisa yang lazat iaitu cokelat dan matcha!

Mama's Choice Almond Milk Booster - cara banyakkan susu badan
JIMAT 20% untuk Mama’s Choice Almond Milk Booster! | HANYA RM49.90 RM39.90

Oh ya, milk booster kami ini juga boleh menyokong perkembangan otak si kecil tau! 🥰

Susu badam ini dihasilkan dalam bentuk serbuk yang mudah dibancuh. Mama hanya perlu tuang 3-4 sudu besar ke dalam 150ml air suam dan kacau hingga ianya rata. Ianya boleh diminum 2 kali sehari.

Jadi, selepas ini Mama tidak perlu bimbang lagi kerana milk booster kami boleh membantu melengkapkan keperluan nutrisi Mama supaya dapat memberikan susu yang mencukupi dan berkualiti. Terbukti, Mama’s Choice Almond Milk Booster ini mengandungi 100% bahan semulajadi dan diiktiraf halal. Jadi, ianya sangat selamat untuk diminum ya, Mama! 

Moga dengan perkongsian ini dapat membantu memperbanyakkan susu badan Mama dan si kecil kekal sihat, ya!

Anda boleh klik di sini untuk dapatkan Mama’s Choice Almond Milk Booster atau anda boleh pergi ke Shopee dan juga Lazada.

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now