Jika si kecil tiba-tiba menangis tanpa sebab, susah untuk tidur dan kelihatan tidak selesa, itu mungkin gejala colic dan berkemungkinan besar si kecil sedang mengalami kembung perut, Mama. Mari kita baca artikel ini untuk mengetahui punca, simptom dan cara menangani perut kembung pada bayi!
Kembung pada bayi selalunya berlaku apabila gas terperangkap di dalam badan terutamanya apabila perut atau pencernaan bayi belum berkembang sepenuhnya.
Secara umum, kembung perut pada bayi sebenarnya tidak berbahaya. Walaupun faktor kembung perut adakalanya berkait dengan masalah penghadaman, namun anda masih boleh menanganinya dengan cara yang betul, cepat dan berkesan.
Gejala Kembung Perut Bayi
Kembung perut semestinya akan membuatkan bayi berasa tidak selesa. Keadaan perut kembung yang dialami oleh si kecil anda mungkin berbeza bagi setiap bayi. Antara gejala yang boleh dilihat jika bayi mengalami masalah kembung perut adalah seperti:-
- Bayi kerap kentut/buang angin
- Perut bayi keras
- Bayi menjadi lebih cerewet dan kerap menangis
- Bayi kerap menggeliat dan melengkungkan punggungnya
- Bayi anda lebih kerap sendawa
- Muncul gejala colic pada bayi
Satu laporan daripada laman web MD, pakar kanak-kanak Jennifer Shu berkata, sekiranya si manja anda masih sihat dan hanya meragam apabila mengeluarkan gas, ini menunjukkan keadaan si manja anda masih normal.
Punca Kembung Perut Pada Bayi
Pada usia 0-3 bulan, bayi sering mengalami kembung perut disebabkan oleh saluran penghadaman mereka masih tidak berfungsi dengan sempurna. Manakala pada bayi yang berumur 6 bulan ke atas, masalah kembung ini berlaku kerana saluran penghadaman bayi perlu menyesuaikan diri dalam mencerna pepejal.
Baca juga: Colic Pada Bayi? Kenali Simptom, Punca & Cara Menanganinya
Bayi mengalami masalah kembung boleh disebabkan oleh:
1. Bayi menelan terlalu banyak udara
Salah satu faktor utama ialah bayi menelan terlalu banyak udara. Antara aktiviti yang membuatkan bayi menelan banyak udara seperti menangis, memberi makan dan makan.
2. Makanan yang dinikmati oleh Mama
Terdapat beberapa jenis makanan yang dipercayai boleh menyebabkan kembung perut pada bayi, sama ada dimakan oleh bayi (jika mempunyai pepejal) mahupun yang dimakan oleh ibu menyusu. Makanan yang menyebabkan perut kembung termasuk produk tenusu, sayur-sayuran seperti brokoli, asparagus dan kobis dan buah sitrus seperti lemon, oren dan limau gedang.
3. Lebihan laktosa
Bayi yang mempunyai lebihan laktosa biasanya disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak foremilk atau susu ibu pada awal penyusuan. Foremilk kaya dengan laktosa tetapi rendah lemak. Malangnya, tidak semua laktosa mudah dihadam oleh bayi. Proses penghadaman laktosa yang perlahan ini menyebabkan bayi mengalami kembung perut.
4. Sistem penghadaman tidak sempurna
Dalam proses tumbesarannya, sistem penghadaman bayi sebenarnya tidak lagi sempurna sepenuhnya dan masih berkembang. Usus bayi juga tidak mempunyai mikroflora iaitu bakteria baik untuk mempercepatkan pemprosesan makanan di dalam usus. Akibatnya, bayi mengalami sembelit dan kembung perut.
Cara Atasi Masalah Kembung Perut Pada Bayi
Untuk menangani masalah kembung atau colic pada bayi, terdapat beberapa cara mudah yang boleh Mama lakukan, antaranya:
1. Tukar kedudukan penyusuan
Dalam banyak kes, bayi mengalami kembung perut selepas mereka selesai menyusu kerana mereka berada dalam kedudukan yang salah. Semasa menyusu sama ada menggunakan botol susu atau terus dari payudara ibu, pastikan kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya. Mama boleh gunakan bantal menyusu untuk menyokong kepala bayi.
Jika menggunakan botol, Mama dinasihatkan untuk mengangkat botol itu agak tinggi, tetapi tidak menegak lurus. Perhatikan juga kualiti puting yang digunakan, pastikan aliran susu tidak terlalu deras. Kerana pengaliran susu yang terlalu laju boleh menyebabkan bayi tertelan udara.
2. Sendawa selepas menyusu
Walaupun kedudukan penyusuan adalah betul, selalunya udara masih ditelan oleh bayi. Oleh itu, anda harus cuba sendawakan bayi anda setiap kali selepas menyusu dengan melakukan beberapa teknik mendukung sambil menepuk belakangnya.
3. Gerakkan kaki bayi seperti mengayuh
Mama boleh gerakkan kaki bayi dengan membuat gerakan seperti mengayuh basikal. Pergerakan kaki akan menjadikan gas dalam perut lebih mudah dikeluarkan melalui sendawa. Selain membantu mengeluarkan gas, pergerakan ini juga boleh menjadi detik relaksasi bayi supaya tidak mudah letih.
Baca juga: Cara Mengurut Si Manja dengan 5 Teknik Mudah!
4. Urut perlahan-lahan
Bukan sahaja kerana menyusu, bayi juga boleh kembung jika udara sejuk atau banyak menangis. Jika anda menepuk perut bayi perlahan-lahan dan mengeluarkan bunyi yang cukup kuat, anda perlu segera menggosok perut bayi.
Selain dapat membantu bayi mengeluarkan angin melalui sendawa, kaedah ini juga dapat memanaskan perut bayi secara berkala. Untuk lebih berkesan, anda boleh mengurut bayi anda dengan minyak telon.
Cara mengurut perut bayi untuk mengurangkan kembung:
- Tidurkan bayi dalam keadaan terlentang
- Mulakan gosok secara perlahan-lahan perut bayi menggunakan tapak tangan anda yang telah disapukan dengan minyak urut
- Bermula dari pinggang kanan dan kiri, halakan ke dalam menuju ke arah pusat
- Lakukan perkara yang sama untuk bahagian belakang dan dada bayi
- Lakukan sehingga 5-10 kali pergerakan berulang-ulang
Tips: Jika anda akan melakukan urutan, lakukan urutan sekurang-kurangnya sejam selepas bayi menyusu. Hentikan urutan jika bayi menangis dan kelihatan tidak selesa.
Minyak Telon yang Mengatasi Masalah Kembung Perut Secara Lembut
Anda juga boleh menggunakan minyak khas untuk perut bayi iaitu Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil. Berbeza dengan minyak telon biasa di pasaran, minyak ini tidak mengandungi kayu putih yang berpotensi merengsakan kulit bayi.
Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil dirumus dengan 7 jenis minyak semulajadi antaranya Minyak Pala (Nutmeg Oil), Minyak Lavender, Minyak Chamomile dan banyak lagi! Apa fungsi semua 7 minyak ini dalam menenangkan Si Kecil yang sedang kembung perut atau colic, Mama tanya?
- Minyak Buah Pala (Nutmeg): Melegakan ketidakhadaman dan kejang pada perut. Merupakan ubat semulajadi untuk selesema dan batuk.
- Minyak Lavender: Membantu menenangkan bayi menangis dan mengurangkan gejala colic.
- Minyak Chamomile: Membantu bayi untuk rileks, tidur lebih cepat, tenang dan lena.
- Minyak Bunga Lawang (Anise): Mampu melegakan kembung perut Si Kecil.
- Minyak Citronella: Mampu menyihatkan sistem penghadaman, mengeluarkan gas dalam perut, memberi kehangatan pada badan.
- Minyak Kelapa: Berfungsi sebagai pelembap lembut dan semulajadi untuk kulit
- Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan yang menenangkan keradangan dalam badan
Ketujuh-tujuh formulasi ini juga selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Baunya yang segar dan lembut, boleh membuatkan Mama dan bayi lebih tenang.
Mama tidak perlu risau kerana minyak telon kami ini tidak mengandungi minyak kayu putih atau nama lainnya minyak cajeput seperti minyak telon lain di pasaran. Ini kerana ianya boleh memberi kerengsaan yang tinggi, menyebabkan alergi dan ruam pada kulit sensitif bayi.
JIMAT 23% untuk Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil | RM34.90 RM26.90
Hanya lakukan urutan lembut pada perut, dada dan belakang badan bayi menggunakan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil selepas mandi atau sebelum tidur dan Mama boleh lihat perubahan kualiti tidur si kecil dan juga Mama.
Mama boleh KLIK DISINI untuk membeli minyak telon kami atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.
Jadi, jika bayi anda sentiasa cerewet, jangan panik, OK? Kini, Mama sudah tahu cara mengatasi dan mencegahnya. Semoga berjaya, diharapkan Mama dan Si Manja sentiasa sihat dan ceria. 🙂
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3