Search

6 Cara Melebatkan Rambut Bayi Secara Selamat

Salah satu kegembiraan kehamilan ialah membayangkan bagaimana rupa bayi anda yang baru lahir. Apakah warna mata yang akan mereka miliki? Adakah mereka mempunyai rambut hitam, rambut perang, cokelat atau merah? Dalam fikiran Mama, anda mungkin membayangkan bayi anda dengan rambut yang lebat. Baca lebih lanjut untuk ketahui cara melebatkan rambut bayi dengan mudah dan selamat.

Walau bagaimanapun, mengenai rambut bayi yang baru lahir, setiap bayi adalah berbeza. Jangan risau – ini adalah perkara biasa. Tetapi jika anda sedang mencari cara untuk melebatkan pertumbuhan rambut, berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh melebatkan pertumbuhan rambut bayi. 

cara melebatkan rambut bayi dengan selamat

Pertumbuhan Rambut Pada Bayi

Tidak ada cara untuk meramalkan berapa banyak rambut bayi akan ada semasa lahir. Sesetengah bayi dilahirkan dengan banyak rambut dan yang lain dilahirkan tanpa rambut. Walaupun bayi mempunyai rambut semasa lahir, rambut mereka boleh gugur sejurus selepas bersalin, kemudian tumbuh semula.

Biasanya pertumbuhan rambut berlaku sekitar minggu ke-30 kehamilan. Inilah sebabnya mengapa sesetengah bayi akan dilahirkan dengan rambut di kepala mereka.

Fahami bahawa adalah perkara biasa untuk bayi yang baru lahir tidak mempunyai rambut atau mengalami keguguran rambut! Ia tidak menunjukkan masalah kesihatan yang mendasari.

Hormon juga memainkan peranan dalam jumlah rambut bayi baru lahir. Di dalam rahim, paras hormon adalah tinggi, yang boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Selepas bersalin, paras hormon menurun dengan pantas. Akibatnya, pertumbuhan rambut bayi menjadi perlahan.

Tidak lama selepas kelahiran, rambut bayi yang baru lahir juga memasuki kitaran pertumbuhan baru. Apabila ini berlaku, rambut mereka mungkin gugur. Bayi itu kemudiannya kekal botak sehingga rambut baru mereka tumbuh.

6 Cara Melebatkan Rambut Bayi 

Walaupun rambut nipis pada bayi adalah perkara biasa, anda masih boleh mencuba untuk menjadikan rambut si manja anda menjadi lebih tebal. Caranya adalah dengan mengikuti kaedah penjagaan rambut bayi yang selamat seperti di bawah:-

1. Memberus rambut dan mengurut kepala bayi

Menyikat dan mengurut kulit kepala bayi secara lembut juga boleh merangsang pertumbuhan rambut. Untuk pengetahuan Mama, rawatan ini boleh menggalakkan peredaran darah ke kulit kepala dan folikel rambut.

Anda boleh menyikat dan mengurut kulit kepala si manja anda selepas menyapu minyak kelapa secara perlahan-lahan selama beberapa minit. Selain bermanfaat untuk rambut, urutan ini akan menenangkan si manja supaya mudah untuk mereka tidur lebih lena.

cara melebatkan rambut bayi syampu

2. Syampu dengan kerap

Selain membersihkan kepala, kekerapan menggunakan syampu pada bayi juga dapat mengecilkan pori-pori kulit. Basuh rambut mereka setiap 2 atau 3 hari. Pastikan anda menggunakan air suam dan syampu bayi yang lembut. Pengumpulan kotoran pada kulit kepala bayi anda boleh menyebabkan kekeringan yang boleh melambatkan proses pertumbuhan rambut.

Perkara yang perlu dititikberatkan semasa memilih syampu si manja adalah anda perlu memastikan syampu tersebut bebas daripada bahan kimia seperti paraben, sulfat (SLS/SLES) dan pewarna. Ini kerana bahan-bahan ini boleh merosakkan rambut bayi yang masih baru dan sihat. Akibatnya, rambut bayi menjadi kering dan tidak tumbuh dengan sempurna.

Paling terbaik, pilih syampu yang mempunyai pH seimbang dan bersifat hypoallergenic. Kebiasaannya, syampu ini tidak akan memedihkan mata. Selepas menggunakan syampu, segera bilas kepala si manja menggunakan air suam.

Baca juga: Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

3. Sapukan minyak atau losyen rambut

Tips paling penting untuk melebatkan rambut bayi adalah dengan menggunakan minyak kelapa. Minyak kelapa kaya dengan vitamin E semulajadi dengan sifat antioksidan. Pilih minyak kelapa dara organik. Jika tidak, anda juga boleh menggantikannya dengan minyak kastor.

Mengurut kepala dengan menggunakan minyak boleh meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain itu, kelapa dan minyak kastor akan menambahkan kilauan pada rambut dan mencegah keguguran rambut.

Mama risau jika ianya terlalu berminyak dan melekit? Jangan risau, anda juga boleh menggantikan minyak kepada losyen rambut. Antara yang dicadangkan adalah Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion. Ianya dirumuskan daripada aloe vera organik, chamomile, candle nut dan sweet almond yang dapat menjadikan rambut si manja anda lebih kuat, lebat, cantik dan sihat!

produk cara melebatkan rambut bayi

JIMAT 27% untuk Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion | HANYA RM36.90 RM26.90

Losyen rambut bayi pertama dengan Vitamin A, E Omega 3 dan Pro-Vitamin!

Dengan kandungan multivitamin ini, ianya bukan sahaja dapat melebatkan rambut si comel, bahkan ia mampu memberi perlindungan dan kelembapan pada kulit kepala bayi yang kering. Akar rambut bayi juga akan kekal kuat.

Mama tidak perlu bimbang kerana Baby Hair Vitamin Lotion kami ini sudah semestinya bebas paraben, alkohol, SLS, halal dan diuji secara dermatologi menjadikannya selamat untuk kulit sensitif.

Anda boleh sapukan losyen dengan lembut pada kulit kepala bayi anda beberapa kali seminggu untuk merangsang pertumbuhan rambut agar menjadi lebih tebal. Teksturnya tidak melekit mahupun berminyak.

Urutan kepala yang perlahan dan lembut dapat membantu proses pertumbuhan rambut juga tau! ☺️

4. Gunakan tuala lembut

Apabila mengeringkan rambut bayi anda selepas syampu, Mama haruslah bersikap selembut mungkin. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkan rambut mereka. Menggunakan tuala yang keras atau kasar boleh merosakkan folikel rambut muda mereka dan melambatkan pertumbuhan rambut. 

5. Potong rambut

Tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa memotong rambut bayi boleh menyebabkan ia tumbuh lebih cepat. Namun, berdasarkan daripada pengalaman beberapa Mama yang telah mencubanya, mereka merasakan rambut si kecil mereka semakin lebat selepas dipotong. Jadi, anda juga boleh mencuba kaedah ini untuk melebatkan rambut bayi. 

6. Beri makanan pejal yang berkhasiat

cara melebatkan rambut bayi

Jika bayi berumur 6 bulan dan mula mengambil makanan pejal, dia boleh mendapatkan nutrisi tambahan untuk pertumbuhan rambut. Untuk menjadikan rambut lebih sihat, Mama perlu menyediakan makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin A, vitamin B dan protein.

Anda boleh mendapatkan nutrien ini melalui labu, lobak merah, mangga, kacang, ikan, daging, telur, bijirin penuh dan sayur-sayuran hijau untuk membuat makanan pejal. 


Begitulah beberapa cara yang boleh melebatkan dan merangsang pertumbuhan rambut si comel anda secara selamat dan semulajadi. Jom Ma! Mula menggunakan Mama’s Choice Baby Hair Vitamin Lotion dan ikuti langkah-langkah seperti yang dicadangkan. Semoga berjaya dan harapnya kaedah ini berkesan, ya Mama!

Klik di sini untuk dapatkan Mama’s Choice Baby Hair Lotion atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee. Selamat mencuba! 💗

Author jasspreetkaur

jasspreetkaur

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now