Search

Cara Melegakan Bayi Yang Tumbuh Gigi

Bagaimanakah anda boleh mengetahui apabila bayi anda tumbuh gigi? Walaupun simptom tumbuh gigi boleh disalah anggap sebagai demam biasa, selesema dan lain-lain, terdapat beberapa petunjuk yang boleh membantu anda menentukan sama ada bayi anda menghadapi masalah tumbuh gigi dan bukannya demam biasa. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai pertumbuhan gigi (teething) pada bayi di sini, mama!

Bayi yang cerewet, kurang makan dan mudah meragam mendorong mama untuk berasa bimbang tentang keadaan anak mereka. Pada sangkaan mama, bayi mungkin mengalami demam, selsema atau dijangkiti pepijat yang serius. Walaupun ianya adalah situasi yang tidak selalu berlaku. Kadangkala, perubahan mendadak dalam tingkah laku bayi dapat memberi tekanan kepada ramai ibu bapa di luar sana hanya kerana bayi mereka baru tumbuh gigi. 

Tumbuh gigi merupakan satu peristiwa penting tapi pada masa yang sama keadaan ini dapat memberi rasa tidak selesa terutama ketika gigi bayi mula-mula keluar melalui gusi mereka. Ianya adalah satu perkara penting dalam perkembangan anak. Ini kerana gigi dapat membantu si kecil mama mengunyah, bercakap dan juga tersenyum. 

Garis Masa Pertumbuhan Gigi 

Pertumbuhan gigi boleh bermula seawal 3 bulan, tetapi ia biasanya akan mula tumbuh antara 4 hingga 7 bulan. Gigi pertama yang keluar biasanya adalah gigi kacip tengah, iaitu dua gigi di bahagian bawah. Mama boleh merujuk carta di bawah bagi mendapatkan rujukan lebih jelas tentang pertumbuhan gigi bayi. 

cara melegakan bayi tumbuh gigi

Jika mama rasa pertumbuhan gigi anak agak ketinggalan, ketahuilah bahawa ianya bukanlah perkara biasa. Menurut Pakar Pergigian Woodhill, faktor genetik, kekurangan vitamin, berat lahir rendah atau kelahiran pramatang, dan gangguan perkembangan boleh menjadi asbab mengapa gigi bayi mama tumbuh agak lewat. 

Walau bagaimanapun, MedlinePlus telah mengesyorkan untuk mama berunding dengan doktor gigi kanak-kanak jika bayi mama masih tidak mempunyai gigi pada usia 9 bulan. 

Bagaimana Anda Tahu Bayi Mula Tumbuh Gigi? Ini 7 Tanda yang Perlu Diperhatikan 

cara melegakan bayi tumbuh gigi

Pertumbuhan gigi boleh memberi rasa tidak selesa kepada bayi. Seboleh-bolehnya mereka ingin bercakap dengan kita tentang apa yang dirasai. Jadi, di sini kita perlu memainkan peranan sebagai ibu untuk memerhati mereka sekiranya terdapat tanda-tanda ketidakselesaan atau kesakitan. Jadi, bagaimana mama boleh tahu bila bayi sedang mula tumbuh gigi? Berikut adalah petunjuknya! 

  1. Anak sudah tidak minat dengan makanan pepejal. Dengan gigi yang baru hendak tumbuh, kebiasaannya gusi anak anda akan bengkak atau sakit. Disebabkan itu, anak pasti enggan makan. 
  2. Didapati suhu badan meningkat sedikit. Walaupun badan mereka mungkin lebih panas daripada biasa, pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan demam.
  3. Pengeluaran air liur yang banyak daripada mulut. Bayi akan banyak mengeluarkan air liur semasa tumbuh gigi, jadi pastikan anda sentiasa pakaikan bib atau mengelap leher dan dagu mereka dengan kerap bagi mengelakkan berlakunya ruam.
  4. Cerewet dan cepat marah. Tumbuh gigi sebenarnya boleh menyakitkan. Ini kerana ianya boleh menyebabkan rasa kerengsaan pada si kecil anda. Keadaan ini menjadikan rasa tidak selesa terutama apabila gigi geraham yang akan tumbuh.
  5. Mengalami masalah tidur. Tumbuh gigi menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa sepanjang masa dan ianya boleh mengganggu jadual tidur bayi anda.
  6. Mula menggigit objek atau permainan. Daripada alat kawalan jauh ke mainan kegemaran mereka, bayi yang tumbuh gigi sering menggigit sesuatu untuk melegakan rasa kesakitan mereka.
  7. Tarik telinga dan gosok pipi. Kedua-dua tingkah laku ini juga boleh menjadi tanda pertumbuhan gigi pada bayi. Ini kerana rasa sakit boleh merebak di pipi dan telinga. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa perlakuan menarik telinga juga boleh menjadi salah satu tanda berlakunya jangkitan telinga.

Jika anak mama menunjukkan tanda-tanda ini, maka dia mungkin sedang mengalami pertumbuhan gigi. Perlu diingatkan bahawa tanda-tanda dan gejala ini sering muncul pada hari sebelum dan selepas gigi tumbuh. 

Cara Memberi Kelegaan Pada Bayi Yang Tumbuh Gigi 

Walaupun sakit gigi tidak dapat dielakkan, terdapat banyak cara untuk membantu anak anda berasa lebih selesa dalam tempoh ini. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menenangkan bayi anda yang sedang tumbuh gigi. 

1. Urut gusi bayi anda 

cara melegakan bayi tumbuh gigi
JIMAT 20% on Mama’s Choice Baby Teething Package | HANYA RM34.90 RM27.90

Mengurut gusi bayi boleh membantu meredakan kegatalan yang mereka rasa. Mama boleh menggunakan jari yang bersih untuk melakukan perkara ini. Sebagai alternatif, mama boleh juga menggunakan berus gigi jari yang mempunyai permukaan yang lembut dan bergerigi sesuai untuk menggosok gusi bayi. 

Selain bagus untuk mengurut gusi, ia juga boleh digunakan untuk membersihkan mulut bayi anda. 

2. Berikan teether pada bayi

cara melegakan bayi tumbuh gigi

Daripada membiarkan bayi anda menggigit objek rawak yang mungkin mempunyai kuman dan berbahaya. Adalah lebih baik berikan bayi teether bebas BPA supaya mereka menggigit sesuatu yang selamat untuk dikunyah. 

Anda juga boleh meletak teether di dalam peti sejuk terlebih dahulu. Teether yang sejuk dapat memberikan lebih keselesaan. 

3. Berikan hidangan yang sihat dan sejuk. 

cara melegakan bayi tumbuh gigi

Seperti yang dinyatakan di atas, sesuatu yang sejuk boleh membantu melegakan rasa kesakitan pada gusi bayi. Jika bayi anda sudah mula makan pepejal, anda boleh memotong buah dan meletakkannya di dalam Food Feeder

Kaedah ini bukan sahaja dapat melegakan rasa ketidakselesaan bahkan dapat memastikan mereka mendapat snek yang berkhasiat juga.

Bersedia Untuk Tumbuh Gigi Dengan Mama’s Choice Baby Teething Package

Mama’s Choice sangat memahami susah payah mama dalam menjaga si kecil anda yang tumbuh gigi. Itulah sebabnya kami telah menghasilkan Mama’s Choice Baby Teething Package ini untuk memastikan mama mempunyai keperluan yang secukupnya untuk membantu mereka (dan bayi mereka) melalui peringkat ini!

Setiap pakej dilengkapi dengan Finger Toothbrush, Food Feeder dan Teether bayi. Finger Toothbrush ini sangat bagus untuk membersihkan gigi bayi dan mengurut gusi mereka. Ia juga disertakan dengan bekas untuk penyimpanan kebersihan. Food Feeder ini pula mempunyai saiz yang sesuai untuk jari-jari kecil si comel, menjadikan ia mudah untuk mereka genggam. Sementara itu, Teether bayi ini pula selamat untuk disejukkan di dalam peti ais.

Mama tidak perlu risau tentang keselamatan anak anda kerana Mama’s Choice Baby Teething Package ini bebas daripada BPA, phthalates, lateks dan plumbum!

Adakah anda bersedia apabila masalah pertumbuhan gigi si kecil anda bermula? Klik gambar di bawah untuk mendapatkannya hari ini atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami dan Lazada!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now