Search

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir

Kulit bayi anda masih sensitif, jadi anda mesti berhati-hati dan perlu berlembut semasa memandikan mereka. Ini adalah satu perkongsian mudah cara memandikan bayi baru lahir! 

Memandikan bayi yang baru lahir agak menakutkan juga sebenarnya, terutama untuk mereka yang baru pertama kali menjadi seorang ibu. Pendekatannya mungkin agak berbeza, terutama antara bayi yang masih belum putus tali pusatnya dan juga yang telah putus. Dalam artikel ini, kami akan memfokuskan pada semua yang anda perlu ketahui tentang memandikan bayi yang baru lahir—dari sebab apa mereka memerlukan mandian hinggalah bagaimana untuk memilih sabun bayi yang selamat.

Mengapa Bayi Perlu Mandi? 

Memandikan bayi adalah cara bagi membantu melindungi kesihatan mereka. Contohnya, mandi adalah sangat bagus dalam membantu penjagaan kebersihan bayi serta dapat mencegah ruam. Mandi juga dapat mengawal lebihan minyak pada rambut mereka. Menurut para pakar, bayi yang rambutnya tidak dibersihkan boleh menyebabkan cradle crap dimana kulit kepala akan mengelupas pada rambut begitu juga pada kening mereka.. 

Nationwide Children’s Hospitaldi Ohio menekankan bahawa waktu mandi merupakan bonding time terbaik antara ibu dan anak. “Ini adalah waktu yang tepat untuk anda berbual dengan bayi dan biarkan mereka mendengar suara anda serta membuat kontak mata.” 

Berapa Kerap Bayi Perlu Dimandikan dan Pada Jam Berapa? 

Bagi bayi yang baru lahir, mereka tidak perlu dimandikan setiap hari kerana ianya boleh mengeringkan kulit mereka. Mengikut kajian, paling disyorkan ialah tiga kali seminggu sebagai frekuensi optimum untuk bayi baru lahir. Tetapi apabila bayi anda sudah bergerak dan aktif, anda boleh memilih untuk memandikannya setiap hari. Tetapi, dengan keadaan cuaca panas di Malaysia ini, ianya terpulang pada anda dan kami juga mengesyorkan untuk memandikan mereka sebanyak 2 kali sehari untuk 5 hingga 6 kali seminggu supaya bayi berasa lebih segar dan tidur pun lena! 😊

Masa yang diperlukan untuk memandikan bayi bergantung pada ibu. Sebilangan ibu bapa lebih suka mandi pada waktu pagi, sementara yang lain lebih suka pada waktu malam menjadikannya sebahagian daripada rutin sebelum tidur dalam membantu bayi mereka tidur dengan lebih selesa dan nyenyak. Semasa memilih waktu mandi, adalah lebih baik untuk memilih waktu yang anda tidak berada di dalam keadaan tergesa-gesa. 

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Dengan Tali Pusat 

cara-memandikan-bayi-baru-lahir-#1

Mandi menggunakan span (sponge) merupakan kaedah pertama yang biasa digunakan untuk ibu membersihkan anak kecil mereka. American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan mandi bersama span perlu dilakukan sehingga tali pusat itu tertanggal sendiri. 

Adakah perlu menunggu sehingga 2 minggu lamanya bagi memastikan tali pusat tanggal? Untuk sesetengah bayi, tali pusat akan tanggal seawal lima hari selepas kelahiran. Namun, jika tali pusat belum kering dan tanggal pada usia tiga minggu, ibu disarankan berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan terhadap tali pusat tersebut. 

Inilah cara memandikan bayi dengan betul sekiranya tali pusat masih ada! Simpan carta ini di telefon bimbit anda, supaya anda juga dapat mengingatinya dengan mudah. 🙂 

Cara Memandikan Bayi Baru Lahir Yang Tali Pusatnya Telah Tanggal 

Setelah tali pusat bayi jatuh, bayi boleh dimandikan menggunakan tab mandi (bath tub). Pada awalnya, anda mungkin menghadapi kesukaran, ini kerana keadaan bayi itu yang tidak biasa. Sekiranya bayi anda menangis dan menolak, anda perlu membawa bayi anda secara perlahan-lahan ke dalam tab mandi. Anda boleh melakukan ini dengan memegang kepala bayi di tangan dan merendam kaki mereka di dalam tab mandi. 

Sila ikuti panduan visual di bawah sebagai panduan, ibu! Simpannya di telefon bimbit anda, supaya anda juga dapat mengingatinya dengan mudah. 🙂 

Tips Keselamatan Ketika Mandikan Bayi: 8 Perkara Penting Yang Perlu Diingati 

Memandikan bayi yang baru lahir kelihatan cukup mudah, bukan? Dengan sedikit latihan dan panduan, anda boleh memandikan bayi anda dengan mudah. Namun begitu, berikut adalah tips keselamatan penting dalam membersihkan bayi yang baru lahir: 

  • Jangan sesekali membiarkan bayi anda tanpa pengawasan, walaupun sesaat. 
  • Jangan mengisi tab mandi dengan terlalu banyak air. AAP mengesyorkan air harus berada setinggi 2 inci sahaja. 
  • Pastikan air mandian suam. Suhu air mandi yang ideal ialah 98.6°F (antara 37°C hingga 38°C). Anda juga boleh membuat ujian kepanasan sendiri dengan memasukkan pergelangan tangan atau siku anda ke dalam air tersebut. 
  • Pastikan suhu bilik sesuai (tidak terlalu panas atau sejuk). Bayi mudah berasa kesejukan terutamanya ketika mereka telanjang (tidak berpakaian).  
  • Pegang bayi anda dengan erat. Tubuh mereka boleh menjadi licin, terutamanya ketika anda membersihkan bayi dengan sabun. 
  • Pastikan semua yang anda perlukan berada berdekatan dan mudah dicapai. Ini juga boleh mengelakkan anda untuk keluar dari bilik ketika sedang memandikan bayi. 
  • Untuk tahun pertama, bayi hanya perlu mandi tiga kali seminggu selagi kawasan lampin berada di dalam keadaan yang bersih. Tetapi jika cuaca panas dan bayi berpeluh dengan kuantiti yang banyak, mandi sekali sehari tidak mengapa selagi sabun yang digunakan itu selamat untuk kulit sensitif. 
  • Buat pengujian sama ada sabun dan syampu bayi yang anda gunakan sesuai untuk kulit si manja anda. Lakukan ini dengan meletakkan sedikit pada lengan bayi dan tunggu beberapa jam. Sekiranya tiada reaksi, maka sabun ini sesuai untuk kulit si kecil anda. Ujian kulit ini sangat mustahak kerana memilih sabun yang salah boleh mencetuskan alahan dan membuat bayi anda tidak selesa. 

Cara Memilih Sabun Badan & Rambut yang Selamat untuk Bayi 

Selain mengetahui cara memandikan bayi yang baru lahir, sangat penting untuk memahami bagaimana untuk memilih sabun bayi yang selamat. Walaupun terdapat banyak pilihan yang ada di pasaran, tidak semuanya selamat. 

Semasa membeli sabun bayi, perhatikan jika terdapatnya ramuan berbahaya seperti berikut: 

  • Pengawet seperti paraben 
  • Phthalates 
  • Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES) 
  • Pewarna 
  • Antibakteria kimia, seperti triclosan 
  • Wangian 
  • Niacinamide 
  • Gliserin 
  • Ceramides 
  • Alkohol 

Menurut pakar dermatologi Rina Allwah, MD, “sulfat dapat menyebabkan kerengsaan kulit dan menghilangkan minyak pati semula jadi dari lapisan atas kulit. Ini sekaligus boleh menyebabkan kulit mengelupas dan kering.” Tambah beliau lagi,  parabens juga tidak boleh digunakan untuk bayi. Ini kerana “mereka boleh menyebabkan kerengsaan kulit, gatal-gatal, ruam alergi kulit, dan boleh menyebabkan ekzema. 

Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash Pilihan Terbaik Untuk Si Manja 

cara-memandikan-bayi-baru-lahir-#4
JIMAT 23% untuk Mama’s Choice Baby Hair & Body Wash | HANYA RM34.90 RM26.90

cara-memandikan-bayi-baru-lahir-CTA

Kini, memilih produk sabun badan dan rambut yang selamat untuk si manja anda menjadi lebih mudah dengan adanya Mama’s Choice Baby Hair and Body Wash ini. Ianya adalah produk 2 dalam 1 iaitu syampu bayi dan pencuci badan. Produk ini dapat membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit bayi yang baru lahir. Ianya juga mempunyai tahap pH yang seimbang. Bukan sahaja ia diperkaya dengan ekstrak Lavender & Chamomile yang dapat memberikan keselesaan kepada bayi, bahkan sabun mandi 2 dalam 1 kami ini juga mempunyai formula Bebas Sulfat tetapi masih mampu memberi buih semulajadi yang banyak! Dengan ini, waktu mandi akan menjadi lebih menyeronokkan untuk si kecil anda.

Sekiranya bayi anda masih mempunyai tali pusat, anda hanya perlu menggunakan satu atau dua titis Mama’s Choice Baby Hair and Body Wash. Campurkan ke dalam air suam, kemudian rendamkan tuala dan lap ke seluruh badan. 

Ibu tidak perlu bimbang, kerana Mama’s Choice Baby Hair and Body Wash adalah 100% bebas daripada bahan kimia berbahaya dan telah disahkan halal. Jangan lupa untuk dapatkan produk ini daripada laman web Mama’s Choice, Shopee dan juga Lazada

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now