Search

Cara Mencuci Muka Dengan Betul: 7 Tips Mudah Untuk Dicuba

Menjaga kulit di waktu kehamilan sememangnya mencabar. Ini terutamanya ketika mengalami alahan kehamilan seperti morning sickness atau sakit badan. Namun begitu, satu perkara yang anda tidak boleh abaikan iaitu mencuci muka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana cara mencuci muka dengan betul, anda boleh teruskan membaca!

Bukan hanya bayi di dalam rahim anda yang perlu anda jaga, bahkan anda juga perlu mengambil berat tentang diri sendiri. Menjaga kulit semasa kehamilan bukan sahaja memberi manfaat kepada penampilan kulit anda bahkan ianya bagus untuk kesihatan mental anda sebenarnya. 

Menurut Erum Ilyas, MD, ahli dermatologi di Pennsylvania, “kulit kita ada banyak cara untuk mempamerkan kesihatan dalaman kita. Apabila kulit kelihatan elok, kita cenderung merasa lebih baik tentang diri kita sendiri.” 

Kebanyakan ibu akan membuat pertimbangan semula produk penjagaan wajah ketika kehamilan. Ketika mengalami masalah loya atau morning sickness, rutin 8 langkah mungkin bukan sesuatu yang anda perlukan lagi. Namun demikian ada satu langkah penjagaan kulit yang tidak boleh kita abaikan iaitu mencuci muka kita. Sangat mudah, apa yang anda perlu lakukan hanyalah mencuci muka sahaja. Betul? 

Walaupun kita semua mempunyai teknik tersendiri ketika mencuci muka, mererusi artikel ini, kami telah senaraikan cadangan dari pakar dalam cara mencuci muka dengan betul dan berkesan. Dan yang lebih penting, selamat. 

7 Tips Mencuci Muka Dengan Betul 

cara mencuci muka dengan betul

1. Tanggalkan solekan terlebih dahulu 

Untuk mendapatkan pencucian wajah yang berkesan adalah dengan membuang solekan terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan makeup remover atau micellar water  untuk menghilangkan solekan. Menerusi satu artikel di Healthline, pakar dermatologi Dr Jennifer Haley menjelaskan bahawa “liang pori digunakan untuk membersihkan toksin. Oleh itu, jika lapisan solekan tebal menyumbat liang-liang anda, ia tidak dapat membersih dengan baik.” 

2. Gunakan pencuci muka yang lembut

Bereksperimen dengan produk penjagaan kulit biasanya menyeronokkan, tetapi tidak apabila anda mempunyai kesihatan si kecil yang perlu perlu dipertimbangkan. Semasa hamil, gunakan pencuci muka yang lembut tanpa alkohol, wangian tiruan, SLS, dan bahan tambahan berbahaya yang lain. 

Adalah lebih baik lagi, cari pencuci muka yang tidak berbuih kerana ia tidak menanggalkan kelembapan semulajadi kulit sewaktu pembersihan. Jangan percaya bahawa dengan adanya buih, semakin baik kerana ianya membersihkan. Satu kajian pada tahun 2012 mendapati bahawa pembersih berbuih sebenarnya mempunyai formulasi yang lebih keras sedikit dan cenderung menjadikan kulit anda kering. 

3. Jangan gosok kulit anda dengan terlalu kasar

Menggosok kulit atau erti kata lainnya ialah ‘scrub’ dengan kasar dikatakan dapat menyingkirkan kotoran tetapi hakikat sebenarnya ini dapat merengsakan kulit. Oleh itu, daripada ibu mengambil kain lap atau span loofah adalah lebih baik menggunakan pencuci muka dengan agen pengelupasan (exfoliant). Selain itu, bakteria juga boleh muncul di span loofah anda! Ingat, menggunakan tangan sudah cukup untuk membersihkan wajah anda tau, mama!

4. Jangan terlalu banyak kali mencuci 

Wajah yang bersih dan baru dicuci memang terasa segar. Tetapi mencuci muka terlalu kerap boleh merengsakan dan mengeringkan kulit anda. Pakar mengesyorkan mencuci muka hanya pada waktu pagi, petang, dan setelah anda berpeluh berlebihan. 

5. Urut wajah ketika membersih 

Semasa mencuci muka, berikan juga urutan yang baik pada wajah anda. Contohnya, gosokkan menggunakan jari anda dengan gerakan membulat ke atas. Ini juga membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan ketenangan.

6. Bilas dengan air suam 

Air panas dikatakan bagus untuk kulit, tetapi ianya juga dapat menghilangkan lapisan minyak semulajadi di wajah anda. Oleh itu, bagi ibu yang mempunyai kulit kering atau sensitif, adalah disarankan untuk mencuci muka dengan air suam. 

7. Melembapkan kulit sejurus selepas mencuci 

Kita semua tahu bahawa melembapkan wajah adalah penting tetapi tahukah anda bahawa pakar mengesyorkan pelembapan sejurus terus selepas pembersihan? Ya, sementara wajah anda masih sedikit lembap. Ellen Marmur, ahli dermatologi di New York City, menyatakan dalam satu artikel di SELF bahawa “jika anda menunggu walaupun beberapa minit, sel-sel permukaannya mengalami dehidrasi dan sebenarnya lebih sukar untuk dilembapkan.” Jadi ibu, anda digalakkan terus menggunakan pelembap dengan pelindung matahari mineral. 

Membersih dengan Mama’s Choice Gentle Face Wash 

cara mencuci muka dengan betul
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Gentle Face Wash | HANYA RM33.90 RM26.90

cara mencuci muka dengan betul

Sekiranya anda bimbang tentang kandungan bahan berbahaya di dalam pencuci muka yang anda gunakan sekarang, sudah tiba masanya untuk anda pertimbangkan Mama’s Choice Gentle Face Wash! Pencuci wajah khas yang dicipta untuk ibu yang hamil dan menyusu. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering, kombinasi, dan sensitif. 

Apa yang menjadikannya istimewa? Pencuci muka kami ini diperkaya dengan Ekstrak Beras untuk membantu mencerahkan kulit anda secara semulajadi dan menghilangkan wajah kusam. Ia juga mengandungi Ekstrak Kolagen Hidrolisis yang dapat menjaga kelembapan kulit serta mengekalkan keanjalan kulit. 

 Untuk pengalaman mencuci wajah yang terbaik, gunakan Gentle Face Wash kami dan urut wajah anda dalam pergerakan ke atas bagi meningkatkan pengaliran darah. Anda juga boleh menggunakan Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer pada waktu pagi untuk dapatkan kulit yang lebih cerah.

Untuk lebih penjimatan ibu boleh dapatkan Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle iaitu pakej Pencuci Muka Bersama Pelembap Muka samada di Shopee atau Lazada. Harga yang ditawarkan lebih berbaloi dan jimat iaitu RM49.90 (harga asal RM74.90).  

Jom ikuti tips yang dikongsikan tentang cara mencuci muka dengan betul dan lihat kesannya. Pasti wajah anda akan kelihatan lebih berseri-seri sepanjang proses kehamilan!

cara mencuci muka dengan betul

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now