Adakah anda tertanya-tanya bagaimana anda boleh melancong bersama ahli keluarga dan pada masa yang sama anda masih boleh menyusu atau mengepam susu badan? Ketahui cara menyimpan susu yang ibu boleh lakukan semasa dalam perjalanan.
Menjadi ibu yang baru tidak bermaksud anda harus tinggal di rumah sahaja dengan baju kelawar anda. Sekiranya anda sudah mula berasa bosan atau tertekan kerana terlalu lama duduk di rumah, ada baiknya untuk anda keluar berjalan-jalan buat seketika. Ia sebenarnya baik untuk kesihatan mental dan emosi anda kerana berjalan melihat dunia luar sememangnya dapat mengurangkan tekanan, kegelisahan dan kemurungan.
Keluar berjalan atau melancong bersama bayi memang sukar, dan ianya boleh menjadi lebih sukar apabila anda mahu mengepam dan menyimpan susu badan pada masa yang sama. Terutamanya jika anda mahu keluar atas urusan kerja tetapi masih perlu mengikuti jadual mengepam susu badan anda untuk memastikan bekalan susu untuk bayi sentiasa ada, dana pada masa yang sama harus pastikan payudara anda tidak mengalami bengkak susu. Hm, susahnya! Tetapi, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil!
Berikut adalah beberapa petua terbaik dari ramai Mama mengenai cara menyimpan susu badan ketika dalam perjalanan atau melancong (dengan atau tanpa bayi!). Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk keluar rumah selepas ini!
6 Panduan & Cara Menyimpan Susu Ibu Semasa Dalam Perjalanan
Petua ini boleh diamalkan ibu ketika dalam perjalanan atau melancong. Ini bagi memastikan susu badan yang dipam kekal baik kualitinya.
1. Dapatkan Cooler Bag yang boleh dipercayai
Cooler bag lebih sesuai untuk membawa beberapa botol simpanan susu atau dijadikan beg susu untuk si manja anda. Oleh kerana ia tertutup rapi, ianya dapat memastikan bahawa susu badan anda tetap sejuk dan dapat mengekalkan suhunya. Ini sangat berguna sekiranya anda ingin mengepam semasa dalam perjalanan atau perlu membawa susu badan sebagai tambahan untuk si manja anda.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk mengeluarkan susu yang dipam sebelum keluar dan membiarkannya pada suhu bilik. Susu ini boleh dijadikan bekalan untuk bayi ketika berada di dalam kereta ataupun di kapal terbang. CDC ada menyarankan bahawa susu ibu boleh disimpan pada suhu bilik, tidak melebihi 77°F atau 25°C. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau untuk memanaskan susu badan anda yang sejuk semasa waktu minum bayi anda.
Tip: Sekiranya anda perlu melalui perjalanan selama berjam-jam lebih lama, chest cooler adalah pilihan yang terbaik
2. Pastikan anda mempunyai pek ais
Dinding penebat cooler bag tidak akan mencukupi untuk mengekalkan suhu sejuk susu badan ibu itu sendiri. Oleh itu, pastikan anda mempunyai pek ais padat beku. Anda boleh meletakkan bungkusan ais di tengah dan di bahagian atas untuk mengekalkan suhu susu tersebut.
Tip: Ada bagusnya untuk tidak membuka kompartmen tersebut supaya pek ais tidak cair dengan cepat.
3. Pastikan hotel mempunyai peti sejuk atau minta tolong mereka menyimpan susu ibu anda
Anda tidak boleh menyimpan susu ibu di dalam beg yang lebih sejuk selama berhari-hari. Anda perlu memindahkannya ke peti sejuk di mana suhu sejuk lebih stabil.
Sekiranya bilik hotel tempat anda menginap tidak mempunyai peti sejuk, anda boleh meminta pihak hotel menyimpannya untuk anda. Ingatlah bahawa susu segar boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga empat hari sahaja. Pastikan anda menyimpan di dalam botol dengan kemas dan tutupnya dengan ketat untuk mengelakkan ianya dari tercemar.
Sekiranya anda seorang diri dan tidak dapat memberikan susu kepada bayi anda, adalah lebih baik untuk membekukannya dan membawanya pulang nanti.
Tip: Sentiasa membuat perancangan awal dan mengaturnya dengan betul. Sebagai alternatif, anda boleh membawa portable chest cooler dan memuatkannya dengan banyak ais seta mengisi semula ais secara berkala untuk mengekalkan suhu di dalamnya.
4. Sediakan beg susu spare
Sekiranya cooler bag anda mempunyai ruang yang agak terhad, adalah disyorkan untuk menyediakan beg susu tambahan sebagai spare. Ini kerana botol simpanan susu biasanya besar, jadi anda boleh menyimpan beg susu anda di dalam bilik atau peti sejuk hotel. Kemudian, pek susu ibu anda ke dalam cooler bag apabila anda ingin keluar.
Tip: Jangan sekali-kali menggunakan beg yang tidak berkualiti atau bukan direka khas untuk susu ibu.
5. Bungkus susu ibu yang paling lama dan pastikan ia dilabel dengan betul
Semasa memilih susu ibu yang sejuk dari simpanan anda untuk dibungkus, pilih susu yang paling lama. Selain itu, pastikan ianya dilabel dengan jelas. Sekiranya anda mengepam dalam perjalanan, jangan lupa untuk melabelkannya dengan tarikh pada hari tersebut.
Tip: Sentiasa gunakan susu yang paling lama bagi mengelakkan pembaziran.
6. Hanya gunakan botol plastik atau botol kaca tanpa BPA
Sekiranya anda kehabisan beg atau botol simpanan susu, anda juga boleh menggunakan bekas lain. Walau bagaimanapun, bekas penyimpan tersebut mestilah berkualiti dan food-grade. Untuk bekas plastik, CDC mengesyorkan agar elak penggunaan bekas dengan simbol kitar semula nombor 7. Ini bermaksud bahawa ia mungkin “diperbuat daripada plastik yang mengandung BPA.”
Tip: Jangan berkompromi ketika memilih botol atau beg simpanan untuk susu ibu anda. Sentiasa pilih tanpa BPA.
Apa Yang Perlu Diambil Kira Dalam Pemilihan Cooler Bag Susu Ibu
Petua hebat untuk menyimpan susu ibu semasa dalam perjalanan akan menjadi sia-sia jika anda tidak mempunyai alatan yang paling penting iaitu cooler bag untuk susu ibu. Pada hari ini dengan adanya banyak pilihan beg penyejuk susu yang ada di pasaran, bagaimana anda boleh menentukan pilihan mana yang terbaik?
Di dalam artikel ini turut dikongsikan ciri-ciri terbaik yang harus anda ketahui semasa memutuskan pilihan cooler bag susu ibu.
- Penebat. Pilih beg yang lebih sejuk yang menggunakan bahan berkualiti untuk melindungi beg.
- Kapasiti. Beg sejuk didatangkan dalam pelbagai saiz. Sebaik-baiknya, cari beg yang dapat membantu anda mengemas dan memasukkan lebih banyak botol tetapi masih memberi anda ruang untuk keperluan mengepam anda.
- Mudah dibersihkan. Elakkan beg penyejuk susu ibu yang cepat kotor. Sebaliknya, cari beg yang diperbuat daripada bahan yang senang dijaga. Beg yang tidak mudah lekat dengan kotoran akan menjadi pilihan terbaik.
- Reka bentuk. Anda tidak perlu risau tentang gaya. Cari keseimbangan yang baik antara reka bentuk dan gaya praktikal yang indah supaya anda merasa yakin membawanya sepanjang perjalanan anda. Oleh yang demikian, pertimbangkan jika anda menginginkan beg yang dilengkapi dengan tali yang boleh diselempangkan atau beg yang boleh anda bawa seperti tote bag.
- Kaedah Penyejukan. Anda boleh memilih cooler bag yang menggunakan pek ais dan membeli peti sejuk mini yang boleh anda gunakan di dalam kereta anda. Tetapi tentu saja, storan jenis ini hanya berfungsi untuk keadaan tertentu seperti perjalanan hanya atas darat.
Pertimbangkan ini: Mama’s Choice Sling Cooler Bag
Sekiranya anda tertanya-tanya di mana untuk mencari satu produk yang mempunyai semua ciri dan kualiti yang terbaik. Anda boleh dapatkan Mama’s Choice Sling Cooler Bag yang dapat memenuhi semua keperluan ibu.
Beg penyejuk susu ibu Mama’s Choice mempunyai ruang khusus untuk botol susu ibu anda (boleh memuat sehingga 9 botol kecil), ruang yang terpisah untuk pam dan kabel pengepaman susu badan dan beberapa lagi poket untuk memastikan barang-barang untuk penyusuan disimpan dalam keadaan teratur.
Dengan reka bentuknya yang moden dan bergaya, Mama’s Choice Sling Cooler Bag yang kalis air 100% ini juga boleh berfungsi sebagai beg makan tengah hari apabila anda perlu membawa makanan ringan untuk si kecil. Terdapat dua reka bentuk menarik untuk dipilih begitu juga dengan warna yang sesuai untuk memenuhi citarasa anda.
Dengan petua mengenai cara menyimpan susu ibu ketika dalam perjalanan dan menjadikan Mama’s Choice Sling Cooler Bag pilihan yang tepat, pastinya anda menjadi lebih yakin untuk keluar dari rumah,
Ingat, anda masih dapat menikmati perjalanan walaupun terdapat lebih banyak barang untuk dikemas kerana apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengepam susu badan untuk yang tersayang!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3