Menyusukan anak adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Momen yang indah mengeratkan lagi hubungan ibu dan bayi. Apatah lagi makanan pertama terbaik untuk bayi adalah susu badan ibunya sendiri. Walaupun begitu, ibu haruslah ketahui cara menyusukan bayi dengan betul iaitu dengan mengamalkan teknik pelekapan yang betul ketika menyusu untuk mengelakkan mereka daripada meragam.
Ini kerana susu badan mengandungi banyak khasiat semulajadi yang bukan sahaja kaya kandungan nutrisi bahkan memberi perlindungan pada badan dengan sistem antibodi yang tinggi. Selain itu, proses menyusukan anak juga ada memberi manfaat kepada ibu seperti membantu proses penyembuhan yang lebih baik selepas bersalin.
Tempoh menyusukan bayi adalah digalakkan selama 2 tahun sepenuhnya. Paling tidak sekurang-kurangnya 6 bulan pertama seperti yang disyorkan oleh doktor. Walaupun proses menyusu badan nampak begitu semulajadi dan mudah, Namun hakikatnya ia adalah sebuah cabaran besar yang hanya dapat dirasai oleh seorang ibu.
Ibu perlu mengetahui teknik dan cara yang betul dalam menyusukan anak. Ini bagi mengelakkan ibu merasa tidak selesa dan paling penting memastikan bayi mendapat secukupnya keperluan susu badan.
Kesan Apabila Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya
Terdapat 7 tanda jika bayi tidak mendapat susu badan yang secukupnya.
- Bayi akan sering meragam. Kerap merengek dan menangis walhal sudahpun disusukan badan.
- Keadaan najis yang kurang dan warna agak kehijauan. Kebiasaannya untuk bayi yang menerima susu ibu yang secukupnya najisnya akan berwarna kekuningan cair.
- Lampin pakai buang yang kurang basah. Ini menunjukkan bayi anda kurang kencing. Anggaran penggunaan lampin pakai buang bagi bayi cukup susu ibu adalah di dalam 6 sehingga 8 keping lampin dalam sehari.
- Bayi menjadi tidak aktif. Kita akan lihat bayi sentiasa kelihatan letih dan mengantuk. Ini juga kerana faktor bayi tidak mendapat cukup khasiat dari air susu badan ibu.
- Bayi kurang mahu menyusu. Jika mahu disusukan, kena paksa bayi untuk menyusu.
- Berat badan bayi lambat dan tidak meningkat (kurang dari 400gm sebulan dan tidak konsisten setiap bulan). Ianya tidak mengikut pertumbuhan perkembangan bayi yang sepatutnya. Selain itu, keadaan kulit bayi juga kelihatan kering dan kusam. Dinasihatkan anda untuk segera berjumpa dengan doktor atau pakar laktasi jika hal ini berlaku.
- Tiada bunyi sedutan ketika proses penyusuan secara terus (direct feeding). Cara hisapan yang ringan dan agak laju. Tiada juga bunyi sendawa atau tanda kekenyangan seperti ‘burrp’ yang menandakan bayi sudah kenyang selepas penyusuan.
Tanda-tanda ini perlu diambil berat oleh ibu. Ini menunjukkan bayi anda tidak mendapat sepenuhnya susu ibu yang diperlukan. Jadi para ibu sekalian, kena ambil tahu dan belajar bagaimana untuk menyusukan bayi dengan pelekapan yang betul.
Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul
Sentiasa manfaat skin to skin contact ketika anda bersama bayi. Menurut kajian sebuah jurnal, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan dengan sempurna hingga selesai tempoh menyusu.
Sebelum penyusuan dilakukan pastikan kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari. Paling penting wajah bayi perlu menghadap payudara. Manakala hidung bayi adalah bertentangan puting payudara ibu. Kedudukan bayi perlu rapat dengan ibu di mana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
2 kaedah penting ini perlu diambil kira bagi memastikan ibu dapat mengaplikasikan cara menyusukan bayi dengan betul:
1. Cara pegangan payudara
- Pegangan yang paling tepat adalah melalui cara pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
- Manakal cara yang salah adalah dengan menggunakan gaya cara pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.
2. Teknik penyusuan
- Sentuh bibir bayi dengan lembut. Nantikan sehingga mulutnya terbuka luas. Biasanya bayi akan memberi respon apabila ada orang menyentuh bibirnya.
- Alihkan badan bayi ke arah payudara.
- Dengan secara perlahan, masukkan puting ibu ke dalam mulut bayi.
- Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara yang dikenali sebagai areola. Untuk pengetahuan semua, aerola adalah kawasan bulat yang kecil seperti gelang berpigmen di keliling puting.
- Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara anda jika perlu.
Kita sebenarnya akan dapat melihat tanda bayi melekap dengan betul melalui 6 cara antaranya seperti:-
- Kita akan dapat lihat mulut bayi akan terbuka luas. Ini bermakna bayi sudah bersedia untuk disusukan.
- Dagunya akan mencecah payudara. Keadaan yang rapat skin-to-skin contact berlaku di sini.
- Bibir melekap keluar. Kita akan dapat lihat pegangan dan keseluruhan bibir bayi menutupi menyeluruh kawasan areola.
- Pipi akan kelihatan gelembung menandakan ada susu yang telah disedut dari payudara ibu.
- Payudara ibu nampak penuh dan bulat
- Paling penting ibu akan mendengar sendiri nada hisapan dari bayinya yang sedang menyusu.
Kesan Daripada Penyusuan Yang Salah
Sememangnya adalah penting untuk ibu mengikut cara menyusukan bayi anda dengan betul. Penyusuan yang salah boleh memberi kesan bukan sahaja pada bayi bahkan pada ibu juga. Antara kesannya seperti:-
1. Rasa tidak selesa
Semasa proses penyusuan ibu akan tidak berasa selesa. Begitu juga dengan bayi yang mungkin mengalami rasa yang sama. Ini menyebabkan bayi hanya akan menyusu sedikit sahaja.
2. Bengkak susu
Semasa hamil dan melahirkan sebenarnya kita akan dapat melihat perubahan dari saiz payudara. Ini kerana hormon didalam badan wanita yang hamil sebenarnya menghasilkan susu badan. Biasanya dengan menyusu bayi akan membantu susu dikeluarkan dari payudara secara semulajadi. Ini juga mengurangkan risiko berlakunya bengkak susu. Doktor juga sering menasihatkan ketika menyusukan anak perlulah bergilir dengan memberikan susu dari payudara kiri dan juga kanan.
3. Bayi mudah meragam
Antara faktor bayi mudah meragam kerana mereka tidak kenyang sepenuhnya. Keadaan yang lapar menyebabkan bayi mudah menangis dan salah satu cara mereka meminta perhatian. Selain itu, apabila bayi kurang minum susu ia menganggu sistem penghadaman mereka. Jadi, mereka akan kurang membuang air besar dan kecil, sekaligus menjadikan perut bayi itu sendiri tidak selesa.
4. Menganggu pertumbuhan bayi
Susu adalah satu-satunya makanan yang diperlukan oleh bayi terutama yang berumur 6 bulan dan ke bawah. Tanpa bekalan makanan yang cukup dalam diet sehariannya, ia boleh menyebabkan bayi kurang nutrisi dan ini akan menganggu proses pertumbuhan bayi tersebut.
5. Puting melecet dan sakit.
Kesan penyusan yang salah terutama dari segi lekapan mulut bayi juga boleh menyebabkan puting ibu merasa sakit. Ini disebabkan tindakan geseran dan akhirnya menyebabkan kawasan puting melecet. Biasanya apabila terjadinya situasi seperti ini, ibu akan menjadi trauma untuk menyusukan bayi mereka. Bayangkan setiap kali menyusukan bayi, ibu menjerit kesakitan.
Cara yang biasanya dilakukan oleh ibu yang mengalami masalah ini adalah dengan kerap membersihkan kawasan puting yang sakit bagi memastikan tiada jangkita. berlaku di kawasan tersebut. Namun begitu, terdapat cara lain untuk mengurangkan rasa sakit sekaligus membantu proses penyembuhan kawasan puting melecet dengan menyapukan nipple cream.
Kebaikan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream
Antara jenama yang sangat disyorkan adalah Mama’s Choice Nipple Cream. Diformulasi daripada 100% bahan semulajadi seperti ekstrak buah kurma, minyak kelapa dan shea butter. Ianya juga sudah semestinya Halal.
Mama’s Choice Intensive Nipple Cream ini diformulasikan daripada gred makanan dan menjadikannya selamat digunakan terutamanya buat bayi anda. Sekiranya bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan, ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan. Keberkesanan dan keselamatan formulasi di dalam produk nipple cream kami telah diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan.
Antara kebaikan tiga bahan semulajadi yang terdapat di dalam Mama’s Choice Intensive Nipple Cream adalah seperti berikut:-
Ekstrak kurma: Buah kurma sememangnya kaya dengan anti oksida dan anti penuaan. Ianya boleh memberi kelegaan dan memperbaiki masalah kawasan puting yang merekah.
Minyak kelapa: Kebaikan minyak kelapa dapat memberikan kelembapan dan melembutkan kulit secara semulajadi terutama pada kulit yang bermasalah.
Shea Butter: Shea butter dari pokok shea yang kaya dengan sifat pelindung kulit dan anti-radang yang dapat membantu memperbaiki tekstur kulit.
Tekstur krimnya yang sangat lembut dan ringan sekaligus memberi rasa selesa setiap kali sapuan dilakukan. Selain itu, krim ini juga tidak mempunyai rasa dan aroma menjadikan bayi anda menyusu dengan lebih tenang tanpa gangguan.
Penggunaan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream sangat mudah.
- Hanya bersihkan payudara anda menggunakan kain lembut selepas penyusuan.
- Seterusnya picit tiub Mama’s Choice Intensive Nipple Cream mengikut amaun yang dikehendaki (sedikit sahaja sudah memadai).
- Sapukan secara lembut di kawasan puting.
Untuk keberkesanan amalkan kegunaan Nipple Cream kami sebagai rutin harian secara konsisten. Ibu-ibu boleh mendapatkan produk ini di Shopee dan Lazada.
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3