Search

Cara Merawat & Menghilangkan Ruam Lampin Bayi: Tips Berkesan Untuk Mama

Bagaimana untuk mengelakkan ruam lampin pada bayi? Kini, Mama tidak perlu risau lagi kerana kami telah mengumpulkan cara paling praktikal untuk mengatasi dan mengelakkan ruam lampin daripada terkena pada bayi anda!


Isi Kandungan

Penyebab Ruam Lampin
Tanda-Tanda Ruam Lampin Bayi
Cara Merawat Ruam Lampin Bayi
Tips untuk Mencegah Ruam Lampin
Cara Memilih Krim Ruam Lampin yang Terbaik

Langkau ke mana-mana bahagian yang anda rasa paling menarik!


Ruam lampin atau dermatitis lampin merupakan salah satu daripada pelbagai jenis ruam yang mungkin berlaku pada kulit bayi. Seperti kebanyakan ruam bayi, ruam lampin selalunya kelihatan seperti warna merah terang yang muncul dalam bentuk bertompok di bahagian punggung bayi. Ini memang memberi kebimbangaan bagi Mama dan juga mendatangkan rasa tidak selesa kepada bayi.

Menurut pakar perubatan daripada Hospital Kanak-kanak Seattle, bayi baru lahir sehingga mereka berumur tiga tahun boleh mengalami masalah ruang lampin. Jadi Mama, selagi si kecil anda memakai lampin, kemungkinan akan sentiasa mengalami masalah ruam lampin.

Apa yang Menyebabkan Ruam Lampin?

cara merawat ruam lampin bayi

Jawapannya mungkin kelihatan mudah. Biasanya, kita akan kaitkan tentang najis yang berada terlalu lama di dalam lampin yang digunakan—tetapi sebenarnya, ianya boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Di bawah adalah beberapa kemungkinan penyebab ruam lampin.

  1. Detergen atau sabun yang merengsakan kulit bayi. Sesetengah sabun dan detergen boleh mengeringkan dan terlalu kasar untuk kulit sensitif bayi sekaligus menyebabkan ruam.
  2. Air kencing dan najis. Air kencing dan najis sahaja tidak akan menyebabkan ruam lampin si kecil anda. Walau bagaimanapun, jika anda membiarkan bayi anda duduk dalam lampin yang kotor pada masa yang lama atau gagal membersihkan bahagian bawah dengan betul, bakteria di dalam najis boleh menyebabkan ruam lampin.
  3. Alahan kepada pewarna. Bagi bayi yang memakai lampin kain, mereka juga mungkin boleh mendapat ruam lampin jika fabrik mengandungi pewarna atau tekstur bahan yang boleh merengsakan kulit bayi tersebut. Malah, untuk pengetahuan Mama, tisu bayi juga boleh mengakibatkan kenaikan ruam lampin.
  4. Diet pemakanan bayi atau Mama. Bagi bayi yang menyusu badan, apa yang Mama makan juga boleh mencetuskan ruam lampin. Ia juga boleh menjadi tindak balas/alahan kepada sesuatu yang dimakan oleh si kecil anda untuk bayi yang sudah mula makan pepejal. Yang terakhir ini, biasanya dipanggil ruam lampin berasid.
  5. Penggunaan antibiotik. Pakar pediatrik Michelle P. Tellado juga menekankan di dalam satu artikel ini bahawa antibiotik boleh menyumbang kepada perkembangan jangkitan yis. Ini kerana antibiotik cenderung untuk membunuh bakteria baik yang menghalang yis.
  6. Cirit-birit. Jika bayi anda mengalami cirit-birit, mereka mungkin lebih mudah terdedah kepada ruam lampin oleh kerana sifat najisnya yang boleh merengsakan kulit.

Tanda-Tanda Ruam Lampin Bayi

Ruam lampin biasanya mudah dikesan. Berhati-hati dengan tompok merah jambu atau merah berkilat pada kulit bayi anda. Keadaan yang biasa berlaku ini dikenali sebagai ruam lampin ringan. Tetapi kadangkala, permulaan ruam lampin boleh diperhatikan apabila bayi anda mula meragam semasa menukar lampin atau ketika hendak dibersihkan punggung mereka. Sementara itu, dalam kes yang lebih teruk akan terdapat bintik-bintik, lepuh, dan juga luka yang memang kelihatan jelas.

Cara Merawat Ruam Lampin

cara merawat ruam lampin bayi

Selalunya, ruam lampin akan hilang selepas beberapa hari dengan rawatan yang betul. Walau bagaimanapun, di bawah adalah cara yang terbaik untuk bayi jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

  1. Pastikan mereka bebas lampin sekerap mungkin. Walaupun dengan tempoh pendedahan udara yang singkat tetapi ianya sangat baik untuk membolehkan kulit mereka bernafas. Anda boleh meletakkan pad kalis air atau tuala pada katil bayi anda ketika tidak dipakaikan dengan lampin.
  2. Tukar lampin dengan kerap. Perkara terakhir yang anda mahukan ialah membiarkan ruam lampin pada bayi anda menjadi lebih teruk dengan membiarkan punggung mereka berada dalam keadaan basah dan kotor pada masa yang lama. Lakukan langkah ini sehingga ruam hilang.
  3. Bersihkan dan basuh kawasan lampin dengan baik. Elakkan menggunakan sabun yang tidak sesuai untuk kulit bayi dan kain lap berasaskan alkohol. Adalah disyorkan untuk menggunakan air suam semasa mencuci dan mengeringkan kawasan tersebut.
  4. Sapukan krim lampin untuk menenangkan dan melembapkan kulit. KidsHealth.org mengesyorkan agar ia disapu setebal seperti aising kek. Seboleh-bolehnya, elakkan krim steroid, yang biasanya tidak akan disyorkan untuk bayi.

Selalunya, ruam lampin akan hilang dalam masa dua hingga tiga hari. Walau bagaimanapun, jika ruam lampin anak anda berterusan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor untuk menentukan sama ada ianya adalah masalah yang serius atapun sebaliknya.

Tips Mudah Mencegah Ruam Lampin

tips merawat ruam lampin bayi

Sebagai seorang Mama, kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk mengelakkan ruam lampin, jawapannya agak mudah:

  1. Tukar lampin basah dengan kerap—sebaik-baiknya, setiap dua jam atau apabila lampin basah. Jika lampin kotor, cuci dan tukar dengan segera.
  2. Keringkan kulit bayi dengan baik selepas dicuci. Jangan gosokkan tuala pada kulit sensitif bayi anda kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan dan menjadi pedih atau luka.
  3. Elakkan memakai lampin yang terlalu ketat. Punggung bayi akan melecet disebabkan lampin terlalu ketat dan ini boleh mencetuskan ruam. Untuk mengetahui sama ada bayi anda perlu bertukar kepada saiz lampin yang lebih besar, sila perhatikan sekiranya ada tanda pada kulit bayi anda selepas menanggalkan lampin. Jika ada, mungkin sudah tiba masanya untuk membeli saiz besar yang seterusnya, Mama!
  4. Sapukan krim ruam lampin. Maksimumkan krim lampin dengan sapukannya selepas setiap penukaran lampin untuk ianya berfungsi sebagai perlindungan.

Cara Memilih Krim Ruam Lampin Bayi yang Terbaik

Krim lampin bayi memang menjadi satu keperluan yang sangat penting. Namun begitu, biarpun kita tetap berhati-hati membersihkannya tetapi apabila menyentuh bahagian bawah/punggung bayi anda masih lagi terdapat ruam lampin.

Sebab itulah pentingnya untuk kita mempunyai krim lampin bayi yang boleh dipercayai yang dapat memberikan kelegaan serta perlindungan yang pantas daripada terus menghadapi masalah ruam pada masa hadapan.

Apabila memilih krim ruam lampin bayi, American Academy of Pediatrics mengesyorkan agar Mama mengelakkan daripada menggunakan produk yang mempunyai kandungan wangian dan baby powder yang kuat.

Ini kerana ianya boleh merengsakan kulit sensitif bayi. Oleh itu, adalah lebih baik untuk menggunakan produk yang mengandungi formulasi semula jadi yang lebih lembut dan sesuai untuk kulit sensitif si comel anda.

Temui Mama’s Choice Baby Diaper Cream

Menyentuh mengenai formulasi selamat dan semulajadi untuk ruam lampin si kecil anda, sudah tiba masanya untuk anda mencuba Mama’s Choice Baby Diaper Cream dengan formula bertindak pantas yang berfungsi untuk mencipta lapisan pelindung pada kulit untuk meredakan keradangan.

JIMAT 22% untuk Mama’s Choice Baby Diaper Cream | HANYA RM36.90 RM28.90

Diaper Cream kami ini mengandungi 8 bahan semulajadi yang bukan sahaja berkesan tetapi juga selamat dan halal. Antara formulasinya termasuklah Sweet Almond, Centella Asiatica, Japanese Knotweed, Skullcap, teh hijau, Licorice, Chamomile dan Rosemary. Bersama-sama, gabungan bahan yang menakjubkan ini dapat membantu mencegah kerengsaan selanjutnya, secara tidak langsung menggalakkan penyembuhan dan melindungi kulit sensitif bayi anda.

Selain mudah disapu dan tidak melekit, Mama’s Choice Baby Diaper Cream ini bebas daripada bahan berbahaya seperti paraben, phthalates, alkohol dan minyak mineral.

Apa tunggu lagi, masa untuk Mama bebaskan si comel daripada ruam lampin dangan Mama’s Choice Baby Diaper Cream! Klik di sini untuk dapatkannya atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada. 😊

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now