Sesetengah ibu mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu anak. Ini boleh mendorong anda untuk berhenti menyusu secara esklusif . Walaupun ini adalah perkara biasa tetapi ada juga ibu yang masih mahu meneruskan penyusuan lagi. Relaktasi adalah process mengembalikan susu dalam badan.
Ada setengah ibu mungkin mempunyai masalah dari segi perubatan yang menghalang mereka daripada menyusukan bayi mereka untuk tempoh tertentu. Dan kadangkala, bayi mungkin telah bercerai susu beberapa minggu yang lalu tetapi masih lagi mahu menyusu. Perkara-perkara ini boleh berlaku. Tetapi mama perlulah untuk menyusukan anak mereka semula.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang relaktasi dan cara terbaik ibu melakukannya tanpa rasa tekanan dengan kesakitan yang paling minima.
Apa itu relaktasi?
Relaktasi adalah proses di mana seorang ibu menggalakkan badannya untuk mula mengeluarkan susu semula selepas berhenti seketika selama beberapa hari, minggu, atau bahkan berbulan-bulan. Kebiasaannya ibu-ibu yang dalam tempoh baru melahirkan anak akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menyusu semula. Ini terutama jika bayi yang berumur tiga bulan ke bawah.
Berapa lama masa yang diambil untuk relaktasi?
Menurut Jabatan Kesihatan Pusat Daerah Idaho, jumlah masa yang ibu habiskan untuk mencuba relaktasi akan berbeza-beza. Biasanya, ia akan mengambil masa selama ibu berhenti menyusu. Jadi, jika anda tidak menyusu selama dua minggu, anda juga boleh memulakan semula menyusu semula selepas waktu itu.
Sebaliknya, sumber dari buku berjudul Breastfeeding Answers Made Simple mempunyai pendapat yang berbeza. Sumber info didalam buku ini menyatakan bahawa mama akan mengambil masa kira-kira satu bulan untuk relaktasi penuh berlaku.
Petua Relaktasi Untuk Ibu
Petua #1: Makan Secara Sihat
Diet ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam menghasilkan susu semula. Selain daripada diet yang sihat dan seimbang, mengambil makanan mempunyai herba seperti thistle, rue kambing dan fenugreek akan memberi manfaat kepada mama.
Mama’s Choice Almond Powder Breast Milk Booster
Selain itu, penambahan makanan tambahan seperti Mama’s Choice Almond Powder Breast Milk Booster juga sangat membantu. Mama’s Choice Almond Powder Breast Milk Boosteri diperkaya dengan bahan semulajadi yang sememangnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu! Paling best,Mama’s Choice Almond Powder Breast Milk Booster terbukti berkesan apabila 4 daripada 5 ibu menyatakan ia menambah baik bekalan susu ibu selepas pengambilan pertama.
Mama’s Choice Almond Powder Breast Milk Booster ini juga mudah untuk didapatkan dan senang sahaja penyediaannya. Sekaligus meningkatkan peluang ibu untuk menyusukan semula dengan salah satu daripada kesan positif Mama’s Choice Almond Powder Breast Milk Booster. Di samping mempunyai kandungan DHA dalam susu juga sangat bagus untuk perkembangan otak bayi.
Petua #2: Biarkan Bayi Anda Menyusu
Keutamaan bayi anda adalah penting sama ada anda akan menyusu atau tidak. Bayi perlu melekap mulutnya secara penuh ke dalam puting ibu. Untuk mencuba ini, anda perlu memastikan bayi tidak diberikan puting. Sebaliknya, biarkan bayi anda melekapkan mulutnya pada puting anda semasa penyusuan untuk mendapatkan lebih keselesaan.
Lakukan ini sekerap yang anda boleh. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mencuba ini setiap 2 hingga 3 jam jika boleh. Sekiranya bayi tidak mahu melekap, jangan panik. Sebaliknya, anda boleh meluangkan masa antara kulit ke kulit bagi menggalakkan bayi melekap pada puting anda kemudian.
Petua#3: Pam Kerap
Walaupun bayi anda kuat menyusu tetapi anda juga boleh mendapat faedah dengan mengepam. Ini kerana ianya dapat merangsang payudara anda dan menggalakkan pengeluaran susu. Tetapi,perlu dingatkan konsistensi adalah kuncinya, dan anda perlu melakukan ini selama 20 hingga 30 minit, lapan hingga 12 kali sehari.
Kami faham bahawa ini mungkin rumit bagi anda tetapi percayalah aktiviti ini dapat membantu anda mencapai matlamat anda untuk menyusu semula.
Petua #4: Bersabar
Terdapat banyak perubahan gaya hidup yang boleh dicuba untuk relaktasi. Ia mungkin boleh meletihkan dan mengecewakan, terutamanya buat ibu baru. Anda boleh bertanya kepada diri sendiri sama ada ia berbaloi untuk melakukan relaksasi, Jawapannya akan bergantung kepada anda.
“Kajian telah menunjukkan bahawa 75% wanita yang mencuba relaktasi menganggapnya sebagai pengalaman positif walaupun menghadapi kesukaran.” Semestinya banyak juga faedahnya apabila anda menyusukan bayi berbanding memberi susu formula kepada bayi anda. Perkara utama adalah memberi masa kepada diri sendiri dan tidak terlalu memaksa diri sendiri.
Petua#5: Jaga Diri Anda
Selain daripada bersabar, anda juga perlu memastikan bahawa anda tidak kehilangan diri anda dalam cuba untuk merelaksasi. Ia mungkin mengambil banyak masa anda. Anda juga mesti mengambil kira tanggungjawab lain sebagai ibu baru. Oleh kerana itu, adalah lebih baik mendapatkan bantuan sebanyak yang anda boleh.
Selain daripada mempunyai orang tersayang yang menawarkan sokongan praktikal dan emosi, anda juga perlu menjaga badan anda dengan baik. Memandangkan anda akan merangsang payudara anda untuk tempoh yang lama semasa proses ini, anda mungkin akan melihat keretakan dan lepuh pada puting anda.
Ini boleh menyakitkan dan menyebabkan anda rasa kecewa. Itulah sebabnya penting untuk kita sama ada mencegah atau menenangkannya. Krim puting yang baik akan membantu anda untuk terus memberi penyusuan. Tetapi anda dinasihatkan berhati-hati dalam memilih krim puting yang betul.
Mama’s Choice Intensive Nipple Cream
Sebagai contoh, Intensive Nipple Cream daripada Mama’s Choice diperbuat daripada bahan semula jadi, yang menjadikannya sebagai gred makanan. Ini bermakna anda tidak perlu membasuh atau lap semasa penyusuan. Ini merupakan kelebihan yang hebat kerana bayi anda dijangka akan banyak melekat pada anda semasa anda cuba untuk menyusu semula.
Relaktasi dengan Mudah! Biarkan Mama’s Choice Membantu!
Semasa anda melalui masa yang mencabar ini adalah penting untuk mempunyai sistem sokongan yang betul. Sama ada dengan orang sekeliling kita atau produk yang kita gunakan.
Layari laman web Mama’s Choice. Di sini, anda boleh mendapatkan lebih banyak produk untuk menjaga anda dan bayi anda.
Jangan lupa dapatkan produk-produk Mama’’s Choice samada daripada Shopee mahupun Lazada.
jasspreetkaur