Search

Cara Tidurkan Bayi dengan Mudah yang Berkesan

Adakah mama sering menghadapi masalah untuk menidurkan si comel anda? Jangan risau! Teruskan membaca untuk ketahui cara tidurkan bayi dengan mudah yang terutama sekali sesuai untuk mama baru!


Isi Kandungan

Mengapa bayi memerlukan tidur?
Berapa lamakah bayi perlu tidur?
Bagaimana untuk mencipta persekitaran tidur yang selamat?
Apa yang berlaku jika bayi tidak mendapat tidur yang cukup?
Apakah cara tidurkan bayi dengan mudah yang berkesan?

Langkau ke bahagian mana sahaja yang anda rasa paling menarik!


Menjadi seorang ibu memang sukar. Menggalas tanggungjawab besar yang tiada berkesudahannya, makanan yang perlu dimasak untuk keluarga, senarai tugas yang semakin meningkat di tempat kerja dan banyak lagi. Apatah lagi buat mereka yang pertama kali menjadi seorang ibu yang masih belum membiasakan diri dengan tuntutan perjalanan keibuan yang tanpa henti.

Oleh itu dalam artikel ini, kami akan fokus pada satu aspek keibuan yang benar-benar dapat membantu anda, bayi anda, dan kerisauan anda— cara tidurkan bayi yang benar-benar berkesan. Untuk orang dewasa, kita boleh tidur dengan mudah (selalunya lah..). Apa yang diperlukan hanyalah bilik yang sejuk, tempat tidur yang selesa, dan kita pasti akan terlelap dengan cepat. Tetapi dengan bayi, perkara ini jarang berlaku. 

Mengapa Bayi Memerlukan Tidur? 

cara tidurkan bayi dengan mudah

Dalam kajian saintifik yang diterbitkan pada tahun 2017, didapati bahawa tidur bayi dapat memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif dan fizikal bayi. Semasa bayi anda sedang tidur, mereka tidak hanya mengumpul balik tenaga tetapi pada masa yang sama, ia membenarkan otak mereka menyerap apa yang telah mereka pelajari dan temui pada hari itu. Sesungguhnya, perkembangan otak berlaku ketika mereka sedang tidur. 

Dalam artikel yang diterbitkan di Parents.com, director of sleep medicine  di Pusat Perubatan Nasional Kanak-kanak menekankan bahawa hormon pertumbuhan “dirembeskan terutamanya semasa tidur nyenyak.” Sebab itulah, kita kadang-kadang perasan bayi kita kelihatan membesar selepas semalaman! 

Lebih-lebih lagi, tidur juga sebenarnya dapat memberi kesan kepada sistem imun bayi. Jenni June, perunding tidur bertauliah(certified sleep consultant) merupakan pelopor yang memperkenalkan amalan kebersihan tidur kanak-kanak, menekankan bahawa tidur yang optimum dan berkualiti “membantu membersihkan sisa, toksin, dan tekanan yang timbul di otak setiap hari.” Beliau juga menjelaskan tentang  tidur yang kurang baik menyebabkan “bakteria penting dalam usus dan bayi akan mengalami masalah mencerna serat  serta vitamin dan nutrien lain dari makanan mereka.” 

Sama ada bayi mendapat tidur yang cukup atau tidak juga merupakan faktor penyebab kegemukan kanak-kanak. Dalam satu kajian terhadap 915 kanak-kanak, mendapati bahawa bayi yang tidur kurang dari 12 jam sehari mempunyai dua kali peluang untuk mengalami kegemukan pada usia 3 tahun berbanding dengan bayi yang tidur selama 12 jam atau lebih. 

Berapa Lamakah Bayi Perlu Tidur? 

cara tidurkan bayi dengan mudah

Jumlah tidur yang diperlukan bayi berbeza-beza bergantung pada usia mereka. Bayi yang baru lahir, misalnya, tempoh waktu tidur yang diperlukan adalah di sekitar antara 14 hingga 19 jam dalam jangka waktu 24 jam. Tetapi kebiasaannya, waktu tidur bayi yang baru lahir adalah pendek, bangun setiap 1 hingga 2 jam untuk menyusu badan atau setiap 3 hingga 4 jam untuk minum susu daripada botol. 

Walaupun kebanyakan bayi baru lahir akan terjaga sendiri, sebilangan bayi baru lahir juga tidur dengan lena. Menurut Stanford Children’s Health, bayi baru lahir yang tidur sepanjang malam harus dikejutkan. Tetapi ini tidak diperlukan apabila bayi menunjukkan penambahan berat badan. 

Membaca tentang bayi yang baru lahir akan terjaga pada setiap 1 hingga 2 agak menakutkan (jadi, bila waktu kita boleh tidur?). Jangan risau mama, menjelang 3 bulan, sesetengah bayi mula tidur sekitar 6 hingga 8 jam pada waktu malam.

Menjelang 6 bulan, bayi anda sepatutnya tidur kira-kira 15 jam pada siang hari dan 9 hinga 11 jam pada waktu malam. Pada masa bayi anda berusia 1 tahun, mereka memerlukan 12 – 14 jam tidur dalam tempoh 24 jam termasuk satu atau dua jam tidur pada waktu siang (nap time).

Keliru dengan semua butiran ini? Jangan risau, kami telah menyediakan panduan visual ringgkas untuk membantu anda, mama!

cara tidurkan bayi dengan mudah sleep chart

Bagaimana untuk Mencipta Persekitaran Tidur yang Selamat? 

Tahukah mama bahawa di AS, dianggarkan 3500 bayi mati setiap tahun kerana sebab yang berkaitan dengan tidur? Itulah sebabnya mengapa persekitaran tidur yang selamat sangat penting bukan hanya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti tetapi juga untuk melindungi bayi. American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan perkara-perkara yang berikut bagi memastikan bayi berada di dalam keadaan selamat ketika tidur. 

  • Bayi tidur di dalam keadaan terlentang. 
  • Tidur pada permukaan yang rata dan kukuh.
  • Jangan letakkan benda yang longgar dan lembut bagi mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut. 
  • Boleh berkongsi bilik tetapi jangan berkongsi tempat tidur; letakkan bayi di tempat tidur khas seperti baby cot, bassinet dan sebagainya. 

Apa Yang Berlaku Jika Bayi Tidak Mendapat Tidur Yang Cukup? 

Kita perlu memainkan peranan penting dalam perkembangan bayi. Ini kerana apabila bayi tidak mendapat cukup tidur akan menyebabkan bayi meragam pada siang hari dan menganggu kehidupan ibu. Rasa tidak selesa dan gelisah merupakan beberapa kesan daripada masalah kurang tidur. Nasib baiklah dengan beberapa tanda yang diberikan seperti di bawah dapat membantu anda mengenal pasti samada bayi anda mendapat cukup tidur ataupun tidak: 

  • Kurang berminat dengan orang di sekitar dan permainan.
  • Suka menarik telinga dan menggosok mata. 
  • Kelopak mata kerap bergerak (tutup buka mata). 
  • Menguap. 
  • Tidak memandang/tidak memberi tumpuan terhadap perkara/aktiviti yang merangsangkan. 
  • Ingin lebih perhatian.

Cara Tidurkan Bayi dengan Mudah yang Berkesan

Di sini kita perlu tahu betapa pentingnya waktu tidur dan berapa banyak tidur yang diperlukan oleh bayi anda. Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk tidurkan bayi anda. Kami telah menjelajah setiap sudut internet, bertanya kepada rakan-rakan mama kami tentang tips tidurkan bayi mereka yang telah dicuba dan ternyata berkesan untuk mereka.

1. Pastikan ruang tidur yang selesa

JIMAT 52% untuk Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow (PERCUMA Sarung Bantal)|Daripada RM82.90 RM34.90

Sama ada anda sedang bersiap sedia untuk kedatangan si kecil anda atau memerlukan tips tidurkan bayi, salah satu cara untuk turut membantu bayi anda berasa selesa di atas katil ialah dengan menggunakan bantal bayi yang selesa.

Tahukah Mama, menurut American Academy of Family Physicians, kira-kira 50% bayi mengalami Flat Head Syndrome atau nam saintifiknya plagiocephaly? Ini kerana tengkorak bayi masih dalam proses perkembangan dan lembut, bentuk bulat kepalanya mungkin kelihatan kurang sempurna semasa proses kelahiran. Posisi tidur dengan cara terlentang, duduk terlalu lama di rocking chair atau tempat duduk bayi di dalam kereta (baby car seat) juga boleh mengakibatkan kepala bayi menjadi leper.

Dengan Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow, ia bukan sahaja dapat memberi manfaat bantal seperti memberi keselesaan maksimum bahkan ianya juga direka untuk membantu mencegah dan mengatasi masalah Flat Head Syndrome pada bayi.


Baca juga: Kepala Bayi Rata? Itu Namanya Flat Head Syndrome


Ia diperbuat daripada 100% memory foam organik, lapisan yang mempunyai pengudaraan terbaik setebal 3cm, dan kontur cekung yang direka untuk membantu mengekalkan bentuk semula jadi kepala bayi anda. Lebih-lebih lagi, busa memori di dalam bantal ini meminimumkan risiko alergi dan debu pepijat! Terdapat dalam 3 warna menarik iaitu biru, merah jambu dan kuning.

2. Gunakan mesin white-noise

Mesin white-noise dapat membantu memastikan bayi anda tidur nyenyak. Tujuannya adalah untuk menutupi bunyi yang akan dapat mengejutkan bayi yang sedang tidur seperti bunyi trafik dan juga bunyi dari kawsan sekitar rumah. Selain itu, satu kajian juga mendapati bahawa mesin white-noise dapat membantu bayi untuk tidur lebih cepat.

Sekiranya anda ingin mencubanya sendiri, pastikan anda mempunyai mesin yang tidak lebih kuat daripada 50 desibel. Jika ianya lebih kuat daripada tahap ini, ianya boleh mendatangkan risiko merosakkan pendengaran bayi anda. AAP juga mengesyorkan agar anda meletakkannya 7 kaki jauh dari tempat tidur bayi dan anda boleh berhenti memainkannya apabila bayi anda tertidur (sebaiknya). 

3. Bedungkan bayi anda 

Amalkan membalut/membedung bayi anda dengan kemas. Keadaan ini menjadikan bayi berasa selesa seperti ketika mereka di dalam rahim mama. Sangat membantu untuk menjadikan bayi berasa tenang dan mengurangkan refleks yang mengejutkan ketika bayi sedang tidur. 

Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan bahawa bayi yang dibedung ketika tidur mendapat 1 hingga 3 jam lebih waktu tidur berbanding dengan bayi yang tidak dibedung? Sekiranya anda berminat untuk mencuba, boleh ikuti tips berikut: 

  • Gunakan selimut nipis dan mempunyai pengudaraan yang baik. 
  • Jangan membalut sehingga menutupi leher atau kepala bayi anda. 
  • Sentiasa tidurkan bayi di dalam keadaan terlentang. 
  • Jangan bedung terlalu kuat sehingga bayi tidak dapat menggerakkan pinggul atau lutut. 
  • Sebaik bayi anda mula belajar berguling, disarankan untuk berhenti membedung bayi. 

4. Pastikan bilik tidur anda sejuk 

Perhatikan samada bayi anda mempunyai tabiat kerap menendang selimut? Ini kerana untuk suhu 68°F – 72°F adalah suhu terbaik dan paling selamat untuk bayi. Penting agar bayi tidak terlalu panas kerana pada usia ini, bayi masih tidak dapat mengetahui kesesuaian suhu pada badan mereka. Oleh itu, selain memastikan keadaan suhu bilik bayi (atau bilik anda sendiri jika anda berkongsi bilik) dalam keadaan tetap sejuk, elakkan juga pakaikan bayi dengan pakaian berlebihan. 

Perunding tidur bertauliah Jenni June menekankan perkara ini di blognya. “Ya, bayi yang tidur di bilik yang lebih panas boleh menyebabkan pelbagai kesan,” dan mereka tidak akan mengalami “tahap tidur yang lebih lena” yang didatangkan daripada tidur yang berkualiti. 

5. Mandikan bayi dengan air suam sebelum tidur 

cara tidurkan bayi dengan mudah

Sebagai orang dewasa, kita tahu secara langsung bagaimana mandi air panas dapat memberi keajaiban dan membantu kita lebih rasa rehat setelah sibuk seharian. Bagaimana ini dapat berfungsi dengan cara yang terbaik? Kita lihat sendiri apabila mandi air panas dapat membantu badan kita menjadi sejuk dan seterusnya membantu kita merasa mengantuk dan tertidur. 

Mungkin ada pertikaian bagaimana mandian hangat boleh menyejukkan badan tetapi sebenarnya ada penjelasan saintifik mengenainya. Untuk pengetahuan anda, suhu badan akan meningkat semasa mandi air hangat, jadinya ianya membantu membesarkan saluran darah dan sekaligus membolehkan peredaran darah dari badan utama ke tangan dan kaki kita. Dan bilakah masa terbaik untuk mandikan bayi? Ianya adalah satu hingga dua jam sebelum waktu tidur. 

Sebagai tambahan, mama perlu pilih waktu yang tepat dan suhu air yang sempurna, pertimbangkan juga untuk menggunakan mandian bayi yang sesuai sebelum tidur. Biasanya mandian ini diperkaya dengan bahan-bahan yang mendorong rasa selesa dan tidur yang nyenyak. 

6. Jauhkan dari alatan elektronik (gadget) 

Telefon bimbit dan tablet sememangnya satu keperluan hari ini. Hari ini kita sering memberikan penggunaannya kepada bayi (menjadikan bayi lebih leka) tapi menyedari ianya boleh menimbulkan risiko yang luar biasa bagi bayi. Selain itu, gadget juga boleh menjadi penyebab kepada bayi untuk tidak mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti. 

Sama ada TV, komputer riba, atau tablet, ianya harus ditutup sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Ini kerana cahaya biru daripada gadget tersebut dapat merangsang otak secara berlebihan dan menyukarkan bayi untuk tidur. Sebaik sahaja anda mematikan semua gadget, bayi sebenarnya akan tidur lebi lena dan tenang. 

7. Elakkan bertentangan mata (eye contact) 

Mungkin sukar untuk tidak melihat wajah bayi anda yang comel, tetapi ketika anda berusaha untuk membuatkan bayi anda tidur, cubalah untuk tidak membuat eye contact. Ini kerana dengan bertentangan mata, ia boleh merangsang bayi. Perkara yang sama berlaku semasa bayi anda tidur dan dia tiba-tiba terjaga. Dan apabila ini berlaku, gunakan suara yang lembut untuk mendorong bayi anda tidur semula sambil mengelakkan dari membuat eye contact

8. Hadkan tidur siang 

Bagi bayi yang lebih besar, jadualkan waktu tidur siang yang konsisten agar dapat membantu mereka tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Biasanya, bayi mempunyai dua gaya tidur siang yang berbeza. Terdapat bayi yang tidur selama berjam-jam sementara ada bayi yang hanya tidur selama 30 minit pada satu masa.

Tidur siang adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi tetapi anda juga harus memastikan tidur siang mereka tidak terlewat sehingga lewat petang. Ini ditakuti boleh mengganggu tidur malam mereka. Apabila ini berlaku, mungkin sudah waktunya untuk menyesuaikan waktu tidur siang. Berapa kerapkah bayi anda perlu terjaga di antara tidur siang? Rujuk panduan di bawah, mama!

cara tidurkan bayi dengan mudah nap chart

9. Malapkan lampu bilik 

Tidak semua orang dewasa suka tidur dalam kegelapan, tetapi tahukah anda bahawa bayi sebenarnya suka tidur dalam gelap? Selain itu, ia dapat mengurangkan rangsangan dan membantu bayi anda tidur lena. Apatah lagi kegelapan mendorong pembebasan melatonin, di mana menurut pakar tidur ianya adalah hormon yang penting bagi bayi untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

10. Minimumkan pertukaran lampin  

Ini mungkin dilema untuk mereka yang pertama kali menjadi seorang ibu. Persoalannya sama ada kita boleh menukar lampin bayi di tengah malam ketika dia sedang tidur? Bagi sesetengah ibu, mereka akan membiarkan bayi tidur dan menukarkannya pada waktu pagi (kecuali jika lampin basah sepenuhnya). 

Tetapi tentu saja, kita perlu memastikan bayi tidak mendapat ruam jika tidak ditukarkan lampin. Bagaimana kita boleh melakukannya? Salah satu cara denga menggunakan krim ruam lampin untuk melindungi bahagian punggung bayi sekiranya basah pada waktu malam. 

Walau bagaimanapun, jika bayi anda membuang air besar, anda harus menukarkannya. Untuk mengelakkan bayi anda daripada terjaga, para pakar mengesyorkan penggunaan kain lap yang suam atau air suam untuk mencuci bahagian bawahnya. Penggunaan ‘onesies’  juga dapat membantu dalam menukar lampin yang membolehkan anda membuka bahagian bawah dengan mudah supaya anda tidak perlu bersusah-payah menggerakkan bayi anda dengan kadar yang banyak.


Sememangnya, tidur sangat penting untuk bayi kita. Bukan hanya cara untuk mereka mendapat tenaga semula. Bahkan sangat membantu untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan bayi. Walaupun tidur sebenarnya tidak mudah untuk bayi, tetapi dengan kesabaran, kegigihan, dan tips tidur bayi yang betul, diharapkan para ibu dapat menidurkan bayi dengan mudah.

Untuk membeli Mama’s Choice Flat Head Prevention Pillow, Mama boleh klik gambar di bawah untuk mendapatkannya atau pergi ke laman web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan Lazada

Moga perkongsian cara tidurkan bayi kami ini dapat membantu Mama, ya? 🥰

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now