Apabila mengalami colic, bayi boleh menangis tidak henti-henti selama berjam-jam dan berhari-hari. Ramai ibu bapa berasa sedih malah tertekan berhadapan dengan bayi yang mengalami colic. Tenang Mama kerana kami ada penyelesaiannya. Jom lihat 5 cara mengurut bayi yang mengalami colic di sini!
Kebaikan Mengurut Bayi Ketika Mengalami Colic
Adakah Mama tahu? Apabila mengalami colic, Si Kecil anda mungkin akan menjadi sangat cerewet dan sentiasa menangis. Anda boleh mengatasinya dengan memberi urutan lembut untuk menenangkan Si Kecil. Bukan sahaja dapat menenangkan, mengurut bayi juga dapat membantu melancarkan sistem penghadaman supaya Si Kecil berasa lebih selesa.
Memberi urutan kepada bayi menggunakan minyak urut boleh menggalakkan pertumbuhan yang baik, tetapi ini perlu dikaji lebih lanjut – Journal of Pediatric Nursing
Dengan mengurut bayi anda yang mengalami colic, anda juga boleh mengeratkan hubungan dengan bayi anda. Jika dibandingkan dengan rawatan colic yang lain, mengurut bayi adalah salah satu cara yang mudah dan murah, Ma. Untuk itu, Mama boleh mengikuti beberapa cara untuk mengurut bayi semasa colic seperti berikut.
Cara Mengurut Bayi Colic
Langkah pertama yang Mama boleh lakukan untuk mengurut ialah menanggalkan pakaian bayi, kemudian tidurkan bayi dengan posisi terlentang. Tuangkan minyak telon pada tangan. Kemudian, ikuti beberapa teknik urutan bayi berikut:
Tips: Sebelum mengurut, pastikan tangan anda sedikit hangat, boleh gunakan air suam dan keringkan.
1. Urutan Mengikut Arah Jam
Anda boleh mengurut perut bayi secara perlahan-lahan bermula dari pinggul kanannya, bergerak mengikut arah jam iaitu ke kiri dan ke atas. Pergerakan ini membantu mengurangkan ketidakselesaan dan mengeluarkan gas yang terperangkap di dalam saluran penghadaman Si Manja.
2. Urutan Dayung
Mama juga boleh menggosok atau mengusap perut bayi dengan lembut dari atas ke bawah. Mulakan dari bawah tulang rusuk ke bahagian atas pinggul Si Manja. Lakukan urutan dengan tangan kanan kemudian dengan tangan kiri seperti mendayung.
Baca juga: 4 Cara Mudah Hilangkan Kembung Perut Pada Bayi
3. Urutan I Love You – I L U
Teknik seterusnya dikenali sebagai urutan I Love You. Caranya ialah dengan menggosok perut bayi untuk membentuk huruf I – L – U ke arah kepalanya. Urutan I Love You sesuai untuk bayi berumur 0-12 bulan bagi memberi keselesaan dan kelegaan.
Tips: Jangan lupa katakan betapa anda cintakan Si Kecil apabila anda melakukannya, okay!
4. Urutan Moonwalk
Masih mengurut perut, kali ini dengan teknik urutan Moonwalk. Anda boleh mula mengurut tepat di atas pusar di sebelah kiri, berjalan perlahan-lahan dan luncurkan telunjuk dan jari tengah anda melintasi badan bayi ke sebelah kanan.
5. Urutan Belakang
Cara mengurut bayi colic yang boleh anda cuba seterusnya ialah urutan belakang. Caranya, duduk dan luruskan kaki ke hadapan, kemudian meniarapkan bayi di atasnya sambil mengurut perlahan-lahan belakang mereka. Tekanan paha Mama terhadap perut bayi boleh membantu melegakan ketidakselesaan Si Kecil anda.
Sebenarnya, selain daripada mengurut, anda juga boleh melakukan perkara seperti yang dicadangkan di bawah bagi membantu menenangkan bayi yang mengalami colic:
- Bawa bayi berjalan-jalan, naik kereta, atau letakkan dia di kerusi goyang (rocking chair)
- Berikan puting pada anak kecil anda
- Mainkan lagu yang menenangkan dan matikan lampu
- Hidupkan white noise, seperti bunyi penghawa dingin, kipas atau mesin lain
- Mandikan bayi dengan air suam dan selimutkannya
Baca juga: Cara Tidurkan Bayi dengan Mudah
Minyak Telon yang Selamat untuk Menenangkan Bayi Colic
Supaya anda tidak tertekan apabila bayi anda mengalami colic, anda disyorkan untuk menyediakan minyak telon atau minyak urut yang diformulasikan selamat untuk Si Manja. Lebih-lebih lagi jika bayi anda mempunyai kulit yang sensitif, penting untuk anda perhatikan bahan-bahan yang terkandung dalam minyak telon supaya tidak merengsakan kulit mereka.
JIMAT 23% untuk Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil | RM34.90 RM26.90
Mama tidak perlu risau kerana anda boleh menggunakan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil sebagai minyak telon yang selamat untuk mengurut bayi yang mengalami colic. Minyak telon Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil ini diperbuat daripada gabungan 7 minyak semulajadi yang membawa pelbagai kelebihan pada bayi anda seperti di bawah:
- Minyak Buah Pala (nutmeg): Melegakan ketidakhadaman dan kejang pada perut. Merupakan ubat semulajadi untuk selesema dan batuk.
- Minyak Lavender: Membantu menenangkan bayi yang menangis dan mengurangkan simptom colic.
- Minyak Chamomile: Menggalakkan bayi untuk rileks, membantu bayi tidur lebih cepat, tenang dan lena.
- Minyak Bunga Lawang (anise): Membantu melegakan kembung perut.
- Minyak Serai: Membantu menyihatkan sistem pencernaan, mengeluarkan angin dalam perut, memberi kehangatan pada badan.
- Minyak Kelapa: Berfungsi sebagai pelembap lembut dan semulajadi untuk kulit
- Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan yang menenangkan keradangan dalam badan
Calming Tummy Oil ini tidak menggunakan minyak cajeput sama sekali seperti minyak telon yang lain di pasaran. Ini kerana minyak cajeput boleh memberi kerengsaan yang tinggi dan menyebabkan ruam pada kulit sensitif bayi.
Minyak telon ni juga telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi dan bersifat hypoallergenic tau, Mama. Jadi, ia tidak akan menyebabkan kerengsaan walaupun untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.
Itulah 5 cara bagaimana mengurut bayi yang mengalami colic. Semoga maklumat ini dapat membantu bayi anda cepat sembuh daripada masalah colic mereka ya, Mama. Selamat mencuba! 🤗
Untuk pembelian minyak telon Mama’s Choice Calming Tummy Oil, anda boleh KLIK DISINI atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada kami.
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3