Search

Colic Pada Bayi? Kenali Simptom, Punca dan Cara Menanganinya

Mama tidak perlu keliru atau rasa bersalah apabila bayi asyik menangis tanpa sebab. Ini adalah salah satu gejala colic yang paling biasa terjadi pada bayi. Jom kita baca dengan lebih lanjut untuk ketahui simptom, punca, dan cara menanganinya dalam penjelasan di bawah.

Apa Itu Colic?

Bayi sering menangis dan itu adalah fakta. Tetapi apa yang membezakan “tangisan” biasa untuk bayi ialah colic atau nama lainnya sawan tangis di mana tiada sebab yang jelas untuk bayi anda menangis. Johns Hopkins Medicine menekankan colic sebagai tangisan tanpa henti selama lebih daripada 3 jam sehari, berlaku lebih daripada tiga hari seminggu, dan berlaku selama lebih daripada tiga minggu.

Definisi ini lahir daripada satu kajian oleh pakar kanak-kanak bernama Dr Morris Wessel. Bayi colic biasanya didiagnosis apabila mereka memenuhi “Rule of 3’s” yang juga dikenali sebagai Kriteria Wessell.

Colic adalah keadaan biasa yang berlaku pada bayi dan selalunya terjadi kepada 1 daripada 5 bayi. Pakar mengatakan bahawa colic tidak berbahaya dan tidak memberi kesan yang berkekalan terhadap pertumbuhan serta perkembangan bayi asalkan keperluan pemakanan mereka dipenuhi. Colic juga boleh hilang dengan sendirinya apabila bayi mencecah 3 ke 4 bulan. Tetapi dalam beberapa kes, ia boleh bertahan sehingga 6 bulan.

Apakah Punca Colic?

Sehingga ke hari ini, ramai pakar masih tidak pasti punca pasti kepada terjadinya colic atau sawan tangis ini. Walau bagaimanapun, kami telah mengumpulkan punca colic yang telah dikongsi oleh organisasi seperti Persatuan Kehamilan Amerika, Perubatan John Hopkins dan American Academy of Family Physicians.

  • Masalah menyesuaikan diri dengan dunia
  • Ketidakupayaan untuk menenangkan diri
  • Alahan pada susu atau intoleransi
  • Diganggu oleh diet Mama (buat bayi yang menyusu badan)
  • Tidak sendawa selepas menyusu
  • Sistem saraf dan penghadaman yang tidak matang
  • Ketidakselesaan akibat gas atau ketidakhadaman
  • Terlalu banyak rangsangan

Walaupun mana-mana bayi boleh mengalami colic, sesetengah pakar percaya bahawa bayi mempunyai peluang dua kali ganda mengalami colic apabila Mama mereka merokok semasa mengandung.

Apakah Tanda-Tanda Bayi Menghidapi Colic?

Menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi apabila dia lapar, letih, atau tidak selesa. Tetapi apabila colic, bayi biasanya akan menangis tanpa sebab yang jelas.

Ia boleh menjadi satu perkara yang mencabar untuk membezakan tangisan biasa daripada colic, terutamanya apabila anda seorang Mama baharu. Jadi, berikut adalah beberapa tanda bayi mengalami colic yang boleh membantu anda.

  • Bayi menangis tanpa sebab yang jelas. Contohnya, apabila dia baru selesai makan atau menukar lampin tapi masih menangis lagi
  • Episod menangis selalunya berlaku pada masa yang sama setiap hari. Biasanya pada sebelah petang atau malam
  • Menangis selama 3 jam atau lebih setiap hari, lebih daripada 3 hari seminggu, sekurang-kurangnya 3 minggu
  • Membuat bunyi tangisan yang kuat, menjerit, tidak seperti tangisan biasa
  • Ketika menangis tangannya mengepal, menarik lutut ke perut, mukanya memerah dan melengkungkan punggung
  • Otot perutnya mengeras atau menegang semasa menangis
  • Perut bayi kembung
  • Bayi kelihatan gelisah dan tidak mudah ditenangkan

Baca juga: 4 Cara Mudah Hilangkan Kembung Perut Pada Bayi

Cara Menangani Colic Pada Bayi

Menyusu bayi keadaan menegak - Cara atasi colic pada bayi

Dalam topik melegakan colic pada bayi, ubat biasanya tidak disyorkan. Sebaliknya, ibu bapa digalakkan untuk mencari pencetus colic pada bayi mereka (triggers) dan mencari cara untuk menenangkan atau mengurangkan tangisan mereka.

Buat Mama menyusu, cuba untuk rekod apa yang anda makan dan minum. Sesetengah bayi bertindak balas terhadap diet Mama mereka, jadi ini berpotensi untuk menjadi pencetus colik bayi anda. Di samping itu, lebih baik untuk mengelakkan perangsang seperti kafein dan coklat. Akhir sekali, jika anda mengambil sebarang ubat semasa fasa colic bayi anda, semak dengan doktor anda jika ia mungkin penyebabnya.

Buat Mama yang memberi susu formula, bertukar kepada jenama yang berbeza mungkin dapat membantu. Selain itu, cuba untuk kurangkan kekerapan penyusuan dan jumlah susu yang anda berikan. Satu lagi petua untuk melegakan colic pada bayi ialah dengan menyusukan bayi dalam keadaan menegak.

Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa cara semula jadi di bawah untuk menangani colic pada bayi:

  • Membedung bayi semasa episod colic. Tetapi ingat, pastikan mukanya terbuka dan jangan balut terlalu ketat
  • Pegang bayi apabila dia mula menangis
  • Tingkatkan tabiat pemakanan yang lebih teratur kepada bayi
  • Jangan lupa sendawakan bayi anda selepas menyusu
  • Pastikan botol susu yang digunakan bayi sesuai dengan mulut dan umurnya
  • Apabila bayi menangis, lebih baik untuk menenangkannya di tempat yang sunyi
  • Sesetengah ibu mendapati bahawa berjalan-jalan dengan stroller atau menaiki kereta dapat menenangkan bayi
  • Mandikan bayi dengan air suam
  • Beri urutan lembut pada badan bayi
  • Nyanyikan lagu atau mainkan muzik yang menenangkan (yang juga bagus untuk membantu bayi tidur)

Urutan untuk Melegakan Colic Pada Bayi

Urutan bayi yang lembut selalunya disyorkan untuk menenangkan bayi yang sedang colic, dan di atas sebab yang kukuh–tiada apa yang boleh melawan sentuhan Mama! Apabila mengurut bayi yang mengalami colic, anda boleh mengusap perutnya perlahan-lahan mengikut arah jam menggunakan tapak tangan, jalankan jari anda melintasi perut, dan bengkokkan lutut bayi.

Cara mengurut untuk atasi colic pada bayi

Baca juga: 5 Cara Mengurut Bayi Colic (Berserta Gambar!)

Pergerakan sedemikian membantu mengurangkan ketidakselesaan dan mengeluarkan gas yang terperangkap dalam saluran penghadaman, sekiranya colic mereka dicetuskan oleh ketidakcernaan atau kembung perut.

Anda juga boleh memanfaatkan sepenuhnya urutan bayi dengan menggunakan minyak telon yang dirumus khusus untuk membantu masalah colic. Produk sedemikian sering diperkaya dengan bahan semulajadi yang membantu menenangkan bayi yang colic.

Minyak Telon Bayi: Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil

Minyak telon baby atasi colic pada bayi

Nikmati DISKAUN 23% untuk Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil | RM34.90 RM26.90

Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil ini adalah minyak telon bayi yang sesuai untuk jenis urutan ini kerana ianya mengandungi gabungan 7 minyak semulajadi, termasuk Minyak Lavender, Minyak Chamomile, Minyak Nutmeg dan macam-macam lagi. Mama memikirkan bagaimana minyak ini boleh membantu menenangkan bayi colic?

  • Minyak Buah Pala (Nutmeg): Melegakan ketidakhadaman dan kejang pada perut. Merupakan ubat semulajadi untuk selesema dan batuk.
  • Minyak Lavender: Membantu menenangkan bayi menangis dan mengurangkan gejala colic.
  • Minyak Chamomile: Membantu bayi untuk rileks, tidur lebih cepat, tenang dan lena.
  • Minyak Bunga Lawang (Anise): Mampu melegakan kembung perut Si Kecil.
  • Minyak Citronella: Mampu menyihatkan sistem penghadaman, mengeluarkan gas dalam perut, memberi kehangatan pada badan.
  • Minyak Kelapa: Berfungsi sebagai pelembap lembut dan semulajadi untuk kulit
  • Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan yang menenangkan keradangan dalam badan

Untuk pengetahuan Mama, minyak telon kami ini tidak mengandungi minyak kayu putih atau nama lainnya minyak cajeput seperti minyak telon lain di pasaran. Ini kerana ianya boleh memberi kerengsaan yang tinggi, menyebabkan alergi dan ruam pada kulit sensitif bayi.

Dengan 100% bahan semulajadi, minyak ini diyakini selamat untuk kulit sensitif Si Manja anda, Mama. Oleh itu, apabila bayi anda mengalami sedikit ketidakselesaan perut atau mengalami colic, ambil sahaja Calming Tummy Oil ini dan urut pada perut mereka untuk melegakannya. 💗

Cara penggunaannya juga adalah sangat mudah! Mama hanya perlu picit pada pump di botol tersebut pada jari anda dan sapukan minyak perut Si Manja anda.

Bilakah Perlu Berjumpa Doktor?

Jika bayi mengalami masalah seperti di bawah, segeralah dapatkan nasihat daripada doktor:

  • Tidak boleh ditenangkan langsung
  • Sukar untuk menghisap kuat pada botol atau payudara Mama
  • Tidak mahu dipegang atau disentuh
  • Bunyi tangisan kedengaran pelik
  • Cirit-birit dan ada pendarahan pada najis
  • Sukar untuk bernafas
  • Tidak fokus atau lemas
  • Makan kurang daripada biasa
  • Muntah
  • Ubun-ubun kelihatan menonjol
  • Kurang membuang air kencing daripada biasa
  • Sawan
  • Demam sehingga 38 darjah Celsius atau lebih jika bayi berumur kurang daripada 3 bulan dan 39 darjah Celsius atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan ke atas

Bagaimanakah untuk Mendiagnos Bayi yang Mengalami Colic?

Anda juga boleh memudahkan doktor dengan membuat diagnosis bayi anda samada mengalami colic atau tidak dengan mengambil kira dan mencatat beberapa perkara penting seperti berikut:

  • Bilakah bayi menangis dan berapa lama?
  • Bunyi tangisan bayi. Adakah nadanya lebih tinggi atau lebih kuat daripada biasa?
  • Apa yang anda fikir menyebabkan dia menangis?
  • Apakah makanan terakhir yang dimakan oleh bayi?
  • Apakah bentuk dan warna najis bayi?
  • Apakah kepekatan kencing bayi?

Dengan semua tips di atas, ianya masih penting untuk diingat bahawa bayi tidak mempunyai satu cara untuk melegakan colic. Sesetengah cadangan yang kami kongsikan mungkin berkesan dan ada yang mungkin tidak berkesan. Mencari yang sesuai untuk anda dan Si Kecil adalah sangat penting. Jangan panik dan salahkan diri sendiri jika bayi anda mengalami colic. Semoga maklumat ini dapat membantu Mama! 💗

Klik gambar di bawah untuk dapatkan minyak telon bayi Mama’s Choice atau anda juga boleh membelinya di Shopee dan Lazada!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now