Search

7 Fakta Stretch Mark & Cara Menghilangkannya

Stretch mark adalah bukti perjalanan Mama sebagai ibu dalam membawa kehidupan baru. Walaupun ianya tidak berbahaya, stretch mark membuatkan ramai wanita berasa bimbang dan kurang keyakinan diri. Jom semak tentang fakta stretch mark sepenuhnya di sini.

Apa itu stretch mark?

Stretch mark adalah kesan regangan kulit yang disebabkan oleh tisu kolagen yang pecah pada lapisan dermis. Apabila kolagen tidak lagi berfungsi dengan baik, kulit akan kehilangan keanjalannya dan ini menyebabkan parut akan kelihatan jelas dalam bentuk bercorak.

Walaupun ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira umur dan jantina, masalah ini sering memberi kesan kepada wanita hamil. Malah, keadaan boleh menjadi lebih teruk selepas bersalin.

Untuk mengelak Mama daripada berasa risau jika mengalaminya, jom fahami 7 fakta stretch mark yang anda mesti tahu!

1. Tidak semua ibu mengalaminya

Stretch mark adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh wanita hamil. Ini disebabkan semakin meningkatnya usia kandungan, saiz perut ibu hamil akan semakin membesar. Akibatnya, semakin lama kulit akan semakin meregang. Selain itu, penambahan berat badan juga boleh menyebabkan regangan kulit pada bahagian badan. Sebab itu kulit perlu sentiasa kekal lembap terutama semasa mengandung.

Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Mama’s Choice terhadap 1,515 ibu, 91% daripada mereka mempunyai stretch mark. Ini bergantung pada tahap keanjalan setiap kulit begitu juga dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Boleh disebabkan faktor genetik

Salah satu fakta stretch mark yang anda perlu tahu adalah jika parents anda mempunyai stretch mark, anda juga berkemungkinan besar mengalaminya. Ini kerana faktor genetik mempengaruhi keanjalan kulit setiap manusia.

Pengaruh genetik, sudah tentu kita tidak dapat elak. Tetapi, kita boleh melakukan pencegahan dengan cara terbaik dari awal kehamilan, serta mengambil rawatan yang betul untuk menghilangkannya.

3. Warna garisan mengikut warna kulit

Stretch mark mempunyai beberapa warna. Contohnya seperti merah jambu, ungu dan juga kelabu. Warna ini terus berubah dari semasa ke semasa, menunjukkan keadaan keanjalan kulit yang semakin teruk.

Doktor Dia Febrina SpKK yang telah menjalankan tele-konsultasi dalam talian mengenai program Mama’s Choice Ruang Tanya Mama turut mendedahkan,

“Apabila stretch mark baru muncul, ia akan mempunyai warna kemerahan. Jenis ini jika dirawat segera, akan memberikan hasil yang lebih baik. Lama kelamaan, kesan regangan merah akan menjadi putih dan menjadi lebih sukar untuk dihilangkan.”

4. Bermula dengan kegatalan kulit semasa hamil

Pada awalnya regangan kulit berlaku, ia biasanya akan menyebabkan reaksi gatal pada kulit. Apatah lagi, perubahan hormon mencetuskan tindak balas ini dalam badan.

 Malah, semakin anda menggaru bahagian badan yang gatal, semakin cepat kesan stretch mark akan muncul. Jadi, untuk melegakan rasa gatal-gatal yang dialami, anda disarankan untuk menggunakan krim.

5. Adakah ia membahayakan janin?

Walaupun regangan kulit sangat mengganggu, sudah tentu keadaan ini tidak membahayakan kandungan atau kehamilan sama sekali! Mama boleh menarik nafas lega kerana masalah yang berlaku ini hanya mengganggu penampilan sahaja..

6. Tidak boleh dicegah? Itu hanyalah mitos!

Mama sebenarnya boleh mencegah stretch mark! Doktor Dia Febrina SpKK juga menyokong perkara ini. “Sebaik-baiknya, sejak awal kehamilan, Mama menggunakan krim atau serum untuk melembapkan kulit supaya kesan regangan tidak timbul atau bertukar menjadi putih,” katanya.

Untuk itu, anda boleh menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream yang sentiasa menjadi pilihan dan kegemaran ramai Mama. Sejak pertama kali dikeluarkan pada tahun 2021 di Malaysia, krim ini telah menjadi produk paling laris dan telah menjual hampir 11 ribu unit! Ia juga pernah memenangi Brands Choice Award 2021, tau!

JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Cream | HANYA RM41.90 RM32.90

Mama’s Choice Stretch Mark Cream mengandungi Lypobelle™ Soyaglicone yang dapat merangsang penghasilan kolagen dalam lapisan dermis kulit. Ianya juga diperkaya dengan Aloe Vera dan Shea Butter yang mampu mengunci kelembapan untuk mengurangkan kegatalan dan mengekalkan keanjalan kulit semasa hamil dan selepas bersalin.

7. Adakah ianya kekal? Tidak semestinya!

Jika tanda regangan sudah muncul, jangan bersedih lagi. Walaupun telah muncul, stretch mark boleh pudar dari semasa ke semasa.

Untuk mengatasinya, Mama’s Choice Stretch Mark Serum adalah jawapannya. Dalam dunia skincare, serum mempunyai tekstur yang ringan dan cepat meresap sekaligus menjadikannya lebih berkesan untuk penjagaan kulit.

JIMAT 25% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Serum | RM64.90 RM48.90

Mama’s Choice Stretch Mark Serum diformulasi menggunakan inovasi 92% Bahan Aktif Semulajadi yang menyerap terus ke dalam kulit bagi mencerahkan dan menjana semula sel kulit baru.

Dirumus khas dengan bahan organik Alpha Bisabolol, Mugwort dan Niacinamide, serum ini berkesan memudarkan 72% stretch mark degil dalam masa 30 hari sahaja.

Ianya selamat digunakan semasa hamil, selepas bersalin, menyusu dan sesudahnya. Ianya amat disyorkan untuk menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Serum bersama Mama’s Choice Stretch Mark Cream di dalam rutin skincare Mama bagi mempercepatkan proses memudarkan stretch mark. 💗

JIMAT 28% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Treatment Series | RM96.90 RM69.90

Kini Mama tidak perlu risau lagi jika melihat stretch mark yang muncul. Jom jaga kulit perut dengan konsisten dengan Mama’s Choice Stretch Mark Serum dan Mama’s Choice Stretch Mark Cream supaya garisan hitam agar cepat pudar!

Untuk membeli, anda boleh KLIK DI SINI atau dapatkannya di Shopee dan Lazada! 💗

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now