Search

Ibu Hamil Berpuasa, Perlu Atau Tidak?

Setiap kali tibanya bulan Ramadan pastinya seluruh umat Islam di mana sahaja tidak mahu meninggalkan ibadah berpuasa. Di mana kita perlu menahan diri dari lapar dan dahaga berjam lamanya. Namun begitu, seringkali dipersoalkan tentang keperluan berpuasa bagi wanita yang sedang hamil. Bolehkah ibu hamil berpuasa? Perlu atau tidak? Baca lebih lanjut!

Adakah ianya boleh mendatangkan kemudaratan? Adakah selamat jika berpuasa bagi yang hamil biarpun kandungan sudah mencecah trimester ketiga. Setiap tahun pasti ada sahaja golongan ibu hamil yang bimbang dengan keadaan diri dan bayi di dalam kandungannya setiap kali Ramadhan menjelang. Hampir kebanyakan daripadanya mahu berpuasa namun terdapat beberapa kebimbangan yang sentiasa difikirkan.

Kelebihan Wanita Hamil Berpuasa

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Ahmad, ramai wanita hamil berasa bimbang tidak dapat berpuasa kerana memikirkan keselamatan bayi dalam kandungan.

“Bagi saya, selagi wanita yang hamil itu masih mampu berdiri dan menjalankan rutin kerja sehariannya, selagi itu dia mampu berpuasa apatah lagi ia soal kewajipan setiap umat Islam.”

Wanita yang hamil dan berpuasa sebenarnya ada juga memberi kebaikan kepada sistem badan mereka. Selagi ianya tidak memudaratkan, wanita hamil dibolehkan berpuasa seperti orang biasa. Antara kelebihan wanita hamil berpuasa adalah seperti berikut:-

1. Mengurangi Risiko Diabetes Jenis-2

Sekiranya anda sihat, salah satu kelebihan puasa yang anda dapat adalah meningkatkan kerja insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah sehingga anda dapat mengelakkan risiko diabetes.

Apabila kita makan, sebahagian tenaga digunakan secara terus manakala yang lain disimpan untuk kegunaan pada masa yang sesuai. Semuanya bergantung kepada aturan hormon penting dalam tubuh iaitu insulin.

Setiap kali kita menikmati hidangan, insulin di dalam badan akan bertindak balas terhadap tenaga yang diambil dan memberi isyarat kepada tisu tubuh yang memerlukan tenaga segera. Jadi dengan berpuasa kita sebenarnya membenarkan tubuh menggunakan semula tenaga simpanan yang berlebihan. Justeru itu, keseimbangan akan tercapai.

2. Mengawal Berat Badan

Semasa mengandung, selera makan anda sering meningkat secara mendadak, sehingga berat badan anda bertambah. Dengan berpuasa, berat badan anda dapat dikawal dengan lebih baik.

3. Meningkatkan Metabolisme

Manfaat puasa yang lain adalah meningkatkan kerja sistem metabolisme badan. Selain itu, peningkatan hormon GH membantu memastikan metabolisme kekal pada tahap optimum. Perubahan ketara apabila berpuasa adalah peningkatan hormon noradrenalin, suatu bahasa tubuh untuk merangsang individu mencari makanan.

Selari peningkatan hormon ini, kadar metabolisme tubuh turut meningkat. Tidak perlu risau dengan penurunan metabolisme ketika berpuasa. Ini kerana tanpa disedari kadar metabolisme anda sebenarnya lebih aktif ketika itu.

Hakikatnya, amalan berpuasa memberi pelbagai faedah kepada tubuh dengan mengalihkan proses pengambilan tenaga kepada pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme serta memberi perlindungan kepada otot dan tulang.

4. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Semasa berpuasa, tubuh seseorang secara semula jadi akan meningkatkan kolesterol baik atau HDL dan menurunkan kolesterol jahat atau LDL. Pengurangan kadar kolesterol jahat sangat baik untuk kesihatan jantung dan saluran darah.

Ciri-ciri Keadaan Ibu Hamil Yang Tidak Digalakkan Berpuasa

Dalam pada masa yang sama, perlu juga diingatkan jika ibu hamil mengalami masalah seperti di bawah adalah disarankan untuk tidak berpuasa. Ini bagi mengelakkan kemudaratan kepada bayi dan ibu hamil itu sendiri.

  • Berasa pening, hendak pitam, kabur penglihatan, badan lemah atau letih. Berehat sebentar selama 30 minit. Jika masih mengalami simptom yang sama adalah disarankan mendapat rawatan segera daripada doktor.
  • Loya atau muntah yang agak teruk. Cara mengatasinya adalah mengambil ubat tahan sakit.
  • Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, ibu perlulah lebih peka dengan pergerakan bayi didalam kandungan. Sekiranya kurang pergerakan (kurang daripada 10 pergerakan) ibu perlu berbuka puasa dan merujuk kepada doktor perubatan dengan kadar yang segera.
  • Berasa terlalu dahaga. Air kencing berwarna keruh, berbau agak kuat (hancing) dan kuantitinya sedikit. Ini merupakan tanda dehidrasi. Apabila berlakunya dehidrasi menyebabkan badan ibu berasa lemah dan ini boleh bahayakan nyawa bayi di dalam kandungan.
  • Berat badan tidak bertambah atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien di dalam badan terlalu sedikit. Dikhuatiri tidak mencukupi ketika proses bersalin nanti.
  • Rasa sakit seakan-akan rasa sakit bersalin. Dikhuatiri ibu akan berhadapan dengan kelahiran pra-matang. Jika ibu mengalami situasi ini, perlulah segera bertemu dengan doktor.
  • Sakit kepala atau demam. Apabila ibu demam, ia menyebabkan badan ibu menjadi lemah. Ibu juga perlulah mengambil ubat yang disarankan oleh doktor.

Sekiranya masih kurang pasti sama ada boleh berpuasa atau tidak, anda sangat digalakkan untuk dapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Wanita hamil juga boleh mencuba untuk berpuasa selama satu atau dua hari untuk melihat ketahanan diri.

Perlu dingatkan seorang wanita hamil tidak perlu memaksa diri untuk berpuasa sekiranya tidak mampu. Berpuasa atau tidak, wanita hamil hendaklah sentiasa menitik beratkan kesihatan demi kebaikan diri dan anak dalam kandungan.

Tips Untuk Kekal Bertenaga Bagi Wanita Hamil Ketika Berpuasa

Antara tips yang boleh diamalkan wanita hamil yang ingin kekal bertenaga ketika berpuasa:

  • Makan makanan berprotein tinggi. Ambil makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama berbanding kumpulan vitamin yang lain.
  • Makan makanan yang tinggi serat. Begitu juga dengan hidangan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Makanan berserat dangat menahan diri dari mudah rasa kelaparan.
  • Ambil vitamin tambahan. Perlu mengambil vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan sepanjang hari.
  • Minum air banyak. Digalakkan mengambil air masak antara1.5 hingga 2 liter (8 hingga 10 gelas sehari) dan elakkan dari makanan dan minuman yang mengandungi paras gula yang tinggi.selepas waktu berbuka hingga ke waktu imsak.
  • Elakkan makanan berasid atau bergoreng. Ianya boleh membuatkan anda mengalami masalah pedih ulu hati, terutamanya sebelum waktu tidur.
  • Makan makanan yang memberikan tenaga. Mengambil makanan yang boleh memberikan tenaga yang beransur-ansur seperti kurma sewaktu berbuka.
  • Jangan makan dengan kuantiti yang banyak. Tidak digalakkan untuk ibu hamil makan dalam jumlah yang banyak sewaktu berbuka. Ini kerana rahim yang membesar akan menolak perut ibu dari bawah dan meyebabkan ibu hamil merasa pedih hulu hati. Sekaligus memuntahkan kembali makanan yang dimakan.
  • Kurangkan aktiviti fizikal. Mengelakkan diri dari melakukan kerja-kerja berat dan aktiviti yang lasak, serta berada di tempat panas dalam jangka masa yang lama untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Kurangkan makan makanan yang manis. Ini kerana ia akan meningkatkan dan menurunkan kadar gula dalam darah dengan pantas yang boleh mengakibatkan anda menjadi lemah dan pening.
  • Rehat dengan secukupnya. Anda haruslah berehat dengan secukupnya supaya tubuh anda tidak berasa penat dan lesu semasa menjalankan ibadah puasa. Gunakan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil kerana ianya dapat membantu anda tidur dengan lebih lena dan tenang.

Tenangkan Diri dengan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil

JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Relaxing Massage Oil | HANYA RM43.90 RM34.90

Urutan terbaik adalah dengan menggunakan minyak yang sesuai seperti Mama’s Choice Relaxing Massage Oil. Minyak urut dari jenama Mama’s Choice ini dapat membantu mengurangkan ketegangan dan dapat memberi rasa ketenangan kepada ibu-ibu yang hamil.

Produk ini menggunakan formulasi bahan semulajadi bukan sahaja selamat, bahkan ianya bagus untuk terapi dan juga dapat melembutkan kulit badan. Mama boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada, ya.

Moga ibu-ibu hamil semua berada di dalam keadaan yang sihat fizikal dan emosi sepanjang bulan Ramadhan, bulan istimewa yang penuh barakah. Salam Ramadhan dan selamat menyambut ibadah puasa buat semua ibu-ibu diluar sana!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now