Search

Jenis-Jenis Bra Menyusu & Tips Memilih Bra yang Tepat

Sering menjadi persoalan tentang jenis-jenis bra menyusu yang mana paling sesuai? Apatah sekarang di pasaran terdapat banyak pilihan bra penyusuan yang ditawarkan. Perbezaannya bukan terletak hanya pada jenis bukaannya, bahkan material dan fungsinya juga adakalanya berbeza. Ikuti perkongsian seterusnya bagaimana ibu dapat memilih bra penyusuan terbaik untuk dirinya. 

Jenis-Jenis Bra Menyusu Mengikut Jenis Cup 

1. Seamless 

jenis-jenis-bra-menyusu-seamless

Bra jenis ini menggunakan bahan yang lembut dan mudah disesuaikan dengan badan ibu. Selain itu, bra seamless bukan sahaja boleh digunakan untuk aktiviti seharian bahkan boleh digunakan pada waktu tidur pada minggu-minggu awal selepas kelahiran, Sesuai ketika payudara ibu mula mengalami perubahan disebabkan penyusuan.  

2. Contour 

jenis-jenis-bra-menyusu-contour

Seperti namanya, bra ini memiliki kontur yang sesuai dengan perubahan lekuk badan ibu. Cup-nya agak tebal kerana memiliki busa. Ianya dapat memberi bentuk kepada badan. Bra contour hanya disarankan digunakan untuk ibu pada selepas 3-4 bulan kelahiran anak. Bra ini digunakan bagi menyokong bentuk payudara ibu terutama ketika ibu tidak berada di dalam rumah. 

Namun, bra contour  kurang sesuai untuk ibu yang tidak mahu menampakkan payudaranya kelihatan besar. Selain itu, bra contour agak sukar untuk dibuka dan tidak praktikal ketika saat untuk menyusukan anak. Bra ini lebih sesuai untuk acara-acara tertentu, sepertinya majlis makan malam dan keramaian.

Jenis-Jenis Bra Menyusu yang Berdawai atau Tanpa Dawai 

1. Berdawai

jenis-jenis-bra-menyusu-wired

Bra dawai mempunyai dua jenis iaitu ada yang keras dan ada juga yang fleksibel. Bra jenis ini sememangnya dapat menampung payudara dengan lebih kemas dan dapat mengelakkan payudara kelihatan kendur. Namun, ibu perlu pastikan dawainya berada di bawah payudara, bukan di atasnya. Kerana, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan malah tekanan pada tisu payudara yang boleh menyebakan masalah mastitis. 

2. Tanpa dawai (SoftCup

Bra tanpa dawai masih dapat menampung payudara dengan baik meskipun tanpa kehadiran dawai. Bra jenis ini memberikan lebih rasa selesa ketika dipakai jika dibandingkan dengan bra berdawai. Pilihlah bra dengan cup yang berstruktur dan boleh memberi bentuk badan tampil lebih cantik. 

Jenis-Jenis Bra Menyusu Berdasarkan Bukaan Cup 

Bra penyusuan memudahkan ibu untuk mengeluarkan payudara dengan satu tangan bagi tujuan untuk menyusukan anak. Terdapat pelbagai jenis bukaan cup untuk bra penyusuan, antaranya seperti:- 

  • Tempat bukaan terletak pada tali bahu dan cara bukaan ke bawah 
  • Bukaan cangkuk yang terletak diantara dua cup di bahagian depan 
  • Tanpa bukaan tetapi boleh dibuka melaui cup di bahagian depan. 

Jenis-Jenis Bra Menyusu Berdasarkan Kegunaannya 

1. Tidur 

Bra untuk kegunaan waktu tidur perlulah dari material lebih lembut dan elastik, talinya tidak terlalu ketat dan rekaannya dalam bentuk silang. Bra seperti ini membolehkan ibu mudah mengeluarkan payudaranya bagi tujuan untuk menyusukan anak pada waktu malam. Bra seperti ini sangat sesuai untuk hari-hari awal selepas bersalin kerana ia mengekalkan alas payudara (breast pad) tetap pada tempatnya supaya susu tidak mudah terkena pada baju. Dinasihatkan untuk sentiasa memilih material yang membolehkan kulit mudah bernafas, sejuk dan selesa.

2. Bersukan 

Ibu yang suka bersukan perlulah memilih bra yang sesuai dan tepat untuk kegunaannya. Bra sukan biasanya tidak mempunyai kawat serta dihasilkan daripada spandex dan nilon. 

Jika anda melakukan sukan yang low impact seperti yoga atau pilatesanda boleh memilih bra sukan yang seamless kerana ia membolehkan anda meregang dengan mudah dan pada masa yang sama masih boleh menyokong payudara anda dengan baik.

Namun, jangan gunakan bra seamless untuk aktiviti sukan yang high impact seperti aerobik atau body pump. Untuk sukan ini, anda perlu gunakan bra yang yang dapat memberi sokongan yang lebih.

3. Bra untuk mengepam susu 

Bra jenis ini memiliki dua lubang tertutup yang boleh dibuka dan ianya berfungsi untuk menyokong ketika kegunaan breast pump. Sesuai untuk ibu yang bekerja atau exclusive pumping

Nah, kenalkan Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra untuk ibu yang sedang mencari bra yang sesuai, selesa untuk kegunaan harian. Selain itu, ianya dapat menyokong ibu yang ingin mengepam susu badan mereka samada di pejabat atau di luar rumah.  

Boleh Digunakan untuk Penyusuan Terus Mahupun Mengepam

jenis-jenis-bra-menyusu-produk
JIMAT 20% untuk Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra | HANYA RM74.90 RM59.90

jenis-jenis-bra-menyusu-CTA

Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra ini ialah penyelesaian mengepam praktikal untuk ibu-ibu yang sibuk bekerja. Diperbuat daripada material yang lembut dan selesa, bahagian tali yang boleh laras (adjustable) untuk mengelakkan sakit bahu dan cangkuk tambahan untuk mengelakkan rasa terlalu ketat dan sesak, bra menyusu keluaran Mama’s Choice ini dapat menjadi solusi ibu dalam menyeimbangkan kehidupan ibu baru yang bekerja. Psstt.. bra ini juga sesuai dengan semua jenis pam payudara dan juga boleh digunakan untuk penyusuan terus!

Kelebihan Menggunakan Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra 

Selain praktikal, menggunakan Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra dapat memberikan begitu banyak kelebihan, antaranya seperti:- 

  1. Material bra yang digunakan bagus untuk pengudaraan dan fleksibel untuk perubahan pada payudara. 
  2. Pastikan ukurannya tepat dengan payudara. Agar perletakannya lebih kemas dan memberikan keselesaan. 
  3. Bra yang sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti untuk keluar bekerja, tidur dan bersukan. 

Pumping bra seperti Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra ternyata yang terbaik dan dapat memenuhi keperluan ibu yang sedang menyusukan anak.

Boleh dapatkan Mama’s Choice Seamless Hands-Free Pumping Bra di laman web Mama’s Choice, Shopee dan Lazada

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now