Pernahkah Mama mendengar tentang Alpha Bisabolol? Alpha Bisabolol adalah salah satu bahan aktif di dalam skincare yang menjadi tunjang utama dalam meredakan iritasi pada kulit. Selain itu, terdapat banyak lagi kebaikan Alpha Bisabolol dalam skincare tau. Baca lebih lanjut di sini, Ma!
Wanita sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai masalah kulit. Bermula dari jerawat, kulit kering, bintik hitam, iritasi, dan banyak lagi. Ini berlaku kerana badan wanita sering mengalami perubahan hormon, terutamanya semasa haid, kehamilan, atau akibat stress.
Oleh itu, penjagaan kulit adalah sangat penting untuk semua wanita. Salah satu bahan dalam penjagaan kulit yang boleh mengatasi pelbagai masalah kulit ialah Alpha Bisabolol atau minyak pekat tanpa warna yang berasal dari bunga chamomile Jerman.
Bisabolol mempunyai aroma bunga yang manis dengan sedikit sitrus dan rempah ratus, itulah sebabnya ia digunakan secara meluas dalam wangian dan penjagaan kulit. Selain daripada bunga chamomile, bisabolol juga terdapat dalam pokok Candeia dari Brazil.
Kebaikan Alpha Bisabolol dalam Skincare
Menurut The Derm Review, Alpha Bisabolol telah digunakan selama ratusan tahun untuk penjagaan kulit kerana sifat penyembuhannya. Lebih lengkap, berikut adalah beberapa manfaat Alpha Bisabolol untuk penjagaan kulit.
1. Anti-radang
Bisabolol dapat membantu menyembuhkan keadaan kulit melalui sifat anti-radangnya. Ia berfungsi dengan menghalang sitokin, yang merupakan molekul yang dikaitkan dengan keradangan. Dengan menghalang sitokin, keradangan dan kerengsaan kulit dapat dikurangkan.
Fungsi anti-radang menjadikan bisabolol dipercayai membantu merangsang proses penyembuhan semulajadi kulit, termasuk perolehan kolagen. Bukan sahaja menyembuhkan luka, kandungan bisabolol juga melegakan kulit yang merengsa.
2. Antioksidan
Alpha Bisabolol juga mempunyai manfaat antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas. Faktor persekitaran dan gaya hidup seperti pendedahan matahari, merokok dan diet mempengaruhi kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan pramatang pada kulit.
Oleh itu, kita memerlukan antioksidan dari bisabolol untuk melindungi diri kita daripada radikal bebas. Dalam pada itu, kedutan pada muka atau penuaan pramatang juga boleh dielakkan.
3. Menghalang pigmentasi kulit
Satu lagi faedah Alpha Bisabolol adalah sebagai perencat melanin. Melanin adalah pigmen yang memberi warna kepada kulit. Pendedahan matahari atau perubahan hormon semasa hamil boleh mencetuskan pengeluaran melanin berlebihan (hiperpigmentasi) yang menyebabkan bintik-bintik gelap muncul.
Dengan bisabolol, pengeluaran melanin boleh dihalang dan boleh membantu mengurangkan penampilan bintik gelap yang tidak diingini. Bahkan, tona kulit juga boleh jadi lebih cerah dan sekata.
4. Meningkatkan penyerapan
Satu lagi kebaikan bisabolol yang tidak kurang pentingnya ialah keupayaannya untuk meningkatkan penyerapan bahan penjagaan kulit lain ke dalam kulit anda. Kerana fungsi ini, bisabolol sering digabungkan dengan bahan aktif lain yang lebih sukar untuk menembusi kulit.
Bisabolol mempunyai komposisi kimia yang unik yang membolehkan nutrien lain diserap lebih jauh ke dalam kulit, seterusnya memaksimumkan keberkesanan pelbagai produk penjagaan kulit.
Alpha Bisabolol Selamat untuk Memudarkan Stretch Mark
“Walaupun bisabolol diserap dengan baik ke dalam kulit, tiada kesan sampingan seperti ketoksikan atau kerengsaan. – Cosmetic Ingredient Review Expert Panel”
Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa kandungan bisabolol selamat digunakan untuk wanita hamil. Jadi, bagi yang mengandung dan ada masalah stretch mark atau bintik hitam, anda boleh gunakan Alpha Bisabolol untuk mengurangkan kesan stretch mark yang dialami.
Tidak perlu bimbang, Mama’s Choice Stretch Mark Serum sememangnya sudah tersedia dengan formulasi Alpha bisabolol organik yang telah disahkan oleh Eco Cert Cosmo Organic.
Kandungan organik Alpha Bisabolol di dalam serum ini juga telah diuji secara klinikal dapat membantu memudarkan tanda regangan dan menjana semula pertumbuhan sel kulit baru. Selain itu, serum ini juga mengandungi Mugwort dan Niacinamide yang berfungsi secara aktif untuk menenangkan kulit dan mencerahkan bintik hitam.
JIMAT 25% untuk Mama’s Choice Stretch Mark Treatment Series | RM96.90 RM69.90
Selepas serum diserap, anda boleh menggunakan Mama’s Choice Stretch Mark Cream untuk mengunci formula dan menjadikan kulit anda lebih lembap dan anjal. Dengan cara itu, stretch mark anda akan pudar 2x ganda lebih optimum.
Berdasarkan kajian, dengan penggunaan biasa selama 30 hari, penampilan stretch mark dapat dikurangkan sehingga 72%. Bukan itu sahaja, Mama’s Choice Stretch Mark Serum mendapat sijil halal dan tidak mengandungi bahan berbahaya seperti alkohol dan paraben. Jadi, ia pasti selamat untuk ibu hamil dan menyusu. 🥰
Klik disini untuk dapatkan Mama’s Choice Stretch Mark Serum atau anda juga boleh dapatkannya di Shopee atau Lazada.
Jadi, itulah antara kebaikan Alpha Bisabolol dalam penjagaan kulit. Semoga Mama boleh menikmati semua manfaatnya ya! 💗
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3