Search

Kebaikan Halba Sebagai Milk Booster untuk Ibu Menyusu

Selama menyusu, pernahkah Mama tahu atau dengar tentang khasiat halba untuk ibu menyusu? Sememangnya kebaikan halba untuk memperbanyakkan susu ibu tidaklah sepopular daun katuk. Tetapi ianya tetap ada banyak manfaat untuk ibu menyusu. Mama berminat untuk tahu lebih lanjut? Jom semak ulasan lengkapnya di bawah.

Kenali Halba (Fenugreek)

Bagi Mama yang tidak tahu, Halba atau nama saintifiknya trigonella foenum-graecum adalah tumbuhan dengan ketinggian 60-90 cm, mempunyai daun yang hijau, bunga putih dan pod berisi biji kecil berwarna perang keemasan. Biji halba yang juga dikenali sebagai fenugreek ini dipercayai mempunyai manfaat kesihatan, membesarkan payudara dan bantu melancarkan susu badan pada ibu menyusu.

Selama beribu-ribu tahun, biji halba telah digunakan dalam perubatan alternatif sebagai ramuan dalam rempah ratus, perisa makanan dan minuman, dan tembakau. Biji halba banyak dijual di pasaran terutamanya di Amerika.

Biji dan ekstrak halba yang kering dan masak digunakan sebagai perisa tiruan untuk sirap maple. Sementara itu, pengambilan biji halba secara lisan dalam jumlah biasa telah diberikan status selamat (GRAS) oleh FDA.

Khasiat Halba untuk Ibu Menyusukebaikan halba untuk ibu menyusu

Sebagai sumber nutrisi terbaik, penyusuan susu ibu amat penting untuk tumbesaran bayi. Tetapi malangnya sesetengah Mama mungkin sukar untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada bayi tetapi juga boleh menjejaskan perasaan Mama yang berasa tidak dapat memberi susu ibu, sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi tertekan.

Namun begitu, biji halba memang dapat membantu mengatasi masalah kesukaran menghasilkan susu ibu yang banyak buat ibu yang menyusu. Biji halba telah digunakan di beberapa kawasan geografi di seluruh dunia dikenali sebagai galactogogue. Ramai yang percaya bahawa galactagogue adalah bahan yang boleh membantu merangsang, mengekalkan, atau meningkatkan pengeluaran susu badan.

Sebenarnya kesan galactogogue halba adalah psikologi semata. Ini kerana hasil susu badan daripada ibu menyusu adalah melalui proses kompleks yang merangkumi faktor fizikal, emosi, serta interaksi pelbagai hormon terutamanya hormon prolaktin – Persatuan Pakar Anak Indonesia (IDAI)

Menurut kajian, halba adalah alternatif kepada bahan semulajadi yang selamat untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Dalam kajian selama 14 hari terhadap 77 ibu, pengambilan teh herba bersama biji halba meningkatkan pengeluaran susu ibu. Sehingga mempengaruh pertambahan berat bayi.

Kajian lain membahagikan 66 ibu kepada 3 kumpulan. Daripada satu kumpulan ini menerima teh halba, kumpulan kedua menerima plasebo, dan kumpulan ketiga tidak menerima kedua-duanya.

Berdasarkan keputusan ketiga-tiga kumpulan ini, jumlah susu daripada kumpulan ibu yang mengambil teh fenugreek meningkat kepada 2.47 auns (75 ml). Sementara itu, kumpulan ibu yang menerima plasebo meningkat kepada 1.15 auns (34 ml).

Placebo adalah pil untuk memberikan kesan psikologi yang positif dan tidak mengandungi sebarang ubat-ubatan

Cara Seronok untuk Menikmati Kebaikan & Khasiat Halba 

kebaikan halba, Mama's Choice Almond Milk Booster (Chocolate)

JIMAT 28% untuk Mama’s Choice Almond Milk Booster | RM49.90 RM35.90

Sebagai alternatif, Mama boleh dapatkan halba dalam bentuk ubat atau suplemen untuk memperbanyakkan susu badan. Mama juga boleh mengambil halba dalam bentuk teh herba sebagai alternatif kepada suplemen dan ubat untuk memperbanyakkan susu badan.

Selain itu, terdapat cara lain yang menyeronokkan untuk menikmati kebaikan dan khasiat halba ini. Salah satunya adalah dengan mengamalkan Mama’s Choice Almond Milk Booster. Mama tidak perlu bersusah payah memproses bahan semulajadi untuk menyokong proses penyusuan, ini kerana semua kebaikan halba boleh didapati daripada Mama’s Choice Almond Milk Booster ini.

Kami yakin Mama mahu berikan yang terbaik untuk Si Manja. Oleh itu, selain mengandungi halba yang boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu, Mama’s Choice Almond Milk Booster ini juga merupakan milk booster pertama di Malaysia yang mengandungi DHA untuk menyokong perkembangan otak Si Kecil.

Susu badam ini menggunakan bahan semulajadi lain yang boleh menyokong proses pengeluaran susu badan buat ibu yang menyusu. Dengan kandungan badam, daun katuk, dan kurma dengan perisa coklat serta matcha yang lazat, anda boleh menikmati susu badam ini tanpa rasa loya.

Testimoni Mama's Choice Almond Milk Booster
Testimoni dari Mama @biancabeatriced

Jadi macam mana, Mama? Excited tak dengan milk booster daripada Mama’s Choice? 8 daripada 10 ibu merasakan penghasilan susu badan mereka meningkat setelah mengamalkan Mama’s Choice Almond Milk Booster dengan konsisten. Kini, tiba masanya untuk Mama buktikan khasiat dan keberkesanannya, ya!


Itulah ulasan tentang kebaikan dan khasiat halba sebagai milk booster untuk ibu menyusu. Semoga artikel ini bermanfaat, Mama! 💗

Klik disini untuk dapatkan Mama’s Choice Almond Milk Booster atau Mama juga boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada.

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now