Search

4 Kebaikan Memakai Seluar Legging Wanita Hamil

Mama suka bergaya ketika hamil? Tampil menawan dengan pakaian yang memberi keselesaan. Oh ya! Mama pernah dengar mengenai seluar legging hamil? Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

Untuk pengetahuan semua, seluar legging hamil adalah kategori seluar yang mengikut badan khas untuk kegunaan wanita yang sedang hamil. Seluar ini diperbuat daripada fabrik yang lembut dan elastik seperti spandeks atau poliester. Seluar legging ini akan mengikut bentuk kaki dan peha pemakai dan ini menampakkan kaki pemakai akan kelihatan lebih panjang serta lebih langsing. 

Seluar legging hamil sentiasa menjadi pilihan terutama ketika usia kehamilan di trimester pertama lagi. Ini kerana seluar jenis ini lebih selesa digayakan meemandangkan materialnya lembut dan bersifat elastik. 

Tidak seperti seluar legging biasa, fabriknya tidak elastik. Sekiranya mama memakai legging biasa di waktu kehamilan mencecah trimester kedua dan ketiga, kawasan di bahagian perut yang membesar akan menjadi terlalu ketat. Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya fabrik yang digunakan tidak mempunyai sifat pengudaraan yang baik sekaligus boleh menyebabkan kawasan perut berpeluh dengan kadar yang banyak dan boleh mengakibatkan masalah ruam dan kegatalan kulit. 

4 Kebaikan Memakai Seluar Legging Hamil 

ibu memakai seluar legging

1. Memberi lebih keselesaan 

Kebanyakan rekaan seluar legging hamil berkonsepkan untuk memberi keselesaan dari awal kehamilan sehinggalah setelah melahirkan anak, seluar legging hamil ini masih sesuai digunakan. Seluar legging yang terbaik adalah seluar yang boleh menampung regangan mengikut saiz pembesaran perut di setiap trimester. 

Kenapa ianya penting untuk mama memilih seluar legging yang tidak mengetatkan di bahagian perut. Ini adalah kerana apabila mama menggunakan legging yang terlalu ketat secara tidak langsung boleh mengganggu perkembangan janin. Oleh itu, seluar legging yang dipakai haruslah benar-benar memberi keselesaan. 

2. Ruang untuk bayi yang sedang membesar

Bayi, terutamanya selepas trimester pertama memerlukan ruang yang mencukupi, begitu juga dengan ‘baby bump’ yang semakin membesar. Seluar legging hamil direka secara khas di mana ia membolehkan bayi berehat di dalam rahim dan juga memberikan ibu sokongan yang diperlukan semasa tempoh genting ini.

Seluar legging hamil biasanya bergetah penuh di bahagian pinggang. Jadi, ianya mudah untuk ditarik hingga ke atas daripada perut. Dengan sokongan fabrik elastik dan menutupi perut sepenuhnya menjadikan postur badan lebih kelihatan kemas. 

Mama juga tidak perlu risau jika fabriknya akan tertetas atau koyak kerana ianya memang direka untuk mengikut pembesaran perut anda pada setiap trimester!

Baca juga: Bergaya dengan Seluar Legging Wanita Hamil Mama’s Choice

3. Menggalakkan Fleksibiliti

ibu bersenam memakai seluar legging hamil

Pergerakan badan adalah sangat penting untuk ibu yang hamil, mereka perlu terus bergerak walaupun sedikit dan memastikan badan mereka aktif. Lagi-lagi jika mama ingin melakukan yoga pranatal yang mempunyai banyak faedah, jadi semua pergerakan badan ini memerlukan fabrik yang selesa yang membolehkan ibu menjadi fleksibel dan seluar legging hamil boleh membantu anda dari segi ini.

Seluar legging hamil kebiasaannya didatangkan bersama tab sisi atau hadapan yang boleh dilaraskan mengikut saiz perut. Biarpun semakin membesar mama tetap akan berasa selesa memakainya. 

4. Pengudaraan yang baik

Seluruh badan mama akan mula berubah semasa mengandung. Jadi, mama perlu menyediakan ruang dan pengudaraan yang baik untuk badan anda supaya badan dan bayi di dalam perut boleh berehat. Pengudaraan yang baik datang apabila fabrik yang digunakan adalah berkualiti, sejuk dan lembut.

Bagaimana Memilih Legging Hamil yang Terbaik? 

ibu membaca sambil memakai seluar legging hamil

Sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk memilih yang terbaik. Berikut adalah beberapa tips dalam memilih legging hamil:- 

1. Fabrik 

Faktor yang sangat penting dan menjadi keutamaan utama dalam pemilihan seluar legging hamil. Contohnya, fabrik jenis 100% kain kapas memang sangat selesa, tetapi lama-kelamaan setelah mengguna berkali-kali ianya boleh meregang teruk sehingga menyebabkan fabrik menjadi lebih nipis. Terdapat juga seluar legging yang diperbuat daripada bahan sintetik atau sebahagian sintetik. Jadi paling terbaik, mama disyorkan untuk memilih seluar legging yang menggunakan fabrik yang lembut, tahan lasak, mempunyai ciri elastik dan liputan yang terbaik.  

2. Ketebalan 

Ketebalan boleh mempengaruhi keselesaan ketika memakainya. Elakkan seluar legging hamil yang tebal yang mempunyai bulu kerana ini akan membuatkan mama akan sentiasa berasa rimas dan panas. Pilih seluar legging dengan ketebalan sederhana yang mana dapat memberikan mama rasa selesa dan sejuk pada waktu yang sama.  

3. Panjang 

Kepanjangan seluar legging adalah bergantung kepada penggayaan, persekitaran dan minat seseorang. Jika mama ingin memakai baju yang agak labuh dari lutut, legging panjang adalah yang terbaik. Sekiranya untuk dipakai ketika berada di rumah, berkemungkinan legging pendek sudah memadai. 

4. Sokongan perut 

Anda akan menjumpai legging hamil yang mempunyai panel perut yang terletak di atas pinggang anda serta ada juga yang mempunyai tali pinggang boleh laras yang terletak di bahagian pinggang (waistband) legging hamil tersebut untuk menyokong perut anda semasa ia membesar pada setiap trimester. Walaubagaimanapun, pilihan yang kedua itu adalah yang terbaik untuk kehamilan.

Legging Hamil Paling Selesa: Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings

Mama's Choice Activewear Maternity Leggings
JIMAT 29% untuk Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings | HANYA RM55.90 RM39.90

Memperkenalkan legging hamil yang paling selesa dan menjadi pilihan pertama mama-mama di Malaysia—tentunya Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings! Seluar legging ini didatangakan dalam saiz bebas (free size) yang boleh digunakan dari awal kehamilan sehinggalah setelah mama bersalin. Fabrik yang digunakan adalah daripada 60% kapas dan 40% poliester menjadikannya lembut dan sejuk. Ciri fabriknya yang elastik, lembut, tebal, tidak mudah meregang dan mempunyai pengudaraan yang baik. 

Di bahagian pinggang disediakan tali pinggang khas yang kita boleh laraskan mengikut saiz perut semasa ianya membesar sepanjang proses kehamilan. Sekaligus menjadikan kita begitu selesa biarpun memakainya untuk tempoh yang lama.  

Didatangkan dengan 2 warna menarik iaitu hitam, kelabu dan biru gelap yang sangat bergaya. Warna-warna ini sangat mudah untuk dipadankan dengan apa jua pakaian yang ingin digayakan. Dengan menggayakan Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings , mama akan nampak lebih bergaya dan kelihatan lebih slim. 🥰

Jika mama berminat bolehlah dapatkan seluar legging hamil kami ini di laman web rasmi Mama’s Choice serta di Shopee dan Lazada. 

Mama's Choice Activewear Maternity Leggings Benefits

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now