Search

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi

Menjadi impian semua ibu di dunia untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri ada mengesyorkan para ibu untuk memberi tempoh minimum selama enam bulan menyusu badan secara eksklusif dan digalakkan untuk meneruskan penyusuan (bukan eksklusif) sehingga umur dua tahun dan ke atas. Melalui penyusuan susu badan juga sebenarnya memberi banyak manfaat kepada bayi. Bahkan ibu yang menyusukan anak juga memperolehi manfaat daripada proses penyusuan. Baca lebih lanjut dan cari tahu kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi dan cara atasi masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu di artikel ini!

Kebaikan Penyususan Susu Ibu

Terdapat 10 kebaikan penyusuan susu ibu terhadap ibu dan juga bayi anda. Antaranya seperti:-

1. Perkembangan bayi yang sihat

Menurut pakar nutrisi kanak-kanak Ruth A. Lawrence, bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko lebih rendah mengalami radang paru-paru, selsema dan jangkitan virus. Tambah beliau lagi untuk bayi yang menyusu badan, sekiranya dijangkiti penyakit serius seperti ciri-birit mereka tidak akan mengalami situasi atau simptom yang teruk. Penyakit seperti diabetes jenis 1, penyakit seliak atau penyakit Crohn juga dalam senarai penyakit yang tidak dialami bayi yang menyusu badan.

2. Ibu yang menyusukan bayi akan memiliki tulang yang kuat

Kajian juga membuktikan ibu yang menyusukan bayi akan kurang kecenderungan dalam mengalami masalah osteoporosis selepas menopaus.

kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi

3. Dapat mengurangkan risiko SIDS untuk bayi

Kehilangan bayi secara mengejut adalah satu perkara yang peling menyakitkan. Biarpun jarang berlaku namun kes SIDS pernah terjadi dikalangan masyarakat Malaysia.

Apa itu SIDS?

SIDS bermaksud Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Antara kebaikan penyusuan susu ibu yang lain ialah ia boleh mengurangkan risiko sebanyak 50%. Ini kerana ibu lebih kerap berada di samping bayi untuk menyusu. Segala perubahan bayi akan diketahui oleh ibu dengan pantas dan boleh bertindak segera jika ada sebarang kemungkinan berlaku.

4. Mengatasi masalah berat badan

Sememangnya selepas proses kelahiran, badan ibu akan masih kelihatan besar dan menggeleber. Jadi antara cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan potongan badan sebelum kehamilan adalah dengan cara menyusukan anak. Dengan menyusu, ia dapat membantu para ibu membakar lebih kurang 500 kalori setiap hari.

5. Membantu proses penyembuhan lebih selepas bersalin

Apabila ibu menyusukan anaknya, satu hormon yang dipanggil oksitosin akan dirembeskan secara semulajadi di dalam badan. Oksitosin dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko kehilangan darah selepas bersalin.

Penyusuan juga sebenarnya sangat membantu mempercepatkan proses rahim mengecut dan seterusnya kembali ke saiz asalnya.

6. Mengurangkan risiko kanser

Wanita sering dikaitkan dengan penyakit kanser payudara dan kanser ovari. Penyakit yang sangat ditakuti oleh kaum wanita hari ini. Sebenarnya melalui penyusuan badan ianya dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebelum menopaus dan juga kanser ovari.

kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi

7. Mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi

Proses sepanjang penyusuan sebenarnya memberikan momen antara ibu dan bayi yang disusukan. Kebiasaannya apabila kita menyusukan bayi, mata ibu dan anak akan saling memandang antara satu sama lain. Ada juga bayi yang suka memegang jari ibu ketika menyusu dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung ianya dapat menzahirkan rasa sayang dan juga mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak.

8. Susu ibu adalah vaksin yang hebat

Hasil penyelidikan juga membuktikan bahawa bayi yang menyusu susu ibu akan mempunyai tindak balas antibodi yang lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin yang diambil bayi. Ini kerana susu ibu itu sendiri sudah kaya dengan nutrisi dan antibodi semulajadi. Ini bermakna, bayi yang kerap diberikan susu ibu akan mendapatkan imunisasi yang lebih baik.

9. Melewatkan haid

Menyusukan bayi juga boleh melambatkan ovulasi dan haid. Dengan prolaktin yang dikeluarkan semasa penyusuan, estrogen dan progesteron akan berada pada paras yang rendah. Oleh yang demikian ovulasi tidak diaktifkan.

10. Jimat dari segi ekonomi

Ibu yang menyusukan bayi secara esklusif biasanya tidak akan mengalami masalah kurang susu. Jika adapun masalah sedemikian, ianya boleh diatasi melalui pengambilan ubat hormon dan juga mengamalkan diet yang seimbang.

Sememangnya susu badan akan sentiasa ada pada jumlah dan suhu yang betul untuk bayi kita. Sebaik sahaja bayi keluar dari rahim ibu (baru bersalin), makanan yang pertama harus diberikan adalah kolostrum. Iaitu susu awal dalam tekstur berair yang kaya dengan antibodi.

Jadinya peruntukan susu formula untuk bayi dapat digantikan dengan susu badan yang tiada bayaran. Hanya komited serta pengorbanan ibu diperlukan bagi memastikan bayi mendapat susu secukupnya setiap hari.

Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul

Sebelum menyusukan badan, ibu perlu pastikan beliau berada dalam keadaan yang cukup selesa. Adalah sebaiknya ibu bersandar pada objek yang lembut dibahagian belakang badan seperti bantal, sofa dan sebagainya. Kedudukan bayi dengan ibu juga rapat. Punggung, kepala dan bahu bayi perlu diampu ibu.

Teknik lekapan yang betul apabila kedudukan hujung hidung dan dagu bayi yang bersentuhan dengan payudara anda. Bibir bayi juga perlu berada dalam keadaan selesa ketika menyusu, bukannya seakan terpaksa.

Ibu perlu sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas. Gerakkan badan bayi ke arah payudara. Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola). Selain itu pastikan juga mulut bayi melekap dengan betul dan jika perlu, ibu harus ampu sedikit payudara untuk memberi keselesaan. Sekiranya dengar bunyi hisapan susu, ianya bermaksud bayi dapat menyusu dengan baik.

Mendapatkan teknik lekapan yang betul mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia adalah penting dalam teknik dan cara menyusukan bayi. Ini kerana jika kita tidak mendapat teknik lekapan yang tepat, bayi kita mungkin tidak akan mendapat jumlah kuantiti susu yang mencukupi untuk tumbesarannya. Selain itu, puting ibu juga akan berisiko untuk mudah terluka ketika proses penyusuan dilakukan.

Cara Atasi Masalah yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Menyusu

kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi
JIMAT 17% untuk Mama’s Choice Intensive Nipple Cream | HANYA RM28.90 RM23.90

Sebenarnya penyusuan boleh mengambil masa dari 7 minit hingga ke 40 minit. Tidak dinafikan ada setengah ibu akan menghadapi pelbagai masalah sepanjang penyusuan. Antaranya seperti:-

1. Susu badan terlalu banyak, buah dada bengkak

Apabila berlaku pembengkakkan buah dada adakalanya boleh menyebabkan ibu demam dan sakit kepala. Biasanya ibu akan mengambil ubat tahan sakit seperti Panadol.

Cara atasi: Ibu harus kerap mengepam susu dan sebolehnya jangan ‘skip’ waktu mengepam susu.

2. Kurang motivasi disebabkan tekanan

Apabila tempoh penyusuan susu mengambil masa adakalanya membuat ibu berasa sedikit tertekan, Ini terutamanya jika ibu itu bekerjaya ataupun perlu melakukan pelbagai tugasan setiap hari. Ini menyebabkan ibu sering rasa tidak ada ‘mood’ untuk menyusukan anak.

Cara atasi: Memberikan sedikit ruang ‘me time’ untuk ibu bersendiri sambil mendengar muzik atau menonton rancangan yang digemari. Ibu juga digalakkan menyertai kumpulan sokongan penyusuan bayi agar dapat berkongsi dan mendapat informasi yang membantu meningkatkan motivasi dalam diri.

3. Sakit puting

Infeksi berlaku disebabkan luka ataupun kulit merekah di bahagian puting. Ibu yang mengalami masalah ini sebenarnya akan menjadi trauma setiap kali bayinya mahu menyusu badan.

Cara atasi: Mama perlu mendapatkan rawatan dari doktor perubatan. Sentiasa bersihkan (lap) dengan lembut di bahagian puting bagi mengelakkan jangkitan kuman. Selain itu, ibu juga boleh mencuba menggunakan Mama’s Choice Intensive Nipple Cream. Produk ini sememangnya diyakini halal, diformulasi dari 100% bahan semulajadi seperti ekstrak buah kurma, minyak kelapa dan shea butter.

Dikenali juga sebagai produk mesra bayi. Ini kerana ianya diformulasi daripada bahan gred makanan yang menjadikannya selamat digunakan terutama kepada bayi.

Contohnya, jika bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan maka tidak akan mendatangkan sebarang bahaya. Keberkesanan dan keselamatan formulasi di dalam produk Mama’s Choice Intensive Nipple Cream telahpun diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit yang sensitif tau, mama. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan.

Untuk pembelian Mama’s Choice Intensive Nipple Cream boleh dapatkan di Shopee dan Lazada. Keterangan lanjut mengenai produk di sini.

kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi

Author Mama's Choice MY

Mama's Choice MY

A mama of one hyperactive toddler, Michelle is adventurous, passionate about fitness, healthy eating and loves to garden in her free time.

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now