Search

Pentingnya Memakai Pelembap Muka Setiap Hari

Pastinya ramai yang tahu tentang kepentingan memakai pelembap muka setiap hari. Dengan keadaan cuaca panas dan lembap, selain daripada tuntutan kerja yang perlu berada di luar rumah menyebabkan muka kita mudah terdedah dengan cahaya matahari dan sebagainya. Jom cari tahu 5 sebab kenapa kita perlu pakai pelembap muka (moisturizer) setiap hari dibawah!

Pelembab adalah penting untuk kita dapatkan kulit yang sihat. Bagaimana pentingnya keperluan air dalam kehidupan seharian kita, begitu juga dengan pelembap muka. Tanpa pelembab (moisturizer) ia boleh menyebabkan lembapan dalam kulit akan dehidrasi dari dalam kulit ke lapisan luar. Apabila kulit tidak mempunyai penghidratan yg cukup, ia menjadi kering dan mengelupas. Selain itu, tanpa kelembapan yang mencukupi, kulit akan nampak tua sebelum usia, kelihatan kering dan kusam.

Bahkan, jika berada di dalam rumah sekalipun biasanya aktiviti harian kita akan dihabiskan di bilik-bilik yang berhawa dingin. Penggunaan penghawa dingin atau cuaca yang sejuk boleh menyerap keluar kelembapan dalam kulit. Apabila terlampau sejuk, kulit akan terasa kering dan apabila menggaru akan kelihatan garisan putih. Dan itu adalah salah satu petanda kulit mengering. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, sentiasa menggunakan pelembap untuk melembapkan semula kulit sekaligus boleh mengurangkan masalah kulit kering.

5 sebab kenapa kita perlu pakai moisturizer setiap hari

1. Memelihara kulit agar kekal awet muda

Kulit kering benar-benar menjadikan wajah anda kelihatan sangat teruk. Walaubagaimanapun untuk keadaan tertentu, kulit kering hanya bersifat sementara sahaja. Ini mungkin disebabkan oleh gangguan hormon semasa kehamilan atau reaksi terhadap cuaca. Tetapi, itu tidak bermakna anda boleh membiarkan kulit anda kering terlalu lama. Ini dapat menyebabkan pengeluaran minyak di lapisan wajah secara beransur-ansur menurun dan mengakibatkan terjadinya penuaan pramatang seperti garis-garis halus dan bintik-bintik gelap.

Fungsi pelembap jika digunakan setiap hari secara konsisten dapat mengurangkan masalah ini. Bagi memaksimumkan hasil manfaat dari pelembap, sapukan produk ke wajah dengan gerakan mengurut. Pergerakan ini bagus untuk peredaran darah di bawah permukaan kulit yang dapat merangsang pertumbuhan semula sel kulit dan sekaligus menjadikan wajah kelihatan awet muda.

2. Menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri

Produk pelembap yang menjadikan wajah anda lebih berseri-seri secara semulajadi. Bak kata orang sekarang, lebih glowing. Fungsi pelembap yang mengunci cairan di lapisan kulit, dapat menjadikan wajah berkilau dan juga dapat menutupi bintik-bintik hitam halus di wajah anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan warna kulit yang tidak sekata adalah disyorkan guna pelembap dengan bahan pencerah semula jadi.

Jika anda ingin memilih pelembap yang bagus, pilih pelembap yang mempunyai beraroma lembut. Apabila menggunakannya, anda rasa selesa dan yang penting sekali tidak meninggalkan sisa-sisa berminyak pada kulit anda. Biasanya pelembap yang berkualiti tidak akan menyebabkan kerengsaan kulit anda ataupun alahan. Selepas menggunakan pelembap, kulit wajah akan kelihatan berseri-seri dari dalam.

3. Mengoptimumkan Fungsi Kulit

Penggunaan pelembap secara konsisten juga sangat membantu meningkatkan fungsi lapisan bawah kulit. Sepertimana yang kita ketahui pelembap juga berfungsi sebagai “pelindung” dari gangguan luaran pada kulit seperti pencemaran, pendedahan kepada bahan kimia, habuk, dan sebagainya.

Apabila anda tinggal di kawasan terbuka terlalu lama, pastikan melakukan pembersihan dua kali pada waktu malam, sehingga sisa yang disimpan oleh pelembap hilang sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan yang boleh membahayakan kulit anda.

4. Dapat mencegah jeragat

Salah satu punca terbentuknya jeragat ialah disebabkan terdedah kepada sinaran UV secara berterusan. Sebenarnya, terdapat satu sel yang dikenali sebagai melanocytes dalam lapisan kulit kita yang akan menghasilkan melanin dan ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran UV dari cahaya matahari.

Semakin kerap kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin. Untuk pengetahuan anda, melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita akan mendapat lebih banyak pigmen melanin sekaligus menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

Untuk menjadi praktikal dan menjimatkan masa, gunakan pelembap serta pelindung matahari yang dapat melindungi kulit anda daripada terkena sinaran UV. Bagi anda yang hamil dan menyusu, pastikan anda menggunakan produk yang menggunakan pelindung matahari mineral dan bahanya tidak menyebabkan alahan.

5. Pengambilan nutrien untuk kulit

Selain itu, fungsi pelembap adalah membekalkan nutrien atau vitamin yang diperlukan oleh kulit. Contohnya, Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer, yang mengandungi vitamin E dari ekstrak beras yang terdapat di dalamnya. Formulasi ini sangat baik dalam memberi khasiat pada tisu kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit serta memberikan kelembapan.

Pilihan yang terbaik adalah pelembap yang mempunyai Hyaluronic Acid, yang membantu mengunci kelembapan kulit dari dalam, memastikan kulit mempunyai kandungan kelembapan yang mencukupi di seluruh lapisannya. Asid Hyaluronik kaya dengan pelembap dan nutrien yang membantu meremajakan, mencergaskan dan melembutkan kulit yang kusam.

Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer

JIMAT 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle | HANYA RM74.90 RM49.90

Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer, pelembap wajah yang juga berfungsi sebagai pelindung matahari. Kandungan mineral pelindung matahari dengan SPF PA ++ dapat melindungi wajah anda dari kesan buruk sinar UVA dan UVB. Seperti ada manfaat 2 dalam 1 yang sangat praktikal untuk kegunaan harian.

Bukan hanya itu, setelah digunakan secara konsisten kita akan dapat lihat perbezaan pada kulit wajah yang menjadi lebih cerah dan tidak lagi kusam. Ini kerana Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer ini dihasilkan daripada 100% bahan semula jadi iaitu ekstrak beras, shea butter dan asid hyaluronik.

Ekstrak beras

Ekstrak beras sebenarnya telah digunakan selama lebih dari 1000 tahun untuk perawatan kulit wajah. Anda juga mungkin pernah mendengar tentang manfaat air beras sebelum ini! Ekstrak beras dalam formula kami akan membantu memastikan kulit anda tetap lembut dan berseri-seri.

Shea butter

Shea butter datangnya dari buah pokok shea, yang berasal dari Afrika. Bahan ini secara semulajadi dapat mengekalkan kelembapan wajah dengan memberi perlindungan ke permukaan kulit wajah anda.

Asid hyaluronik

Tahukah anda bahawa asid hyaluronik dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita yang luar biasa? Asid hyaluronik secara semula jadi mengekalkan air, menjadikan kulit anda lebih lembut. Dan asid hyaluronik juga membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus daripada kelihatan di kulit anda!

Pelindung matahari mineral (Mineral sunscreen) 

Daripada menggunakan bahan kimia yang kuat seperti oxybenzone yang boleh membahayakan kulit anda, adalah lebih baik menggunakan pelindung matahari mineral seperti zink oksida dan titanium oksida yang menawarkan perlindungan SPF 20 PA ++.

Pelindung matahari mineral kami fungsinya sangat menarik! Daripada menyerap sinar UV, pelindung matahari kami hanya memantulkan sinar UV ketika cahaya menghampiri kulit anda, sekaligus dapat melindungi kulit anda dari kerosakan.

Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer juga selamat untuk wanita hamil dan yang sedang menyusu. Antara lain kebaikan moisturizer Mama’s Choice adalah seperti berikut:-

  • Tanpa wangian
  • Tidak mengandungi alkohol
  • Bebas dari bahan berbahaya seperti parabens dan phthalates
  • Diuji secara dermatologi dan secara klinikal
  • Semestinya Halal

Ternyata banyak manfaat yang diperolehi jika menggunakan Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer. Kita bukan hanya dapat melembapkan tetapi juga menampilkan rona cerah di wajah secara semulajadi. Bahkan, dengan penggunaan yang konsisten dapat memelihara wajah agar kelihatan lebih berseri-seri.

Untuk lebih banyak penjimatan, anda boleh dapatkan Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle yang merangkumi pelembap muka dan juga pencuci muka kami! Boleh juga didapati di Shopee dan juga Lazada, ya!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now