Adalah sukar untuk mendapatkan krim stretch mark yang bebas paraben. Ini kerana kebanyakam krim stretch mark dan juga produk kecantikan di pasaran mengandungi bahan paraben di dalamnya.
Malangnya, info mengenai formulasi ini pada produk sering dicetak pada saiz yang sangat kecil (halus betul tulisannya!). Jika perhatikan dengan teliti mungkin kita akan sedari tentang perkara itu ataupun memang agak mustahil untuk kita akan nampak kerana ianya terlalu kecil.
Ianya tiada masalah untuk digunakan jika tidak hamil ataupun menyusukan. Namun demikian, adalah sangat penting untuk mengambil tahu setiap produk rawatan yang digunakan bagi mereka yang sedang hamil. Terutamanya, formulasi yang digunakan didalam produk.
Untuk pengetahuan semua, bahan kimia yang berbahaya boleh juga diserap melalui kulit, seterusnya memberi kesan kepada janin di dalam kandungan. Begitu juga dengan ibu yang sedang menyusukan anak, ianya bukan sahaja boleh merbahayakan ibu itu sendiri bahkan bayinya juga.
Oleh yang demikian, sangat penting untuk ibu memilih krim stretch mark yang terbaik dan selamat kegunaannya. Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah memastikan produk krim tersebut bebas paraben.
Sekiranya anda ingin terus mengetahui tentang produk krim stretch mark bebas paraben kami, sila klik di sini untuk ke bahagian artikel seterusnya!
Mengapa paraben berbahaya?
Sebelum itu, kita perlu mengetahui apa itu paraben sebenarnya. Paraben merupakan agen anti-mikro yang digunakan sebagai pengawet untuk mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat.
Sekiranya bahan paraben digunakan secara kerap, ianya boleh menyebabkan:
- Menyebabkan kerosakan DNA bayi. Paraben boleh menyebabkan antara faktor bayi yang dilahirkan cacat. Jadi sila ambil berat para ibu sekalian tentang kesannya kepada janin yang di dalam kandungan.
- Menyebabkan hormon berlebihan pada bayi. Paraben adalah bersifat estrogenic dan ianya boleh meniru estrogen di dalam badan. Penggunaan produk dengan paraben yang kerap boleh mengakibatkan kelebihan estrogen di dalam badan bayi yang sangat berpotensi untuk menghidapi penyakit barah, endometriosis dan juga gangguan tiroid. Bukan itu sahaja, paraben juga boleh menyebabkan ibu berisiko untuk mendapat penyakit kanser payudara.
- Ketidaknormalan (abnormalities) dalam pertumbuhan bayi. Salah satu kesan paraben ianya boleh menyebabkan anak anda menjadi obes. Ini disokong oleh kajian terhadap 520 anak yang ibunya telah menggunakan 95% produk yang mengandung paraben selama kehamilan.
- Nutrisi di dalam susu ibu menjadi berkurangan. Susu ibu juga menjadi kurang nilai dari segi khasiat pemakanan. Satu kajian membuktikan bahawa ibu yang sedang menyusu dan menggunakan produk mengandungi paraben sebelum dan semasa kehamilan mempunyai kesan paraben di dalam susu ibu mereka. Sekaligus mempengaruhi kualiti susu tersebut.
Selain itu, paraben juga dapat berada di dalam badan untuk jangka masa yang panjang. Dalam situasi seperti ini, mereka boleh menimbulkan risiko jangka panjang terhadap kesihatan dan kesihatan bayi yang tersayang,
Ini terbukti bahawa paraben adalah tidak selamat untuk anda, terutamanya semasa mengandung dan menyusukan anak. Sekiranya anda ingin mengatasi masalah stretch mark. Adalah sangat disyorkan menggunakan krim stretch mark bebas paraben bagi mengelakkan penggunaan racun berbahaya.
Krim Stretch Mark Bebas Paraben Khas Untuk Anda
Mama’s Choice Stretch Mark Cream merupakan produk yang diyakini halal dan formulasinya bebas daripada sebarang unsur alkohol serta bahan lain yang berbahayakan. Diformulasi daripada inovasi biokimia lipobelle soyaglycone sebagai bahan utama dan ekstrak tumbuhan semulajadi aloe vera yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan rasa kegatalan.
Sememangnya kedua bahan ini dapat menjadikan kulit lebih lembut dan elastik sekaligus memberi keselesaan semasa stretch mark sedang berlaku. Ianya juga kaya dengan manfaat shea butter dan minyak zaitun. Seperti yang anda semua tahu, sumber antioksida sangat membantu melembut serta melembapkan kulit.
Begitu juga dengan kandungan minyak jojoba yang hebat dengan khasiat vitamin E dan kolagen, sekaligus dapat mengawal kerosakan kulit serta mengekalkan kelembapan agar kulit sentiasa lembut untuk selama 48 jam berterusan.
Untuk pengetahuan semua, Celebrity Mama dan pelakon terkenal tanah air, Sari Yanti juga turut mengamalkan penggunaan Mama’s Choice Stretch Mark Cream kami tau! Lihat video di bawah untuk ketahui sebab kenapa Sari Yanti suka sangat dengan krim stretch mark kami dan mungkin anda juga patut mencubanya. 😊
Klik gambar di bawah untuk dapatkan krim stretch mark bebas paraben anda!
Cara penggunaan krim stretch mark bebas paraben
Di bawah adalah cara-cara penggunaan krim stretch mark pilihan anda yang kami syorkan:
- Sapu krim secara lembut di seluruh kawasan perut dan juga bahagian lain yang mempunyai stretch mark pada setiap pagi dan malam. (Sekiranya anda menggunakan krim ini sebagai langkah pencegahan, kami cadangkan untuk anda sapukan juga di bahagian pinggul dan peha.)
- Urut mengikut arah gerakan bulatan bagi membantu melancarkan aliran darah di bahagian yang mempunyai stretch mark.
- Pastikan anda mengurut di bahagian perut dengan lembut dan perlahan-lahan.
- Mulakan penggunaan krim stretch mark dari trimester kedua kehamilan dan teruskan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan selepas bersalin.
Jika anda berminat dan memutuskan untuk memilih krim stretch mark kami, bagus! Anda boleh menghantar mesej kepada kami melalui saluran media sosial atau Shopee dan Lazada kami jika ada sebarang pertanyaan. Anda juga boleh klik disini untuk terus membeli krim stretch mark kami!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3