Search

Mama’s Choice Kini Di Pasaran Malaysia dan ada Hadiah RM3,000 untuk Mama!

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Dari mula kehamilan, saat melahirkan dan membesarkan anak, ibu pasti akan mengambil berat terutama produk penjagaan yang digunakan. Akan tetapi, ibu tidak perlu risau lagi kerana Mama’s Choice kini tiba di Malaysia dan anda boleh dapatkan produk best-sellers kami dengan penghantaran pantas ke seluruh negara!

Kenalkan jenama Mama’s Choice yang kini mula diperkenalkan di Malaysia. Jenama Mama’s Choice menawarkan pelbagai produk penjagaan bayi, kanak-kanak dan kegunaan ibu sendiri yang diyakini halal, selamat dan paling penting rumusannya adalah daripada ramuan semulajadi. 

Untuk pengetahuan semua, Mama’s Choice sememangnya sudah cukup dikenali di negara Asia lain seperti Indonesia, Singapura dan juga Thailand. Ramai ibu-ibu di sana yang sudah menjadi pengguna setia jenama Mama’s Choice. Antara produk yang mendapat permintaan tinggi adalah seperti stretch mark cream dan juga nipple cream. 

Bersempena dengan pengenalan jenama kami di Malaysia, kempen Sharing is Caring turut dilancarkan. Kempen ini memberi peluang kepada ibu dan juga pengguna produk Mama’s Choice untuk memenangi hadiah yang cukup menarik iaitu hadiah utama wang tunai RM3,000!  

Pilihan selamat dan terbaik tentulah produk dari jenama Mama’s Choice 

Tidak dinafikan terdapat begitu banyak produk penjagaan bayi, kanak-kanak dan ibu menyusu di pasaran. Tapi persoalannya, adakah semua produk yang ditawarkan diberi jaminan benar-benar selamat.  

Kebimbangan terhadap ramuan yang digunakan adakalanya tidak sesuai untuk semua jenis kulit bayi, kanak-kanak mahupun ibu sendiri terutama yang sedang menyusukan badan. Ini terutama jika formulasi yang digunakan mempunyai campuran bahan kimia. Ini sangat bahaya! Apatah lagi tentang status ramuan yang digunakan samada ianya halal ataupun sebaliknya. Dan ini boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna. 

Istimewanya produk kami ialah anda tidak perlu risau tentang ramuannya. Ini adalah kerana jenama kami telahpun mendapat kelulusan FDA, diuji secara dermatologi di makmal Singapura dan telah diberikan pensijilan Halal. Jadi, anda tidak perlu rasa was-was menggunakannya samada pada si manja mahupun untuk diri sendiri. 

Antara formulasi di dalam produk penjagaan yang merbahaya  

Tidak semua bahan yang didalam formulasi produk penjagaan diri selamat digunakan. Ini terutama buat ibu yang masih menyusu, bayi serta kanak-kanak. Sangat disarankan untuk ibu sebelum membeli dan menggunakan sesuatu produk, perlulah membaca rumusan ramuan didalamnya 

Antara formulasi yang merbahaya dan perlu dielakkan kegunaannya adalah seperti berikut:-

Paraben  

Paraben adalah bahan pengawet yang banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan kosmetik. Kebiasaannya paraben ditemui dalam syampu, gel mandian, pelembap dan lain-lain. Fungsi utama paraben untuk menjadikan produk ini lebih tahan lama. Namun, tanpa kita sedari paraben boleh memasuki sistem badan melalui kulit dan ini sangat merbahaya. 

Ini kerana kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna. Kajian juga mendapati sekiranya ibu hamil mengambil kadar paraben agak tinggi, mereka berisiko melahirkan bayi pramatang dan bayi yang dilahirkan juga mengalami masalah berat yang sangat rendah serta bersaiz agak terlalu kecil. Jadi kita perlu peka sekiranya didalam formulasi ditulis dengan rumusan seperti Butylparaben, Ethylparaben, Heptylparaben, Methylparaben ataupun Propylparaben maka produk penjagaan diri ini perlulah dielakkan penggunannya. 

SLS 

SLS adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam kebanyakan produk syampu, sabun dan ubat gigi. Ianya berfungsi untuk membantu memudahkan lagi air membersihkan kotoran yang melekat pada kulit. Kebanyakan kotoran tidak boleh sebati dengan air dan agak sukar ditanggalkan. Melalui penggunaan ramuan SLS ianya dapat memerangkap kotoran seterusnya memudahkan proses pencucian. SLS juga kerap digunakan dalam formulasi syampu dan ubat gigi kerana ia membantu menghasilkan buih.  

Hakikatnya jika kandungan SLS terlalu tinggi boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Paling menakutkan ianya juga boleh menyebabkan penyakit kanser kulit untuk jangka masa panjang. Selain itu SLS juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan lebih sensitif. 

Pewangi tiruan 

Terdapat produk penjagaan bayi mempunyai formulasi minyak mineral yang dicampurkan bersama pewangi (fragrance) buatan. Gabungan 2 bahan ini sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan. Produk bayi yang didatangkan bersama haruman perlu diteliti terlebih dahulu.  

Ini kerana haruman wangian ini sebenarnya dimasukkan untuk menutup bauan bahan kimia di dalam produk bayi tersebut. Kebiasaannya wangian ini diperbuat daripada bahan kimia sintetik berasaskan petroleum. Kesan terdedah pada wangian dalam tempoh yang panjang boleh mengganggu pernafasan, sistem saraf dan mata bayi. 

Produk terbaik dan sentiasa menjadi pilihan pengguna dari Mama’s Choice 

Tidak dinafikan kesemua produk didalam rangkaian Mama’s Choice memang terbaik. Selain daripada kualitinya yang hebat, memberi keselesaan dan selamat, produk kami juga ditawarkan pada harga mampu milik. Antara produk yang sentiasa menjadi pilihan pengguna adalah seperti:- 

Stretch Mark Cream  

Krim ini antara yang mendapat permintaan yang cukup tinggi. Ini terutama buat ibu-ibu yang sedang hamil ataupun setelah melahirkan bayi. Cara penggunaannya hanya sapukan krim di bahagian perut dan juga bahagian badan yang sedang meregang.  

Dihasilkan daripada formulasi ekstrak lidah buaya yang ternyata mampu memberi kelegaan terutama pada permukaanm kulit yang sensitif. Selain itu krim ini juga mampu memberi kelegaan sekiranya kita mengalami masalah gatal-gatal di badan. Antara manfaat lain yang diperolehi hasil penggunaan krim ini ialah ianya dapat mengekalkan kelembapan dan memberi kesegaran berpanjangan pada kulit.  

Antara ramuan terbaik lain yang terdapat didalam produk Stretch Mark Cream ini ialah Lipobelle ™ Soyaglycone. Formulasi dari kacang soya ini dihasilkan dari satu inovasi terbaru biokimia. Kebaikannya ianya boleh merawat kulit dengan pelbagai cara. 

Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit, membantu menyembuhkan dan memperbaiki bahagian kulit yang menghadapi masalah akibat kesan regangan. Lipobelle ™ Soyaglycone juga menjadikan kulit kita lebih tebal hingga 12%. Secara tidak lansung ini dapat melindungi kulit kita dari regangan berlebihan terutama pada waktu-waktu hamil dimana perut secara semulajadi akan membesar mengikut saiz janin. 

Selain itu, peranan Lipobelle ™ Soyaglycone adalah untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan kelembapan. Masalah regangan kulit dapat diatasi sepanjang kehamilan dengan menggunakan stretch mark cream daripada Mama’s Choice. Anda boleh dapatkannya DISINI.

Intensive Nipple Cream 

Mama’s Choice Nipple Cream ini diyakini halal, diformulasi dari 100% bahan semulajadi seperti ekstrak daripada buah kurma, minyak kelapa dan shea butter. 

Selain itu, produk ini diformulasi daripada gred makanan menjadikannya selamat digunakan terutama kepada bayi. Sekiranya bayi kita secara tidak sengaja termakan krim ini semasa penyusuan ianya tidak akan mendatangkan kemudaratan. Keberkesanan dan keselamatan formulasi didalam produk Mama’s Choice Nipple Cream telah diuji secara klinikal dan tidak akan mendatangkan kesan iritasi, alahan atau kerengsaan pada kulit. Krim ini juga sangat mudah dibersihkan. 

Mouthwash & Toothpaste 

Wanita hamil seharusnya mengambil berat terutama dari segi penjagaan oral. Mulut berbau, masalah gusi dan gigi boleh diatasi jika kita melakukan penjagaan yang betul. 

Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste dan juga Mama’s Choice Natural Mouthwash diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti allantoin pudina, klorofil dan miswak. Dengan ramuan formulasi yang cukup lembut, bebas fluorida dan tanpa bahan kimia berbahaya menjadikan penjagaan oral dapat lakukan pada tahap yang terbaik.  

Selain daripada produk penjagaan diri, kami juga ada menawarkan produk penjagaan badan terutama buat ibu selepas bersalin. Antaranya seperti seluar Active Wear Pregnancy Leggings, Postpartum Adjustable Corset dan Body Shaper Breathable Corset.  

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan produk-produk Mama’s Choice, boleh dapatkannya daripada platform atas talian seperti di web rasmi Mama’s Choice, Shopee dan Lazada atau klik gambar dibawah sekarang!

Kempen Mama’s Choice Sharing is Caring 

Jom sertai kempen Sharing is Caring yang bermula dari 12 Julai 2021 sehingga 31 Ogos 2021 ini. Di mana peserta yang menyertai kempen ini berpeluang merebut hadiah utama yang ditawarkan iaitu wang tunai sebanyak RM3,000. 

Kempen ini terbuka untuk semua penduduk di Malaysia. Untuk peserta yang berusia di bawah 18 tahun pada 12 Julai 2021 perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga yang sah bagi menyertai kempen ini. 

Cara penyertaan sangat mudah, boleh rujuk pada pautan ini. 

Excited tak, mama? Jom sertai kempen Sharing is Caring hari ini juga! Untuk maklumat lebih lanjut dan ingin mendaftar, boleh klik gambar dibawah ya, mama! Jangan lupa untuk ikuti laman sosial kami di Facebook dan Instagram bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kempen.  

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now