Search

10 Tips Penting untuk Atasi Masalah Gigi Sensitif Semasa Hamil

Tidak dinafikan sepanjang kehamilan akan berlaku banyak perubahan pada badan anda. Berat badan semakin bertambah, ada juga mengalami bengkak di bahagian kaki dan pelbagai lagi. Terdapat juga ibu yang mengalami masalah gigi sensitif semasa hamil. Kebiasaannya, ibu akan mula merasai keadaan gigi tidak selesa terutama ketika menikmati makanan manis atau minuman sejuk. 

Punca Berlakunya Masalah Gigi Sensitif Semasa Hamil

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit gigi semasa mengandung.

Perubahan Hormon

Sakit gigi boleh disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku semasa kehamilan. Hormon yang meningkat semasa kehamilan juga menyebabkan aliran darah ke gusi meningkat. Akibatnya, gusi anda menjadi lebih sensitif dan terdedah kepada keradangan.

Selain itu, perubahan hormon ini juga menghalang tindak balas normal tubuh terhadap bakteria yang menyebabkan jangkitan gusi (periodontal). Ini menjadikan plak lebih mudah terkumpul pada gigi yang boleh menyebabkan masalah radang gusi. Risiko anda menghidap radang gusi biasanya meningkat apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua.

Muntah

Wanita hamil biasanya akan mengalami muntah-muntah disebabkan oleh morning sickness menyebabkan asid perut naik ke mulut. Keadaan ini secara beransur-ansur dapat mengikis enamel gigi dan seterusnya menyebabkan gigi menjadi lebih sensitif. Muntah yang kerap semasa mengandung juga dapat meningkatkan risiko berlakunya gigi berlubang.

Cara Atasi Masalah Gigi Sensitif Semasa Hamil

Kunci utama untuk menangani gigi sensitif wanita hamil adalah penjagaan kesihatan gigi dan mulut. Ini dapat dilakukan dengan beberapa cara mudah, antaranya seperti:-

1. Sentiasa Gosok Gigi

Non-fluoride toothpaste | maternity toothpaste

Bagi mengatasi masalah gigi sensitif caranya memang mudah, apa yang penting kita perlu secara konsisten menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari pada waktu pagi dan juga malam. Pastikan anda menggunakan ubat gigi yang direka khas untuk gigi sensitif.

Kebiasaannya, kita boleh guna ubat gigi khusus untuk gigi sensitif yang tidak mengandungi fluorida dan mineral tinggi. Ianya sangat baik untuk kesihatan gigi anda. Sekiranya digunakan dengan betul bersama dengan berus gigi yang sesuai untuk ibu yang mengalami gigi sensitif secara tidak langsung dapat melegakan rasa sakit gigi.

Gosok gigi dengan menggunakan ubat gigi daripada Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste pada setiap pagi dan petang/malam atau selepas setiap kali makan. Gunakan berus gigi yang berbulu lembut. Gosok dengan lembut gigi dengan gerakan bulat. Ini dilakukan untuk memastikan tiada sisa makanan di antara gigi dan juga dapat membantu mengurangkan rasa kesakitan gigi sensitif.

2. Pilihan Formulasi Ubat Gigi Yang Terbaik

Sebenarnya, adalah sangat penting untuk anda ketahui formulasi atau bahan yang terkandung di dalam ubat gigi yang digunakan. Ini bagi memastikan bahan yang digunakan adalah sesuai dan benar-benar selamat untuk wanita hamil dan sekaligus dapat membantu mengurangkan rasa kesakitan disebabkan gigi yang sensitif.

Contoh ubat gigi yang sangat disyorkan ialah Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti Allantoin yang bersifat anti-radang semulajadi yang mampu melegakan kerengsaan dan membantu melindungi gigi daripada hakisan asid. Begitu juga daun pudina yang memberi rasa pudina semulajadi sekaligus membuatkan nafas menjadi segar dan bersih sepanjang hari.

Terdapat juga bahan Klorofil yang cukup terkenal dengan sifat penghilang bau, mengurangkan bau mulut dan mencegah pembentukan plak. Dan akhir sekali adalah Miswak yang dapat bertindak sebagai agen antibakteria dan dapat menghalang pertumbuhan bakteria mulut yang berbahaya serta menguatkan enamel gigi yang lemah.

3. Jangan Gosok Gigi Terlalu Kuat/Kasar

Satu soalan yang menarik untuk ditanyakan di sini. Adakah anda kerap menggosok gigi dengan kuat dengan harapan semua kotoran yang tersekat pada gigi akan hilang? Sekiranya ada, jangan teruskan cara menggosok gigi seperti ini.

Untuk pengetahuan semua, menggosok gigi terlalu kuat dan kasar sebenarnya tidak akan menjadikan gigi anda lebih bersih. Bahkan, sebenarnya boleh mengikis lagi enamel gigi. Peranan enamel sendiri adalah sebagai lapisan keras untuk melindungi gigi. Daripada harapan asal untuk menjadikan gigi bersih dan sihat tetapi apabila enamel yang terhakis sebenarnya boleh menyebabkan gigi sensitif.

Bagi mengatasi lagi masalah gigi sensitif, untuk wanita hamil pastikan anda menggunakan berus gigi yang lembut. Selain itu, anda juga perlu melakukan teknik memberus gigi yang betul.

4. Minum Banyak Air Putih

Seringkali kita meremehkan dan mengabaikan pengambilan air putih kerana dianggap tidak penting. Hakikatnya, air putih atau air masak merupakan minuman terbaik untuk membantu menjaga kesihatan keseluruhan badan anda. Ini termasuklah untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut anda. Pastikan anda mengambil air putih setiap hari dengan kuantiti yang mencukupi. Elakkan mengambil minuman bergula dan pilih air mineral atau air putih biasa.

5. Jangan Ambil Makanan Manis dan Masam Secara Berlebihan

Sepanjang tempoh kehamilan, digalakkan untuk mengurangkan ataupun jangan ambil langsung makanan yang mempunyai rasa manis dan masam yang berlebihan. Adalah lebih baik, tahan sebentar nafsu untuk menikmati makanan seperti ini. Apabila anda menikmati makanan manis dan masam sebenarnya boleh menjadikan gigi anda menjadi lebih sensitif. Ini terutama apabila berlakunya masalah karies gigi.

6. Elakkan Nikmati Makanan Atau Minuman Yang Berasid

Contoh minuman berasid yang boleh dielakkan oleh ibu hamil adalah seperti jus lemon, air oren dan minuman berkarbonat yang bersifat ‘tajam’. Kandungan minuman berasid ini akan memberikan kesan terhadap kesihatan enamel gigi anda. Cuba imbangi makanan berasid dengan makanan beralkali dalam jumlah yang seimbang bagi membantu meneutralkan keasidan makanan ini sekaligus dapat menjaga gigi anda supaya lebih sihat. Makanan bersumber alkali ini banyak didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, daging, keju, telur dan makanan bergandum seperti nasi.

Selain itu, setiap kali anda menikmati makanan atau minuman berasid, pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya selepas 30 minit (bagi mengelakkan hakisan asid). Kandungan asid dalam makanan ini apabila diberus terus akan memberikan kesan kepada enamel gigi yang boleh menyebabkan timbulnya segala gigi sensitif.

7. Gunakan Ubat Kumur Mulut

Rinse with mouthwash after morning sickness episode

Ramai ramai pakar pergigian percaya bahawa membersihkan gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida dapat memberi perlindungan gigi untuk tempoh masa yang panjang. Akan tetapi jika gigi anda terdedah kepada penyakit gigi sensitif seperti kaviti, anda boleh menggunakan cecair kumur mulut berfluorida sebagai tambahan setiap kali selepas anda memberus gigi.

Mencuci mulut dengan cecair florida dapat melindungi bahagian dalaman gigi dan gusi secara keseluruhan terutama di bahagian-bahagian yang sukar dibersihkan melalui penggunaan berus gigi sahaja. Cecair kumur berflorida ini kita boleh ibaratkan sebagai suplemen tambahan kepada ubat gigi berflorida yang anda gunakan setiap hari. Ia mampu melindungi enamel gigi anda dari bahan asid dalam makanan.

Untuk ibu yang hamil adalah disaran menggunakan Mama’s Choice Natural Mouthwash. Produk penjagaan kebersihan oral yang bukan sahaja dapat mengatasi masalah bau mulut bahkan ianya dapat menjaga gigi dan mengurangkan gejala rasa mual terutama di waktu pagi.

Antara bahan semulajadi utama yang digunakan didalam Mama’s Choice Natural Mouthwash adalah seperti daun pudina yang dapat mengurangkan gejala mual serta memberi nafas segar. Begitu juga kandungan klorofil yang dapat membunuh bakteria yang membawa kepada pembentukan plak. Dan paling penting mempunyai allantoin yang dapat membantu menjaga gusi agar lebih sihat, mencegah radang gusi dan radang mulut.

Mama’s Choice Natural Mouthwash juga adalah produk penjagaan oral yang halal, bebas bahan seperti alkohol, SLS, paraben, florida dan triclosan. Selain itu, ianya tiada pewarna serta perasa tiruan

Namun begitu, bagi gigi sensitif yang berpunca dari masalah serius seperti gingivitis dan penyakit gusi, anda perlu mendapatkan rawatan lanjut di klinik pergigian.

8. Elakkan Menggunakan Teknik Pemutihan Gigi

Tidak dinafikan ramai juga yang melalui pemutihan gigi atau tooth bleaching menghadapi masalah gigi sensitif untuk tempoh tertentu. Ia dikatakan berpunca dari bahan agen pemutih yang digunakan dalam teknik pemutihan gigi berasaskan bahan peroksida. Bahan ini akan bertindak menghilangkan kesan kotoran dan menghilangkan warna kuning atau karat pada gigi secara dalaman dan luaran. Rasa sensitif pada gigi ini biasanya dirasai dalam beberapa tempoh selepas rawatan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga teknik pemutihan gigi yang tidak menggunakan agen pemutihan gigi ini secara dalaman. Ia bertindak dengan hanya membersih bahagian luaran tanpa menyentuh bahagian dalaman gigi.

Untuk masalah ini, anda perlu merujuk kepada doktor gigi terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk melalui rawatan pemutihan gigi.

9. Penggunaan Alat Perlindungan Gigi

Penggunaan alat perlindungan gigi boleh dipertimbangkan untuk mengatasi masalah gigi sensitif. Ini terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah mengisar atau sering mengetap gigi semasa tidur. Untuk lebih selamat, sebaiknya anda mendapatkan perlindungan gigi atau mouth guard daripada klinik gigi dan elakkan daripada membelinya secara atas talian. Doktor gigi akan memberikan saiz alat perlindungan gigi yang padan mengikut saiz mulut dan gigi anda.

Ketap gigi juga sering dikaitkan dengan masalah emosi atau tekanan yang tidak stabil. Oleh itu bagi mereka yang mengalami tanda stres yang jelas, anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pemulihan emosi bagi mengelakkan masalah ini berlarutan.

10. Pemeriksaan Rutin Bersama Doktor Gigi

Masalah mulut dan gigi semasa kehamilan tidak boleh dipandang ringan. Sekiranya dibiarkan berlanjutan, sakit gigi disebabkan oleh gigi sensitif wanita hamil boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang tidak hanya akan mempengaruhi ibu, tetapi juga janin di rahim.

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini, tindakan yang terbaik adalah secara rutin menemui doktor gigi. Sekiranya ada masalah, doktor boleh segera memulakan rawatan.

Masalah gigi sensitif boleh jadi juga salah satu petanda kepada penyakit gusi dan gigi yang serius seperti gigi rapuh, tampalan pecah, penyakit gusi dan akar yang terdedah. Oleh itu, pada ibu yang mengalami tanda-tanda gigi sensitif perlu segera merujuk ke klinik pergigian dan mendapatkan rawatan secara berjadual sehingga masalah ini benar-benar dapat diatasi. Jangan lupa dapatkan ubat gigi dari Mama’s Choice di laman Shopee dan Lazada kami, ya!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now