Search

Cara Atasi Masalah Kurang Tidur Ketika Menyusu Badan

Menyusukan badan sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dari seorang ibu. Terutama sekali buat ibu yang bayinya kerap menyusu tidak kira masa. Sampai pada satu masa, ibu menghadapi masalah kurang tidur dan penat yang keterlaluan. Daripada siang ke malam dan ianya terus berterusan sehingga 6 bulan lamanya untuk penyusuan secara esklusif. Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana ibu boleh atasi masalah kurang tidur ketika menyusu badan ini.

Selalunya, bayi yang baru lahir mempunyai kekerapan penyusuan pada setiap 2 hingga 3 jam sekali. Keadaan ini sememangnya mengganggu waktu tidur si ibu. Jika berterusan ianya boleh menyebabkan emosi ibu akan terganggu. Kesannya, ibu juga boleh mengalami baby blues syndrome.

Cara Atasi Masalah Kurang Tidur Ketika Menyusu Badan

Berikut adalah tips yang boleh ibu amalkan dalam mengatasi masalah kurang tidur ketika penyusuan bayi.

1. Cari Masa Untuk Berehat

Untuk pengetahuan semua, sifat susu ibu itu sendiri sebenarnya cepat hadam. Ini menyebabkan bayi akan cepat lapar dan akan kerap menyusu. Begitu juga dengan bayi yang tidak puas menyusu mungkin disebabkan oleh susu ibu yang agak cair dan mengambil masa yang lama untuk kenyang. Ini boleh terjadi kerana diet pemakanan ibu itu sendiri. Dan hal ini akan menyebabkan ibu lebih kerap menyusukan bayi dan seterusnya menyebabkan ibu tidak cukup rehat.

Jadi ibu, cuba cari masa untuk berehat. Di sini apa yang kita perlukan adalah rehat yang berkualiti. Jangan membaca atau melihat skrin telefon. Tetapi, mungkin dengan berbaring sambil mendengar muzik yang digemari.

2. Perlu Sokongan dan Bantuan Dari Suami

Minta sokongan daripada suami dari segi pengambilan tugas menjaga bayi seketika. Ini terutamanya ketika bayi sedang meragam ataupun tidak tidur dan perlu ditemankan.

Apabila suami mengambil alih menjaga anak, ianya secara tidak langsung mengeratkan ikatan hubungan antara ayah dan anak. Pastinya akan meninggalkan momen istimewa yang tidak akan dapat dilupakan. Ya, ayah jom berperanan bersama menjaga bayi 😊

3. Kurangkan Pengambilan Minuman Berkafein

Ibu adakalanya memilih untuk menikmati minuman berkafein seperti kopi kerana mahu sentiasa cergas dan bersemangat. Apa lagi apabila ibu berasa letih, memang beliau akan ingin menikmati kopi. Tapi tahukah ibu sekiranya kopi diminum secara berlebihan, bayi boleh mengalami gangguan ketidakselesaan seperti mudah gelisah, susah tidur, sembelit dan colic sehingga membuat bayi kerap meragam. Ini kerana menurut kajian, apabila ibu meminum kopi, kafein yang terkandung di dalam darah akan tercampur dengan susu ibu. Secara tidak langsung, bayi akan turut mendapatkan kafein dari ibunya yang minum kopi.

Merujuk kepada artikel dari BabyCenter, ibu yang menyusu boleh menikmati kopi dengan syarat tidak lebih daripada 300 mg sehari (iaitu lebih kurang 2 cawan) agar tidak memberi kesan kepada bayi. Namun perlu diingat, kafein bukan hanya terdapat pada kopi bahkan minuman seperti teh, coklat, minuman tenaga dan minuman bersoda juga mempunyai kafein tau.

Jadi ibu, adalah sebaiknya elakkan mengambil minuman berkafein dan mungkin lebih baik hanya mengambil susu. Ini kerana minuman susu adalah lebih baik untuk tubuh badan ibu dan juga bayi.

4. Tidur Bersama Bayi

Ibu adakalanya perlu berjaga malam untuk menyusukan anak. Selain tidak cukup rehat, ibu menyusu juga kurang tidur. Bayi akan kerap terjaga malam mahukan susu. Kadang-kadang 5 atau 6 kali bayi akan terjaga daripada malam sehingga ke pagi. Maka 5 atau 6 kali jugalah ibu akan bangun untuk menyusukan bayi. Ini menjadikan ibu berasa letih.

Jadi disarankan ibu mengambil peluang tidur jika bayi sedang tidur dan bangun semula apabila bayi bangun. Sekurang-kurangnya, ibu juga dapat tidur dengan tenang.

5. Sertai Kumpulan Sokongan (support group) Bersama Ibu Yang Lain

Ibu-ibu digalakkan untuk menyertai mana-mana kumpulan sokongan seperti daripada facebook serta platform dunia keibubapaan yang dapat banyak memberi manfaat. Contohnya seperti aplikasi TheAsianParent yang ada membincangkan isu-isu yang sering dialami oleh ibu-ibu semasa kehamilan, kelahiran dan juga penyusuan.

Melalui perkongsian dan tips diberikan oleh ibu yang lain dapat membantu ibu yang mengalami masalah kurang tidur dan sebagainya. Perbincangan ini juga bagus untuk emosi kerana ibu dapat meluahkan apa yang dirasai dan mungkin hanya boleh difahami oleh ibu yang mengalami masalah yang sama.

6. Mandi Dengan Air Suam

Ibu digalakkan mandi dengan air suam (tidak terlalu panas). Ini kerana siraman air suam boleh membuat ibu berasa sedikit relaks dan juga membantu peredaran darah.

Dalam artikel hellodoktor.com menyatakan bahawa organisasi seperti National Heart, Lung and Blood Institute ada mengesyorkan untuk mandi air panas atau suam sebelum tidur bagi memperbaiki kualiti tidur. Sememangnya air panas membantu memperbaiki kualiti tidur disebabkan oleh gabungan antara bagaimana tubuh badan menjadi relaks semasa mandi dan penurunan suhu badan selepas mandi.

7. Urutan Menggunakan Minyak Yang Boleh Memberi Rasa Relaks

Urutan terbaik adalah dengan menggunakan minyak yang sesuai seperti Mama’s Choice Relaxing Massage Oil. Minyak urut dari jenama Mama’s Choice ini dapat membantu mengurangkan ketegangan dan dapat memberi rasa ketenangan. Produk ini menggunakan formulasi bahan semula jadi bukan sahaja selamat, bahkan ianya bagus untuk terapi dan juga dapat melembutkan kulit badan.

Campuran minyak pati semula jadi yang digunakan dapat meningkatkan mood yang baik serta membantu melancarkan peredaran darah. Mama’s Choice Relaxing Massage Oil ini sangat sesuai digunakan untuk urutan sebelum tidur sekaligus menjadikan tidur lebih berkualiti.

Antara ramuan utama didalam Mama’s Choice Relaxing Massage Oil adalah:-

Lavender – Ramuan herba semula jadi yang terkenal dengan agen yang dapat membantu menghilangkan rasa tekanan dan kegelisahan serta mengurangkan ketegangan dan mengurangkan sakit belakang.

Minyak limau gedang (Grapefruit) – Buah sitrus yang mempunyai aroma segar, manis dan menyegarkan sekaligus membantu meningkatkan mood dan tenaga.

Minyak Oren – Pelembap semula jadi yang bagus untuk mereka yang berkulit kering. Kaya dengan khasiat dan boleh menenangkan.

Cara kegunaan:

Sapukan sedikit pada tapak tangan. Mengurut dengan lembut dikawasan badan yang dikehendaki. Untuk kesan yang optimum, gunakan sebelum tidur atau pada bila-bila masa sahaja. Ini terutamanya jika ingin dapatkan kualiti rehat dan juga menghilangkan rasa stress (tekanan). Bagi kegunaan dalam urutan pranatal, boleh sapukan hanya selepas trimester pertama dan sebelum bulan terakhir kehamilan. Jadikan sebahagian daripada rutin petang harian anda.

Minyak ini juga boleh dititiskan ke dalam diffuser anda jika anda ingin memanjakan diri dengan rawatan aromaterapi lavender yang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak dan tenang.

Boleh dapatkan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil di Shopee dan Lazada.

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now