Search

Menyusu Di Tempat Awam: 5 Tips Buat Ibu Menyusu

Ibu-ibu tidak sepatutnya berasa malu untuk menyusu di tempat awam. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah ibu, terutamanya mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama, ia boleh menjadi pengalaman yang mencabar.

Penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang boleh dilakukan secara semulajadi tanpa halangan. Ini adalah perkara yang luar biasa sebenarnya, di mana anda boleh memberi susu badan kepada bayi anda pada bila-bila masa dan di mana jua. 

Walaupun menyusu di tempat awam itu adalah perkara biasa dan diterima oleh semua orang, namun tidak semua ibu begitu yakin untuk menyusukan anak di kawasan terbuka. Apatah lagi ketika bayi sedang menangis kerana kelaparan meminta untuk disusukan. Ada yang mengatakan mereka agak segan untuk mendedahkan diri mereka dan ada juga yang bimbang jika mereka akan mengganggu orang di sekeliling yang tidak dikenali.

Tidak kira apa sahaja kebimbangan yang mengganggu dalam fikiran anda, disini kami kongsikan cara yang mudah tetapi berkesan dalam membantu anda menyusu tanpa rasa bimbang. 

5 Tips Untuk Bantu Anda Menyusu Di Tempat Awam Tanpa Risau

menyusu di tempat awam

1. Gunakan Nursing Cover

Salah satu cara paling mudah untuk menyusu di tempat awam tanpa rasa tertekan atau malu adalah dengan memakai ‘nursing cover’ (kain penutup ketika penyusuan). Ada banyak pilihan jenis nursing cover. Apa yang anda perlukan sebenarnya adalah memilih gaya yang sesuai untuk anda. 

Apakah perbezaan diantara nursing cover yang ada di pasaran? 

  1. Nursing Apron. Dengan penutup penyusuan gaya apron, anda hanya mengikat atau menariknya ke atas kepala anda dan membenarkannya menutupi bayi anda yang sedang menyusu. Nursing Apron jenis ini biasanya lebih berstruktur dan dilengkapi dengan garis leher terbuka yang membolehkan anda mengintai bayi anda ketika beliau sedang menyusu.
  2. Nursing Poncho. Jenis Nursing Poncho ini serupa dengan apron. Jadi, anda hanya sarungkan ke atas kepala. Apa yang membezakannya ialah ianya dapat memberi liputan penuh ketika penyusuan. Jika anda bimbang terdedah ketika menyusu, Nursing Poncho ini adalah pilihan yang terbaik.
  3. Nursing Scarf. Ciri Nursing Scarf ini sering dikatakan paling terbaik. Ini kerana ciri rekaannya yang serba boleh. Lebih menarik lagi, ia boleh dipakai seperti selendang biasa jadi anda tidak perlu menyimpannya di dalam beg lampin anda. Dengan selendang penyusuan, anda hanya menariknya ke atas bayi dengan hanya menyarungkannya di bahu anda.
  4. Nursing Shawl. Sama seperti selendang, Nursing Shawl jenis ini disarung secara longgar pada bahu anda dan ianya dilengkapi dengan butang bagi memudahkan dalam proses penyusuan.

2. Gunakan pakaian berlapis atau nursing top 

Dalam iklim tropika seperti Malaysia, nursing cover mungkin bukan idea yang sangat praktikal buat sesetengah ibu. Jika anda menyusu di luar atau di bawah terikan matahari, anda mungkin akan rasa bimbang bayi berasa panas kerana berada di dalam nursing cover

Dalam kes ini, anda juga boleh memakai pakaian penyusuan yang didatangkan dengan rekaan punyai belahan kecil di bahagian hadapan pakaian. Di mana anda membukanya apabila perlu (sebagai akses) ketika hendak menyusukan bayi. Jika anda bimbang ianya mudah terdedah, anda boleh pertimbangkan untuk memakai pakaian berlapis. 

Mereka yang mempunyai pengalaman menjadi ibu pasti akan mengesyorkan memakai pakaian seperi ini. Di mana baju menyusu di bawah lapisan baju yang lain. Dengan cara ini, anda boleh menarik baju luar ke atas dan menurunkan bahagian dalam apabila bayi anda bersedia untuk disusukan. 

3. Berlatih di rumah

Seperti kata pepatah lama, ‘practice makes perfect’. Tidak semua bayi suka berada di bawah nursing cover. Jadi, jika dapat kita biasakan menyusu anak menggunakan nursing cover biarpun di rumah ianya boleh melatih anak menyusu dalam keadaan bertutup. Begitu juga dengan anda akan berasa lebih selesa dan yakin untuk menyusu di tempat awam. 

4. Cari tempat penyusuan yang sesuai atau pilih tempat yang selesa 

menyusu di tempat awam

Menyusu badan adalah mengenai diri anda dan bayi anda sahaja. Jika boleh, carilah tempat yang sesuai bagi membolehkan anda menyusu dengan rasa selesa dan bebas. Kebanyakan tempat tertutup seperti pusat beli belah mempunyai bilik menyusu atau ruang istirahat keluarga yang boleh anda gunakan sebagai tempat menyusu sehinggalah tiba masanya anda sendiri sudah mendapat keyakinan untuk menyusu secara terbuka. 

5. Ketahui bahawa anda tidak melakukan sesuatu yang salah 

Kita sebenarnya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tetapi apabila anda tahu hak anda, anda tidak perlu risau. Selain itu, tiada undang-undang yang melarang menyusu bayi di tempat awam atau di khalayak ramai. Apabila anda dibekalkan dengan pengetahuan sedemikian, anda pasti akan berasa lebih yakin dengan apa yang anda lakukan dan ianya sebenarnya satu perkara yang semula jadi! 

Nursing Cover Terbaik Untuk Menyusu Di Tempat Awam 

menyusu di tempat awam produk
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover | HANYA RM47.90 RM37.90

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan menyusu di tempat awam? Pastikan anda bersedia dengan nursing cover yang terbaik. Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover  telah direka untuk memudahkan penjagaan anak anda semasa dalam perjalanan. 

Untuk memastikan keselesaan buat anda dan si manja, Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover  telah dihasilkan menggunakan Spandex Rayon yang ringan, halus dan boleh menyerap lembapan daripada kapas. Walaupun ia bukan apron, namun ianya mempunyai sifat renggangan bagi membolehkan anda mengintip bayi semasa anda menyusukannya. 

Mama’s Choice Multipurpose Nursing Cover didatangkan dalam dua rekaan yang ringkas bagi membolehkan ibu memakainya dengan apa sahaja pakaian yang terdapat di dalam almari mereka. Tetapi anda tahu apa yang lebih baik? Ianya direka dengan pelbagai fungsi! Anda boleh menggunakannya dengan mudah sebagai sarung kepada kereta sorong (stroller), selimut, tikar mainan sementara, selendang dan sebagainya. 

Klik banner di bawah untuk mendapatkan Multipurpose Nursing Cover kami atau anda juga boleh mendapatkannya di laman web rasmi kami dan Lazada.

menyusu di tempat awam CTA

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now