Search

Mineral vs Kimia: Sunscreen yang Mana Paling Selamat untuk Ibu Hamil?

Anda pasti tertanya-tanya apakah jenis sunscreen paling selamat sewaktu kehamilan? Teruskan membaca artikel ini dan ketahui sunscreen mana yang paling selamat untuk ibu hamil – sunscreen mineral atau sunscreen kimia.

Anda mungkin pernah mendengarnya seribu kali—dari selebriti dan pakar dermatologi begitu juga dari ibu dan influencer kegemaran anda—sentiasa pakai sunscreen. Dan semasa anda hamil, peringatan penjagaan kulit ini masih sama pentingnya untuk melindungi kulit anda dari penuaan, kedutan, bintik-bintik gelap dan semua jenis masalah yang berkait dengan kanser kulit.

Namun, sedikit perbezaan ketika anda sedang hamil. Kini anda perlu meneliti setiap ramuan yang dimasukkan ke dalam produk penjagaan kulit anda, termasuklah sunscreen.

Nanti dulu! Tidak semua sunscreen sama? Ya! Memang tidak sama. Umumnya terdapat dua jenis pelindung matahari dan hanya satu yang selamat digunakan semasa tempoh kehamilan. Mari kita lihat apakah jenis dua sunscreen tersebut.

Dua Jenis Sunscreen

Sunscreen yang mengandungi bahan kimia seperti oxybenzone, avobenzone atau octinoxate adalah salah satu sunscreen yang paling biasa kita temui di pasaran. Sunscreen jenis ini berfungsi dengan menyerap sinar UV dan menukarkanya kepada kepanasan sebelum dilepaskan dari badan.

“Walaupun sunscreen kimia lebih mudah disebarkan dan memerlukan penggunaan sedikit sahaja amaun produk. Tetapi anda sebenarnya perlu menunggu 20-30 minit sebelum ia benar-benar berkesan”

Satu kajian telah dijalankan baru-baru ini mengenai kesan sunscreen kimia pada kehamilan menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang jarang berlaku, terutama apabila penggunaan bermula pada trimester pertama. Selain itu, sunscreen kimia juga dikenalpasti boleh menyebabkan masalah kerengsaan kulit. Oleh itu, para ibu sekalian perlu diingatkan bahawa sunscreen kimia biasanya tidak digalakkan untuk wanita hamil dan sedang menyusukan bayi, begitu juga kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Sementara itu, sunscreen mineral atau lebih dikenali sebagai sunscreen fizikal berfungsi dengan menyekat sinaran dari atas kulit. Ianya seperti memberi lapisan pada kulit dan menjadikannya perlindungan lebih tebal.

sunscreen mineral menggunakan mineral seperti titanium dioksida dan zink oksida untuk melindungi kulit dari sinaran UV – kedua-duanya selamat bukan hanya untuk wanita hamil dan menyusu, tetapi juga untuk kanak-kanak!”

Berbeza dengan sunscreen kimia yang menyerap sinar UV, sunscreen mineral memantulkan sinar UV sebelum mereka menyentuh kulit. Ibarat seperti mempunyai tentera kecil di kulit anda, menjaga dari sinar UV yang berbahaya. Agak menarik, bukan? Tetapi lebih baik lagi dengan sunscreen mineral kerana ia akan berfungsi sebaik sahaja anda menggunakannya.

Apa yang Perlu Diperhatikan dalam Sunscreen Mineral & Beberapa Petua Lain

Jelas di sini bahawa sunscreen mineral adalah pilihan paling selamat untuk wanita hamil. Berikut adalah beberapa info penting yang perlu dicari didalam sunscreen mineral:

  • Sunscreen spektrum yang luas. Ini bermaksud sunscreen memberikan perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB.
  • Sekurang-kurangnya SPF15. Jika anda adakalanya akan terkena cahaya matahari dan mencari sunscreen untuk penggunaan harian, SPF15 sudah memberikan perlindungan yang mencukupi. Tetapi jika anda akan melakukan aktiviti luar di bawah terik matahari, SPF 30 atau lebih tinggi adalah pilihan terbaik anda.
  • Tanpa wangian. Ketika hamil kulit menjadi lebih sensitif jadi cubalah elak menggunakan wangian yang boleh menyebabkan kegatalan.

Walaupun sunscreen mineral yang baik pasti membantu anda agar selamat di bawah sinaran matahari. Namun, anda boleh amalkan petua ini untuk lebih jaminan:

  • Sapukan sunscreen walaupun hari tidak panas (mendung)
  • Elakkan pendedahan cahaya matahari antara 10 pagi hingga 4 petang (ketika sinaran UV paling kuat)
  • Pakai pakaian pelindung matahari
  • Elakkan penggunaan tanning bed

Memberi kelembapan dan Perlindungan Matahari Dengan Satu Cara

Walaupun beberapa pendedahan cahaya matahari baik untuk tubuh (ia adalah sumber vitamin D semulajadi yang sangat baik), sunscreen tetap penting untuk melindungi kulit kita! Tetapi adakah anda lebih suka menggunakan pelbagai jenis produk dalam satu masa? Atau mungkin anda boleh melupakan satu langkah tambahan dalam rutin penjagaan kulit anda?

Ini melalui penggunaan pelembap wajah yang berfungsi dua kali ganda sebagai sunscreeni yang sememangnya anda perlukan. Seperti mana yang ditawarkan oleh produk Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer.

Pelembap dan sunscreen dalam satu. Mampu melembapkan wajah kita dan mengelakkan kulit wajah menjadi kering. Selain daripada berfungsi sebagai pelembap yang terbaik, ia juga menawarkan perlindungan matahari yang selamat dan berkesan melalui sunscreen mineral yang selamat.

Bebas dari bahan kimia berbahaya dan kaya dengan bahan semula jadi untuk memberi anda kulit yang lebih licin dan berseri-seri. Mama’s Choice Daily Protection Moisturizer juga membantu anda mempermudahkan lagi rutin penjagaan kulit harian dan juga mengurangkan rasa kerisauan terhadap kesan kerosakan wajah akibat terlalu banyak pendedahan cahaya matahari. Mama boleh dapatkan pelembab muka Mama’s Choice di Shopee dan Lazada, ya.

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now