Search

Minyak Urut Terbaik Untuk Ibu Hamil: Mama’s Choice Relaxing Massage Oil

Inilah cara kami menghasilkan minyak urut terbaik untuk ibu hamil yang 100% semula jadi, selamat dan berkesan.

Sifat keibuan sungguh luar biasa. Tiada lebih indah perasaannya seperti membesarkan anak. Tetapi kadang-kala, ia boleh menjadi tuntutan tanggungjawab yang agak serius. Morning sickness, tekanan dan sakit belakang adalah antara kesukaran yang kita perlu hadapi sebagai ibu.

Itulah sebabnya kami berusaha untuk memperkenalkan minyak urut yang dapat membantu ibu! Kami tidak sabar untuk berkongsi ramuan di dalamnya, serta bagaimana kami menghasilkannya. 🙂

Mari mulakan dengan ramuan di dalamnya – sebab utama mengapa ramai orang yang telah menggunakannya memberitahu bahawa mereka menyukai aroma minyak urut kami.

Mengapa Kami Memilih Setiap Ramuan Ini?

minyak urut terbaik untuk ibu hamil

Jangan risau, ini tidak memerlukan senarai yang panjang. Hanya terdiri daripada 6 bahan semula jadi yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan minyak urut terbaik untuk ibu hamil!

Lavender

Lavender merupakan bahan asas minyak urut yang sangat hebat.

Ia sangat wangi dan juga terkenal dengan ramuan terapi yang dapat membantu menghilangkan tekanan dan kegelisahan, mengurangkan ketegangan serta mengurangkan sakit belakang.

Minyak oren

Minyak dari buah oren adalah pelembap semula jadi, terkenal dengan khasiat sebagai pelembap dan dapat melembutkan kulit kering.

Kami menggemari ramuan ini kerana ianya hebat dan dapat membantu anda melegakan rasa Morning sickness! Sekiranya anda berasa mual, masukkan beberapa titis minyak urut kami ke dalam diffuser dan anda boleh berehat sambil menikmati aromanya.

Tip: Sekiranya anda berada di trimester pertama, ada baiknya anda menyimpan makanan dan produk yang berkaitan dengan sitrus. Produk ini banyak membantu!

Minyak limau gedang

Limau gedang ataupun grapefruit adalah buah sitrus yang mempunyai aroma segar, manis dan menyegarkan.

Sangat bagus untuk meningkatkan mood dan tenaga anda, terutamanya pada hari-hari ketika anda merasa sedikit letih. Ia sangat bagus apabila digabungkan bersama dengan minyak oren dan juga membantu menghilangkan rasa mual pada waktu pagi.

Minyak kelapa

Minyak kelapa menghidratkan kulit anda sekaligus menjadikannya bersinar! Sebagai emolien semula jadi, minyak kelapa mampu melembapkan dan menegangkan kulit kering.

Anda boleh menggunakan minyak urut kami apabila anda ingin memanjakan diri anda sedikit. 🙂

Minyak zaitun

Agen klasik antioksida, minyak zaitun membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan yang membawa kepada tanda-tanda penuaan.

Mempunyai sebab yang sama dengan kenapa kami memilih minyak kelapa, minyak zaitun dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit anda.

Vitamin E

Vitamin E dalam minyak urut kami adalah di dalam bentuk Tocopheryl asetat. Ini sebenarnya bentuk Vitamin E yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan produk penjagaan kulit di rumah.

Dalam penjagaan kulit, kami menggunakannya terutamanya kerana ia adalah antioksida yang hebat yang boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit sekaligus mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Dan itu sahaja! Kami hanya menggunakan 6 bahan untuk minyak urut terbaik kami, semuanya semula jadi dan selamat untuk ibu yang hamil dan dan menyusukan bayi.

Bersama-sama, ramuan kami membina kombinasi aroma yang hebat untuk membantu anda lebih segar dan rileks setiap kali apabila anda mahukan. Di samping itu, ianya dapat merawat kulit anda.

Formula Untuk Minyak Urut Terbaik Kami Sudah Siap–Seterusnya Apa Pula?

Kadang kala, rahsia minyak urut yang hebat adalah terletak pada aromanya.

Itulah sebabnya kami telah meminta bantuan daripada lebih seratus ibu dalam focus group kami untuk membantu memperbaiki tekstur dan formula minyak urut kami dalam ujian tanpa penglihatan (blind test).

Beratus ibu telah mengambil bahagian dalam tinjauan produk, yang mana hasil kajian akan menentukan komposisi, aroma dan tekstur akhir Mama’s Choice Relaxing Massage Oil kami!

minyak urut terbaik untuk ibu hamil
JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Relaxing Massage Oil | HANYA RM43.90 RM34.90

Setelah kami mengenalpasti tekstur dan formula yang sempurna, ianya terus dilakukan ujian makmal!

Berikut adalah beberapa ujian makmal di Singapura menggunakan minyak urut terbaik kami:

  • Ujian mikrobiologi untuk memastikan bahawa walaupun kita menggunakan bahan semula jadi, ianya tidak ada mikroorganisma yang dapat diperolehi ketika dalam pemprosesan.
  • 1,4 – ujian dioksana untuk membuang 1,4 – dioksana dari minyak urut kami yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
  • Ujian logam berat untuk memastikan minyak urut kami tidak mengandungi logam yang boleh membahayakan kesihatan anda.

Setelah kami menyempurnakan segalanya – ramuan, aroma, tekstur dan mengambil segala Langkah keselamatan, inilah masanya untuk berkongsi formula minyak urut yang sempurna dengan anda! 🙂

Bagaimana Anda Boleh Menggunakannya Untuk Urutan Pranatal?

minyak urut terbaik untuk ibu hamil pranatal

Istilah urutan pranatal mungkin bunyi agak menakutkan, tetapi sebenarnya tidak terlalu berbeza dengan urutan biasa!

Terdapat beberapa kawasan yang tidak boleh anda urut ketika anda hamil. Rujuk infografik kami di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Sekiranya anda ingin melihat panduan terperinci mengenai urutan pranatal, boleh baca artikel kami yang ini:

Urutan Pranatal – Panduan untuk menghilangkan tekanan semasa kehamilan

Sekiranya anda tertanya-tanya bila anda boleh menggunakannya untuk kegunaan urutan. Sebenarnya urutan pranatal sesuai untuk ibu mengandung dan menyusui selepas trimester ke-2.

Secara amnya, anda tidak digalakkan melakukan urutan pada trimester pertama (trimester paling rapuh). Walau bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan minyak urut kami untuk aromaterapi bagi mengatasi penyakit awal kehamilan – morning sickness!

Menggunakan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil Sebagai Aromaterapi

minyak urut terbaik untuk ibu hamil diffuser

Kami akan memberikan anda tip yang hebat, kerana anda telah membaca artikel kami sejauh ini: Kami telah mereka minyak urut terbaik untuk ibu hamil ini secara khusus supaya anda dapat menggunakannya di dalam diffuser.

Mama’s Choice Relaxing Massage Oil kami tidak hanya berbau harum. Kami menggabungkan minyak limau gedang dan oren supaya anda dapat menghilangkan rasa morning sickness!

Minyak urut pranatal kami mudah sahaja digunakan. Anda hanya perlu masukkan beberapa titis ke diffuser setiap kali anda ingin memberikan mood kesegaran di dalam bilik anda, melegakan loya atau berehat pada waktu petang. Ia adalah teman kehamilan yang luar biasa.

Di Mana Saya Boleh Dapatkan Mama’s Choice Relaxing Massage Oil Ini?

Anda boleh mendapatkan minyak urut pranatal kami di laman web rasmi kami, Shopee dan Lazada.

Kami menjadikan semua produk kami mudah diakses oleh semua orang. Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkannya sendiri!

minyak urut terbaik untuk ibu hamil CTA

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now