Search

Moisturizer & Sunscreen Mineral Terbaik Hanya Untuk Ibu

Adakah anda sedang mencari moisturizer & sunscreen mineral terbaik untuk digunakan semasa hamil dan menyusu? Memperkenalkan, pelembap muka Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer dihasilkan daripada ekstrak beras semula jadi, pelindung matahari (sunscreen) mineral dan asid hyaluronik yang melembapkan dan melindungi kulit anda dari sinaran UVA/UVB yang berbahaya.

Hari ini kami memperkenalkan pelembap wajah dan pelindung matahari (sunscreen) mineral yang pasti anda akan gemari.

Kulit anda pasti sangat sensitif semasa hamil dan menyusu. Kajian menunjukkan bahawa sekitar 50-75% ibu mendapat melasma (bertompok dan kulit gelap) di wajah mereka. Sama ada anda seorang ibu baru atau bakal ibu, pastinya tidak mempunyai masa untuk mula menjaga kulit anda!

Beratus jam penyelidikan dan pengujian ramuan telah dilakukan dengan teliti, kami telah meningkatkan formula dengan gabungan ramuan yang luar biasa bagi mencantikkan dan melindungi kulit wajah anda. Nah! Ketahui lebih lanjut di bawah!

Pelembap muka Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer 

moisturizer & sunscreen mineral terbaik

Mengapa ia sangat baik untuk ibu hamil dan sedang menyusu?

Sebagai ibu baru, anda akan menghadapi begitu banyak perubahan hormon yang mungkin menjadikan kulit anda sangat sensitif terhadap bahan kimia yang kuat begitu juga dengan sinaran UV.

Kami memahami betapa mencabarnya anda perlu menghadapi situasi ini. Itulah sebabnya moisturizer & sunscreen terbaik kami ini menggunakan formula khas yang dapat memenuhi keperluan ibu. Bahan-bahan terbaik dipilih dengan teliti merangkumi:

Ekstrak beras

Ekstrak beras sebenarnya telah digunakan selama lebih dari 1000 tahun untuk perawatan kulit wajah. Anda juga mungkin pernah mendengar tentang manfaat air beras sebelum ini!

Ekstrak beras dalam formula moisturizer & sunscreen terbaik kami akan membantu memastikan kulit anda tetap lembut dan berseri-seri.

Shea butter

Shea butter datangnya dari buah pokok shea, yang berasal dari Afrika. Bahan ini secara semulajadi dapat mengekalkan kelembapan wajah dengan memberi perlindungan ke permukaan kulit wajah anda.

Asid hyaluronik

Tahukah anda bahawa asid hyaluronik dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita yang luar biasa? Asid hyaluronik secara semula jadi mengekalkan air, menjadikan kulit anda lebih lembut. Dan asid hyaluronik juga membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus daripada kelihatan di kulit anda!

Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan menjadi lebih sukar dan badan anda mungkin memerlukan pertolongan tambahan. Melalui asid hyaluronik dari pelembap wajah dapat membantu memberikan lebih perlindungan tambahan untuk kulit anda dan juga mencegah tanda-tanda penuaan seperti kemunculan garisan halus.

Pelindung matahari mineral (Mineral sunscreen)

Daripada menggunakan bahan kimia yang kuat seperti oxybenzone yang boleh membahayakan kulit anda, adalah lebih baik menggunakan pelindung matahari mineral seperti zink oksida dan titanium oksida yang menawarkan perlindungan SPF 20 PA ++.

Mineral sunscreen kami fungsinya sangat menarik! Daripada menyerap sinar UV, pelindung matahari kami hanya memantulkan sinar UV ketika cahaya menghampiri kulit anda, sekaligus dapat melindungi kulit anda dari kerosakan.

Bagaimana Untuk Menggunakan Moisturizer & Sunscreen Mineral Kami

Moisturizer kami sangat mudah digunakan. Ikuti sahaja langkah-langkah ini!

Selepas membersihkan wajah anda, sapukan secara nipis lapisan krim dengan sekata ke bahagian atas wajah dan leher anda. Urut dengan gerakan memutar ke atas. Untuk hasil yang optimum, gunakan setiap hari pada waktu pagi dan malam untuk mendapat kulit yang halus dan sihat. Itu sahaja yang perlu anda lakukan!

Formula produk kami telah melalui ujian yang ketat di makmal Singapura, jadi anda pasti yakin bahawa ia selamat digunakan.

Anggaplah pelembap wajah sebagai pelengkap yang sempurna ketika anda pergi ke luar rumah. Gunakan untuk menjaga kulit wajah agak kekal lembut, berseri dan selamat dari sinar UV yang berbahaya.

Ini adalah penyelesaian dua dalam satu yang hebat! Bawalah bersama dengan beg tangan anda, atau berikan tempat yang layak di rak solek anda. Dapatkan Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturiser di Shopee dan juga Lazada.

Jadikan kulit wajah sewaktu kehamilan lebih berseri dengan pelembap wajah kami yang dapat menghidrat kulit kering secara intensif.

moisturizer & sunscreen mineral terbaik

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now