Kira-kira 70% wanita hamil mengalami loya, dan separuh daripadanya juga mengalami muntah-muntah. Jangan risau wahai ibu sekalian. Mual adalah perkara semulajadi yang sering dialami oleh wanita hamil, terutamanya pada trimester pertama. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan mual semasa anda hamil. Baca lebih lanjut untuk ketahuinya!
1. Perubahan hormon
Menurut WebMD, perubahan hormon adalah penyebab utama loya semasa kehamilan. Semasa awal kehamilan, tubuh akan menghasilkan sejumlah hormon yang dramatik. Antara hormon yang boleh menyebabkan mual termasuk:
- Estrogen yang menyokong perkembangan dan memberikan nutrien kepada janin.
- Progesteron yang mengekalkan imuniti dan melindungi janin semasa kehamilan.
- Human chorionic gonadotropin (hCG) yang hanya dihasilkan oleh wanita hamil. Ia menguatkan janin dan rahim dan memainkan peranan penting semasa awal kehamilan.
Selain mual, perubahan hormon dapat menyebabkan keadaan seperti tekanan darah rendah, pening, keletihan dan sembelit. Inilah sebabnya mengapa wanita hamil mesti mengekalkan tabiat menikmati makanan yang sihat!
Cara mengatasi loya
- Cukup rehat.
- Minum banyak air suam untuk menjaga kesihatan diri.
- Ambil makanan berkhasiat.
- Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap sepanjang hari.
- Elakkan makanan pedas dan berminyak, terutama makanan bergoreng.
2. Aroma yang kuat
Semasa mengandung, deria bau anda menjadi lebih sensitif. Aroma makanan, minyak wangi atau aroma yang menyegarkan boleh menyebabkan rasa mual. Setiap kehamilan adalah berbeza, tetapi aroma tetap menjadi salah satu penyebab utama loya semasa kehamilan.
Cara mengatasi aroma
- Cuba elakkan aroma yang mencetuskan loya anda.
- Sekiranya anda mempunyai aroma yang dapat meneutralkan deria bau, anda boleh menggunakannya secara berkala sebagai aromaterapi.
3. Mempunyai Sejarah Mual
Mual lebih cenderung berlaku semasa kehamilan bagi mereka yang memang mempunyai sejarah mual terutamanya semasa kehamilan. Tetapi jangan risau, ada cara untuk atasi masalah ini.
Baca juga: Penawar Masalah Mual Ketika Hamil Yang Menjadi
Cara mengatasi mual
- Minum teh halia suam untuk menguatkan sistem saraf, perut dan usus.
- Elakkan makanan yang sukar dicerna, seperti makanan goreng, berlemak atau pedas, serta soda.
- Gosok gigi selepas setiap kali makan untuk menyegarkan mulut. Pilih ubat gigi atau ubat kumur yang selamat untuk ibu mengandung dan menyusu.
4. Tekanan dan Keletihan
Tekanan juga boleh menjadi penyebab mual. Dan jangan terlalu risau dengan kehamilan anda! Tekanan dan keletihan boleh mencetuskan ketidakstabilan hormon, yang akhirnya menyebabkan mual.
Cara mengatasi tekanan dan keletihan
- Cukup rehat dan tenangkan fikiran.
- Semasa tidur, cuba letakkan kepala lebih tinggi daripada posisi badan untuk melancarkan aliran darah.
- Sentiasa kekal positif.
- Cubalah beriadah yang mesra kehamilan seperti gimnastik, berenang atau yan lebih santai iaitu yoga.
5. Jangkitan saluran kencing
Sentiasa berhati-hati jika mengalami masalah ini. Sekiranya anda mengalami kesakitan atau kelihatan darah semasa membuang air kecil, anda harus berjumpa doktor dengan segera. Apatah lagi dengan rasa loya, keadaan ini juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berbahaya.
Cara mencegah jangkitan saluran kencing
- Minum air pada kuantiti yang banyak untuk mengekalkan cecair badan anda.
- Kunjungilah tandas dengan kerap.
- Tukar seluar dalam anda dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan.
6. Asid gastrik
Semasa mengandung, gastritis boleh menyebabkan mual. Semasa tidur, perut anda cenderung mempunyai kadar asid gastrik yang jauh lebih rendah. Apabila anda bangun pada waktu pagi, kemasukan asid gastrik di perut anda boleh menyebabkan rasa mual.
Cara mengatasi asid gastrik
- Makan makanan ringan dengan segera setelah anda bangun bagi memastikan perut anda tidak kosong. Contoh makanan ringan termasuklah roti atau biskut.
- Minum teh atau air suam untuk melegakan rasa loya anda.
- Pastikan anda mendapat udara segar yang cukup pada waktu pagi untuk membantu peredaran oksigen di dalam badan anda.
Tidak dinafikan anda tidak dapat mengelakkan rasa mual semasa mengandung. Jangan bimbang, ini benar-benar normal dan semula jadi!
Namun, jika loya anda disertai demam, darah dalam muntah, sakit perut atau anda mengalami masalah membuang air kecil, berjumpalah doktor dengan segera. Kami di Mama’s Choice Malaysia mengucapkan selamat menempuhi tempoh kehamilan dengan sihat.
Jangan lupa tau Mama untuk selalu menjaga kesihatan ketika hamil ini sehingga hari anda untuk melahirkan tiba. Harus diingatkan juga kepada Mama untuk makan makanan yang berkhasiat, bersenam dan menjauhkan semua toksin yang memudaratkan dalam kehidupan seharian anda dengan beralih kepada produk yang semulajadi dan selamat.
Untuk produk penjagaan wanita hamil dan menyusui yang Selamat, Semulajadi dan Halal, pilihlah Mama’s Choice kerana ianya sudah semestinya dipercayai oleh ramai Mama diluar sana! Boleh dapatkan produk kami di laman Shopee dan Lazada, ya!
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3