Search

Penawar Masalah Mual Ketika Hamil Yang Menjadi

Kehamilan adalah suatu perkara yang boleh mengubah hidup kepada kegembiraan tetapi apabila anda mula merasa mual dan sakit sepanjang masa, ianya boleh menganggu kehidupan harian anda. Di sini, kami ringkaskan penawar masalah mual ketika hamil semula jadi yang dapat membantu menyembuhkan atau mengurangkan penyakit morning sickness anda.

Ia mungkin disebut sebagai morning sickness, tetapi gejala biasa ketika kehamilan ini – yang sebenarnya berlaku pada lebih dari 70-80% wanita hamil – boleh menyerang pada bila-bila masa sepanjang hari. Biasanya, morning sickness disertai dengan loya dan muntah. Morning sickness disebabkan oleh beberapa sebab termasuk peningkatan kadar hormon dan penurunan gula dalam darah.

Bagi sebilangan wanita, mual ketika kehamilan yang mereka alami adalah ringan, sementara yang lain adalah agak teruk. Tidak kira jika anda mengalami mual yang ringan atau teruk, ada baiknya anda menambah ilmu pengetahuan tentang bagaimana hendak mengatasi masalah morning sickness ini supaya anda akan berada di dalam keadaan yang sentiasa bersedia jika masalah sebegini berlaku kepada diri sendiri.

7 Penawar Masalah Mual Ketika Hamil Yang Terbaik

Selain daripada mendapatkan rehat yang secukupnya, berikut adalah beberapa tips terbaik yang kami sarankan jika anda mengalami mual atau loya ketika kehamilan!

1. Amalkan Makan dan Minum Halia

Pregnancy nausea remedies | Ginger tea

Dalam perubatan Cina, halia sangat penting kerana banyak khasiatnya. Anda boleh mencuba menikmati secawan teh halia panas atau menghisap gula-gula halia setiap kali anda berasa mual. Halia berfungsi mengeluarkan angin di dalam badan ibu hamil yang seringkali menjadi punca mereka mengalami mual atau loya teruk. Selain menjadi ubat morning sickness yang berkesan, ia juga dapat melegakan tekak, meningkatkan imuniti dan pencernaan.

2. Hidu Lemon

Bau lemon bukan hanya sangat menyegarkan tetapi juga berkesan untuk mengurangkan rasa mual dan muntah. Apabila anda berasa mual, cuba gores kulitnya untuk mengeluarkan aroma semula jadi.

3. Lakukan Senaman Ringan

Pregnancy Nausea Remedies | Exercise | Yoga

Bersenam mungkin merupakan perkara terakhir di fikiran anda ketika anda mengalami morning sickness, tetapi sebenarnya bersenam akan membuat tubuh anda lebih sihat dan cergas. Secara amnya, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki atau yoga adalah cara yang baik untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan anda. Jika anda berasa takut tidak dapat melakukan aktiviti senaman pada masa yang lama, mungkin anda boleh cuba untuk mengunyah gula-gula getah perisa pudina untuk mengelakkan rasa mual atau loya.

4. Jangan Skip Makan

Perut kosong hanya akan memburukkan keadaan morning sickness anda kerana tidak ada yang boleh diproses oleh asid perut anda. Oleh itu, cubalah makan biarpun sedikit untuk memasukkan sesuatu ke dalam perut anda. Berhati-hatilah dengan apa yang anda makan juga. Ingat bahawa makanan berlemak dan pedas boleh mencetuskan rasa mual. Sementara itu, makanan tiada rasa, karbohidrat dan salty crackers adalah pilihan yang baik. Buah-buahan yang kaya dengan potasium seperti pisang juga dapat membantu mencegah morning sickness.

5. Perlu Lebih Tidur

Pregnancy Nausea Remedies | Get Plenty of Sleep

Ringkas tetapi sangat berkesan, kadang-kadang apa yang anda perlukan hanyalah berbaring dan berehat ketika morning sickness dan terbukti rasa mual dapat diatasi. Namun, pastikan anda tidak tidur selepas makan kerana ia hanya akan mebuatkan rasa mual anda lebih teruk dan rasa ingin muntah. Untuk benar-benar mendapatkan rehat yang secukupnya, anda boleh cuba memakai topeng tidur bagi menyekat cahaya matahari yang menganggu.

6. Pakai Pakaian Longgar

Cuba berpakaian dengan selesa. Ramai ibu mengatakan bahawa pakaian yang terlalu ketat di sekitar perut boleh membuatkan mereka rasa loya dan mual dengan lebih teruk.

7.  Minum Air Banyak

Pregnancy Nausea Remedies | Stay Hydrated

Dehidrasi hanya akan memburukkan lagi rasa mual dan muntah anda, jadi pastikan anda minum air dengan secukupnya. Sekiranya anda sukar untuk minum biarpun satu gelas, cubalah menyedut ketulan ais yang diperbuat daripada air atau jus buah.

Apa Yang Harus Dilakukan Selepas Episod Morning Sickness?

Rinse with mouthwash after morning sickness episode

Masalah morning sickness boleh menjadi gejala awal kehamilan yang sukar atau tiada hentinya.  Sekiranya dan jika anda mengalami gejala muntah akibat mual dan loya, jangan lupa untuk bilas mulut anda dengan ubat kumur ya. Ini kerana, asid perut disebabkan muntah boleh juga merosakkan gigi dan sekaligus meningkatkan risiko kerosakan gigi!

Pilihlah ubat kumur bebas alkohol seperti Mama’s Choice Natural Mouthwash selepas episod morning sickness anda bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan membantu mengurangkan gejala mual. Ianya sudah semestinya selamat untuk ibu mengandung dan menyusu. Ubat kumur bebas alkohol kami juga cukup praktikal untuk dimasukkan ke dalam beg tangan supaya anda berada di dalam keadan yang sentiasa bersedia untuk berlawan masalah morning sickness di mana sahaja anda pergi! Boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada.

“Dilengkapi dengan rasa pudina, ubat kumur ini tidak akan menimbulkan rasa mual walaupun pada ibu yang sensitif terhadap rasa dan bau.”

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now