Dalam 1000 hari pertama, dari saat janin hadir di rahim hingga usia 2 tahun, perkembangan otak anak dapat mencapai sehingga 80%. Salah satu faktor yang mempengaruhinya ialah melalui penyusuan susu ibu secara esklusif.
Menyentuh mengenai penyusan bayi, biasanya kita akan kaitkan dengan tanggungjawab ibu yang melahirkannya sahaja dan itu adalah salah. Sebenarnya, penyusuan bayi bukan sahaja dibawah tanggungjawab ibu semata bahkan ayah juga perlu memainkan peranan yang sama
Penyusuan yang dimaksudkan di sini bukanlah keadaannya seorang ayah perlu mengeluarkan susu dari badannya untuk menyusukan bayi. Semestinya, penyusuan susu ibu adalah hak mutlak seorang ibu. Namun ia tidak bermaksud bapa tidak perlu campur tangan atau tidak ambil tahu. Ini kerana tugas memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayi baru lahir bukan tanggungjawab ibu semata-mata. Ianya memerlukan kerjasama daripada seorang ayah. Barulah proses ini berjaya!
Bapa penyusuan istilah yang sering digunakan untk memberi gambaran betapa pentingnya peranan bapa dalam proses penyusuan. Ini adalah melalui sokongan dan bantuan samada dari segi moral dan material.
3 langkah mudah untuk ayah menyokong penyusuan ibu
1. Belajar
Ayah kena sentiasa berbincang dengan ibu mengenai penyusuan terbaik untuk bayi mereka. Sebenarnya, untuk memberi perhatian proses penyusuan apa yang sedang dilalui oleh ibu. Adalah lebih baik jika ayah turut memahami apa yang harus dilakukan.
Ayah sepatutnya menjadi rujukan utama sekiranya ibu menghadapi masalah penyusuan. Justeru itu para bapa haruslah melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan dengan menghadiri seminar atau kelas penyusuan. Luaskan rujukan mengenai keibubapaan dan penyusuan serta pilih maklumat yang boleh dipercayai.
2. Perhatian
Terdapat pelbagai cara untuk menunjukkan rasa prihatin dari seorang ayah. Membeli keperluan dan peralatan penyusuan seperti baju menyusu, pam susu, warmer dan lain-lain. Secara tidak lansung perhatian yang diberikan boleh membuat ibu merasa diri diutamakan.
Menjadi pendengar yang baik agar isteri dapat meluahkan perasaan. Memendam perasaan akan menyebabkan isteri tertekan. Jangan kedekut untuk memberi pujian kepada isteri. Ini dapat memberi keyakinan kepada ibu berkenaan apa yang dilakukannya terutama berkaitan penyusuan.
3. Penglibatan
Jangan biarkan ibu yang menyusu berada di dalam keadaan seolah sedang berjuang sendirian. Contohnya bergilir dengan isteri untuk tidurkan bayi. Peka kepada tanda-tanda bayi ingin menyusu dan membawa kepada ibu untuk disusukan.
Jika ibu sedang menyusu dan kelihatan kepenatan. Cuba berikan urutan terutama di bahagian leher dan bahu ibu. Ini dapat membantu ibu untuk merasa lebih selesa ketika proses penyusuan bayi.
Peranan seorang ayah sepanjang proses penyusuan bayi
1. Beri masa ibu berehat
Berikan masa yang mencukupi untuk ibu berehat dan ganti kedudukannya untuk menjaga bayi. Jangan biarkan ibu berasa ‘stress’ terutama selepas proses kelahiran. Jika bayi menangis bukan kerana lapar tetapi lebih kepada perhatian, dodoilah dan tidurkan bayi dengan mendakap bayi cara yang betul. Bayi lebih mudah lena apabila mendengar degupan jantung dan gerakan pernafasan bapa.
2. Bangun bersama ibu
Bangun ketika ibu memberikan susu ibu kepada anak pada waktu malam. Untuk makluman, bayi semasa kecil memang akan sentiasa kelaparan. Jadi, apabila ayah bangun sama, secara tidak langsung dapat membantu ibu sekiranya memerlukan apa-apa keperluan.
3. Berkomunikasi
Berkomunikasi dan berbincang dengan ibu mengenai topik keibubapaan dan penyusuan. Melalui komunikasi dua hala, ayah dan ibu dapat memahami dengan lebih jelas peranan masing-masing dan cara yang terbaik dalam mewujudkan kerukunan dalam rumahtangga.
4. Jadi pendengar yang baik
Menjadi pendengar yang baik agar ibu dapat meluahkan perasaan. Memendam perasaan akan menyebabkan ibu tertekan. Contohnya, sekiranya ibu berasa tertekan kerana tidak ada rasa yakin diri dengan perubahan fizikal sebab menyusu. Mungkin salah satu cara yang boleh dilakukan oleh ayah adalah sentiasa memberi pujian dan keyakinan kepada ibu berkenaan apa yang dilakukannya, terutama berkaitan penyusuan.
5. Bantu kemas rumah
Bantu menyelesaikan tugas rumah tangga seperti menyapu, mencuci, atau membersihkan rumah. Ringankan tulang, bantu isteri dengan membuat semua kerja rumah. Ini juga dapat memberi keselesaan isteri yang inginkan rehat secukupnya.
6. Penuhi keperluan ibu
Memenuhi keperluan ibu untuk lebih rasa santai ketika menyusu. Keperluan seperti bantal khas untuk menyusu, tempat tidur, bauan aromaterapi di dalam bilik dan pelbagai lagi.
7. Makanan berkhasiat untuk ibu
Sediakan makanan berkhasiat untuk ibu. Adalah sangat penting untuk pastikan dalam diet makanan ibu setiap hari lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
8. Bantu bersihkan alatan menyusu
Membantu membersihkan alatan mengepam dan menyimpan stok susu. Jarang dilakukan oleh ayah tetapi jika dibantu pasti ibu akan rasa senang hati dan bersyukur mempunyai suami bertanggungjawab seperti ini.
9. Bantu uruskan anak
Membantu menguruskan anak-anak lain (sekiranya ada). Terutama dari segi hal yang biasanya diuruskan oleh ibu seperti sarapan, waktu makan tengahari dan malam, kerja sekolah dan pelbagai lagi.
10. Belikan produk penjagaan buat ibu
Beli bekalan ibu bagi membantu meningkatkan semangat penyusuan. Contohnya seperti produk penjagaan yang selamat untuk ibu menyusu dari Mama’s Choice. Antara produk yang boleh diberikan seperti pencuci muka, syampu dan pelbagai lagi dari jenama Mama’s Choice. Ini kerana jenama Mama’s Choice produknya bukan sahaja diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi bahkan ianya juga selamat digunakan untuk ibu hamil dan menyusukan anak.
11. Urut ibu
Urut ibu dengan gerakan mengurut yang sederhana untuk meningkatkan hormon oksitosin yang dapat merangsang pengeluaran susu
Urutan oksitosin bagi membantu pengeluaran susu ibu
Urutan oksitosin adalah urut belakang yang bertujuan untuk merangsang hormon oksitosin dan hormon prolaktin. Kedua-dua ini adalah hormon penting dalam menentukan isipadu susu badan yang dimiliki oleh ibu
Sebenarnya, urutan oksitosin ini lebih berkesan sekiranya dilakukan oleh suami di rumah. Apatah lagi dapat dilakukan secara konsisten setiap hari. Ini akan dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu secara semulajadi.
Cara melakukan urutan oksitosin adalah sangat mudah. Hanya lakukan 5 langkah seperti di bawah:
- Ibu mengambil posisi duduk samada menghadap dinding, meja, atau belakang kerusi. Gunakan bantal untuk menyokong bahagian depan badan bagi mendapatkan kedudukan yang lebih selesa.
- Ayah mengurut dari leher ke tulang belakang. Gerakkan ibu jari dalam bulatan, lakukan selama 1 minit.
- Lakukan urutan yang sama di pangkal tulang belakang pada paras bahu, hingga ke bahagian bahu.
- Masih dengan urutan yang sama, gerakkan ibu jari bermula dari bahagian atas tulang belakang ke bawah. Selepas itu, ulangi dari bawah ke atas.
- Genggam tangan seperti penumbuk dan urut punggung dengan tekanan lembut. Lakukan sehingga ibu berasa begitu selesa dan lega.
Urutan oksitosin ini menjadi lebih berkesan dengan menggunakan minyak urut. Selain memberikan kesan lebih padu dan aroma yang menenangkan, minyak urut dapat memudahkan ayah membuat urutan agar tidak menekan (urut) terlalu kuat dan juga tidak terlalu lembut.
Mama’s Choice Relaxing Massage Oil adalah pilihan minyak urut yang selamat digunakan semasa mengandung dan menyusu. Dibuat dari 100% bahan semula jadi iaitu minyak lavender, minyak limau gedang, dan minyak oren. Minyak urut ini juga boleh dijadikan sebagai minyak aromaterapi. Kegunaan bukan sahaja untuk ibu bahkan boleh dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Boleh dapatkan di Shopee dan Lazada.
Mama's Choice Team
The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3