Search

Pencuci Muka Yang Selamat Digunakan Untuk Ibu Mengandung

Semasa anda remaja, mungkin anda sudah mempunyai senarai produk penjagaan muka yang sesuai dengan kulit wajah anda. Dan biasanya kita tidak akan ada masalah dengan penggunaan mana-mana produk memandangkan ketika itu wajah kita tidak begitu sensitif berbanding sekarang ketika waktu hamil. Baca lebih lanjut untuk ketahui bagaimana untuk memilih pencuci muka yang selamat digunakan untuk ibu mengandung!

Di waktu kita sedang hamil memang sangat penting untuk teliti segala produk yang digunakan. Ini bagi memastikan produk yang digunakan benar-benar selamat dan tidak merbahayakan diri sendiri serta anak di dalam kandungan.

Menjaga kulit wajah perlu dilakukan biarpun ketika sedang hamil. Jangan biarkan kulit wajah anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. Bak kata orang, sewaktu hamil seri wajah keibuan pasti kelihatan. Jadilah wanita yang masih kelihatan terurus, ceria dan berseri-seri biarpun sedang melalui proses kehamilan.

Bahan Aktif Yang Selamat Digunakan Dalam Pencuci Muka Semasa Mengandung

pencuci muka yang selamat digunakan, pencuci muka selamat untuk ibu mengandung

Antara bahan yang selamat digunakan dalam pencuci muka untuk ibu-ibu hamil adalah seperti senarai di bawah.

1. Asid Azelaic

Bahan antibakteria Asid Azelaic biasanya boleh didapati dalam ubat untuk merawat jerawat. Asid Azelaic secara semula jadi terdapat dalam barli, gandum, dan rai. Asid ini mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria dan merawat masalah kulit seperti rosacea. Ianya berfungsi untuk mengurangkan kemerahan dan pigmentasi.

Setakat ini, tiada kesan negatif dilaporkan hasil penggunaan produk yang mengandungi bahan ini. Namun, bahan ini banyak dijadikan ramuan dalam produk penjagaan wajah.

2. Asid Hyaluronik

pencuci muka yang selamat digunakan, pencuci muka selamat untuk ibu mengandung

Asid hyaluronik tidak bersifat acidic atau mengelupaskan kulit sama sekali. Hakikatnya, ia adalah sejenis bahan pelembap yang sangat bagus. Ia dapat memelihara kulit dan mengekalkan hidrasi kulit.

Oh ya! Asid hyaluronik adalah polisakarida (sejenis karbohidrat) yang wujud secara semulajadi dalam tubuh manusia. Ia hadir dalam jumlah yang besar di dalam ruang di antara sel-sel kulit, di mana ia memberikan kelembapan, keanjalan, dan kelembutan pada kulit.

Anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Tidak merbahayakan wanita hamil ataupun bayi dalam kandungan.

3. Asid Laktik

Asid laktik bukan sekadar asid yang melembutkan, malah ia juga berfungsi sebagai mengekalkan kelembapan kulit sekiranya kulit sedang mula mengelupas membuang segala sel-sel mati. Disebabkan kepekatannya yang sangat tinggi, asid laktik dikatakan lebih mudah berperanan sebagai agen pengelupasan bagi memecahkan sambungan di antara sel-sel kulit yang mati.

Bukan itu saja, asid laktik juga mempertingkatkan ceramida dan asid lemak dalam kulit bagi memberikan fungsi yang hebat dalam menjaga kulit.

4. Vitamin C

pencuci muka yang selamat digunakan, pencuci muka selamat untuk ibu mengandung

Masalah bintik-bintik gelap dan warna kulit tidak sekata adalah perkara biasa terjadi semasa kehamilan dan penyusuan. Walau bagaimanapun, anda harus mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi retinoid atau retinol. Alternatifnya, gunakan produk yang dihasilkan daripada vitamin C.

Vitamin c merupakan antioksida yang terbaik, maka ianya akan memperbaiki serta memperbaharui sel kulit kita. Ia boleh meresap ke kulit dan akan merangsang penghasilan kolagen serta menjadikan kulit muka sentiasa tegang dan kelihatan lebih remaja.

Selain itu, Vitamin C juga dapat mengatasi masalah pigmentasi kullit, masalah hitam bawah mata, jeragat dan tona kulit tidak sekata. Hasilnya? kulit anda lebih berseri-seri!

5. Natrium Cocoyl Glycinate

Natrium cocoyl glycinate adalah pembersih ringan dan boleh melembutkan kulit. Ianya efektif dalam membersihkan wajah. Teksturnya akan mengeluarkan sedikit berbuih dan pada masa yang sama membantu untuk melembap dan membekalkan asid amino yang diperlukan kulit. Bahan ini juga sering dijumpai dalam produk penjagaan rambut.

Namun begitu, ianya selamat digunakan oleh ibu hamil dan yang sedang menyusukan anak.

6. Ethyl Lauroyl Arginate HCI

Ethyl lauroyl arginate HCI diperbuat daripada gabungan bahan semula jadi dan biasanya menjadi sebagai bahan tambahan makanan. Bahan ini mempunyai tahap keberkesanan antimikroba yang tinggi dan ketoksikan yang rendah. Jadi, ia selamat untuk kulit sensitif dan tidak akan merengsakan kulit.

7. Niacinamide

Niacinamide (sejenis vitamin B3) terkenal di kalangan peminat kecantikan untuk membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit. Bahan ini sering ditemui dalam produk penjagaan jerawat dan masalah rosacea yang lebih ringan.

Ibu juga perlu menggunakan pencuci muka untuk wanita hamil yang bebas wangian. Ini kerana wangian boleh merengsakan kulit yang mana ketika hamil kulit menjadi lebih sensitif daripada biasa.

pencuci muka yang selamat digunakan, pencuci muka selamat untuk ibu mengandung
JIMAT 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle | HANYA RM74.90 RM49.90

Mama’s Choice Gentle Face Wash adalah jenama sabun muka pertama yang dirumus khas untuk wanita hamil dan menyusui dan semua jenis kulit. Ini termasuklah kulit kering, kombinasi, dan sensitif.

Produk ini mempunyai pelbagai kelebihan, antaranya seperti:-

  • Tidak mengandungi SLS
  • Tidak mengandungi wangian, alkohol dan paraben
  • Telah disahkan halal

Selain membersihkan wajah, Mama’s Choice Gentle Face Wash juga telah diuji secara klinikal dapat mencerahkan kulit kerana ianya mengandungi bahan semulajadi iaitu ekstrak beras. Kandungan ekstrak kolagen di dalamnya juga dapat memberi makanan tambahan untuk kulit, menjadikan kulit lebih lembap dan anjal.

Jika ibu menggunakan Mama’s Choice Gentle Face Wash jangan lupa untuk pakai bersama Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer menerusi Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle kami! Rangkaian penjagaan kulit ini khusus untuk wanita hamil yang sememangnya selamat digunakan. Antara kebaikan pelembap muka ini termasuklah:-

  • Mesra kehamilan & penyusuan
  • Bebas sulfat
  • Tiada paraben
  • Diuji secara Hipoalergenik & Dermatologi

Menerusi penggunaan Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle ini, ia dapat membantu ibu-ibu menjaga wajah agar kelihatan bersih dan kekal glowing sepanjang hari. Nah! Kalau suami puji, pasti ibu akan rasa gembira dan puas hati. 🥰

Boleh dapatkan produk ini di Shopee dan juga Lazada ya!

pencuci muka yang selamat digunakan, pencuci muka selamat untuk ibu mengandung CTA

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now