Search

Apakah Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin? Inilah yang Sebenarnya Berlaku!

Keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara yang biasa dilalui oleh kebanyakan wanita. Walaupun ramai mama dapat menerima hakikat ini namun, kita perlu juga mengetahui apakah yang menyebabkan rambut gugur selepas bersalin. 

Menurut pakar, masalah keguguran rambut bukanlah perkara luar biasa biarpun ianya berlaku setiap hari. Kita sebenarnya boleh kehilangan sebanyak 150 helai rambut setiap hari! Walau bagaimanapun, ia adalah satu amaran sekiranya rambut yang gugur digumpal adalah sebesar bola golf.

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, rambut gugur menjadi lebih teruk disebabkan satu perkara iaitu perubahan hormon.

Apakah Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin?

ibu menyikat rambut gugur selepas bersalin

Seperti yang kita maklum, kehamilan biasanya boleh menyebabkan paras estrogen dan progesteron meningkat. Kedua-dua hormon ini membantu mengekalkan pertumbuhan rambut dan kekal dalam fasa pertumbuhan. Ianya juga dikenali sebagai fasa anagen.

Pada fasa ini, keguguran rambut biasanya akan berkurangan! Itulah sebabnya bagi majoriti wanita, kehamilan boleh menyebabkan rambut kelihatan lebih sihat dan cantik.

Selepas melahirkan anak, paras estrogen dan progesteron yang tinggi akan menurun. Di dalam satu artikel terbitan Healthline menyatakan bahawa tahap hormon akan menurun dalam masa 24 jam selepas kelahiran, kecuali hormon prolaktin yang akan kekal tinggi jika seseorang itu menyusu.

Perubahan dalam tahap hormon ini menolak rambut anda dari fasa “pertumbuhan”  ke peringkat “berehat.” Semasa peringkat ini, rambut anda akan gugur lebih cepat daripada biasa. Ini adalah kerana ianya salah satu cara untuk menggantikan semua rambut yang tidak gugur apabila tahap estrogen dan progesteron anda meningkat.

Menurut pengarah Persatuan Ahli Trikologi Antarabangsa David Salinger yang berpangkalan di Australia, rambut kekal dalam keadaan rehat “selama kira-kira tiga bulan sebelum ia gugur dan pertumbuhan rambut baru muncul. Biasanya pertumbuhan semula rambut adalah dalam bentuk rambut halus (baby bangs) yang muncul di sepanjang garis rambut.

Tetapi tahukah anda bahawa walaupun kita biasa memanggilnya keguguran rambut selepas bersalin, American Academy of Dermatology Association menyatakan bahawa ianya bukan keguguran rambut sebenar? Sebaliknya, ia dipanggil telogen effluvium.

Jika Ianya Bukan Rambut Gugur Sebenar… Jadi Apakah Ia? 

bayi dan rambut gugur selepas bersalin

Pertama sekali, mari kita fahami apa itu keguguran rambut sebenar. Menurut pakar, keguguran rambut (secara perubatan dikenali sebagai anagen effluvium) pada wanita biasanya pertama kali berlaku di sepanjang garis bahagian hadapan. Selain itu, rambut di bahagian atas kepala juga semakin nipis.

Tidak seperti keguguran rambut selepas bersalin, ianya disebabkan oleh perubahan hormon dan keguguran rambut sebenar adalah disebabkan oleh perkara berikut: 

  • Keguguran rambut diwarisi oleh keturunan 
  • Sistem imun bertindak balas berlebihan 
  • Disebabkan oleh pengambilan ubat dan rawatan 
  • Penggayaan rambut yang menyebabkan keguguran rambut 
  • Produk penjagaan rambut yang terlalu kuat formulasinya 
  • Paksaan mencabut rambut 

Sebaliknya, keguguran rambut yang dialami oleh mama yang baru melahirkan anak adalah disebabkan oleh telogen effluvium atau keguguran rambut yang berlebihan.

Ia “apabila rambut anda masih tumbuh, tetapi lebih banyak rambut gugur daripada biasa setiap hari. Ia biasanya berlaku sementara dan berhenti dengan sendirinya,” jelas Jeffrey Hurley, MD, pakar dermatologi di Hospital Chester County.

Baca juga: Rambut Gugur Teruk Selepas Bersalin? Ini Cara Mengatasinya!

Tips Merawat Rambut Gugur Selepas Bersalin atau Rambut Gugur Berlebihan 

Memandangkan kita telah mengetahui punca keguguran rambut selepas bersalin, berikut ialah beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk membantu rambut anda kelihatan lebih lebat dan sihat:

  • Jangan syampu rambut anda secara berlebihan. Apabila anda mencuci rambut, gunakan syampu yang dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut dan formulasinya daripada bahan semulajadi serta elakkan penggunaan bahan kimia. 
  • Gunakan perapi rambut hanya pada hujung rambut anda. Menyapu perapi rambut pada akar rambut akan lebih membebankan rambut anda.
  • Gunakan sikat bergigi lebar untuk mengurangkan kekusutan. 
  • Gunakan scrunchies dan bukannya gelang getah (rubber band). 
  • Jika anda mengikat rambut, pastikan ikatannya  tidak terlalu kuat/ketat.
  • Elakkan penggunaan alat penggayaan rambut yang panas (seperti hair dryer) dan rawatan rambut kimia buat sementara waktu (seperti rawatan rebonding). 

Baca juga: Cara Penjagaan Rambut Gugur Semasa Mengandung

Rawat Rambut Gugur Selepas Bersalin dengan Mama’s Choice Hair Loss Series

rawatan rambut gugur selepas bersalin
JIMAT 34% untuk Mama’s Choice Hair Loss Series | HANYA RM121.90 RM79.90

Jika anda menghadapi masalah keguguran rambut selepas bersalin, anda disyorkan untuk mencuba Mama’s Choice Hair Loss Series. Siri ini didatangkan dengan produk rambut yang direka dan dirumus khas untuk menangani masalah keguguran rambut yang berlebihan dengan menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung rambut, menguatkan akar dan merangsang pertumbuhan rambut baru. 

Dihasilkan daripada formulasi alam semula jadi, siri penjagaan rambut kami memberi banyak manfaat daripada ekstrak buah kiwi, candlenut dan kacang hijau yang sememangnya bagus untuk mengatasi masalah keguguran rambut. 

Kiwi, kaya dengan vitamin C yang dapat menguatkan akar rambut. Candlenut secara tradisinya terkenal dengan sifat regeneratifnya, membantu menggalakkan pertumbuhan rambut dengan mengaktifkan sel stem dalam folikel rambut. Akhir sekali, kacang hijau yang kaya dengan zat besi dan biotin yang sangat penting untuk menggalakkan rambut yang sihat dan mencegah keguguran rambut. 

Selain daripada manfaat luar biasa ini, Hair Loss Series kami bebas daripada toksin, paraben, sulfat dan bahan berbahaya yang lain. Ia juga telah diuji di makmal Singapura. Paling penting sekali, ianya 100% diyakini halal!

Alami cara yang lebih selamat dan semula jadi untuk tangani masalah keguguran rambut selepas bersalin hari ini! Klik di sini untuk mendapatkan Hair Loss Series kami atau mama juga boleh mendapatkannya di Shopee dan Lazada.

Lihat juga apa yang ‘Happy Mamas’ kami katakan tentang produk rawatan rambut Mama’s Choice! 😊

review produk rawatan rambut gugur selepas bersalin

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now