Search

Sakit Badan Ketika Hamil: Atasinya dengan Minyak Herba

Sememangnya pada tempoh kehamilan, para ibu pasti akan berasa tidak selesa dan merasakan sakit-sakit badan. Masalah sakit badan ketika hamil ini lebih ketara pada trimester ketiga terutama ketika anda sedang berjalan-jalan kerana perut anda sudah membesar. Dan adakah anda sedar pada peringkat ini berat badan bayi didalam kandungan sudah berada sekitar 3 kilogram pada usia 39 minggu? 

Dalam artikel ini akan dikongsikan penyebab berlakunya masakah sakit-sakit badan semasa hamil, apa yang boleh anda lakukan untuk meredakan kesakitan dan bagaimana ubat-ubatan herba tradisional dapat memberi keajaiban pada tubuh anda. 

Apakah faktor menyebabkan sakit badan ketika hamil? 

Rasa sengal dan sakit badan merupakan sebahagian daripada perjalanan proses kehamilan. Ia mendatangkan rasa tidak selesa dan sayangnya perkara ini tidak dapat dielakkan. Salah satu sebab utama mengapa kita mengalami kesakitan seperti ini adalah kerana keadaan tubuh wanita berubah sepanjang kehamilan untuk menampung ligamen janin mereka yang sedang membesar. Sebagai contoh perut semakin menegang ketika rahim mengembang. Malah kawasan tulang berdekatan kemaluan juga mengalami kesakitan yang agak perit disebabkan ligamen pelvis yang semakin longgar. 

Kesakitan apakah yang sering dialami oleh wanita hamil? 

Terdapat pelbagai jenis pengalaman kesakitan yang dialami oleh ibu hamil. Kekejangan, kontraksi Braxton-Hicks, keletihan, sakit kepala, dan sakit pelvis adalah kesakitan yang biasa dialami. 

Sciatica 

Ramai wanita hamil mengalami kekejangan atau rasa ngilu di bahagian kaki disebabkan rahim mereka semakin membesar. Sekiranya anda mengalami kesakitan yang berlanjutan dari punggung bawah ke belakang kaki, lutut, atau kaki, anda mungkin menghidapi sciatica. 

Sindrom Carpal Tunnel 

Pergelangan tangan anda mungkin mengalami kesakitan ketika kehamilan. Tahukah anda bahawa 31% hingga 62% wanita hamil mengalami sindrom karpal? Menurut Healthline, ini biasanya disebabkan pengekalan cecair dan juga masalah bengkak yang berlaku semasa kehamilan. Dengan keadaan saluran yang sempit, menjadikan saraf median menjadi mampat sekaligus menyebabkan rasa sakit dan kebas di bahagian jari. 

Sakit Belakang 

Anda pasti akan mengalami sakit punggung sepanjang waktu kehamilan. Ini disebabkan oleh ketegangan perut dan otot punggung anda. Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Manusia A.S. menekankan bahawa wanita hamil juga akan “sakit di dekat tulang pelvis kerana tekanan kepala bayi.” Ini adalah tambahan kepada penyebab sendi yang longgar dan ianya berlaku sebagai persediaan untuk melahirkan anak. Malah perubahan hormon dan postur badan anda juga boleh menyebabkan rasa sakit belakang ketika kehamilan. 

Deep Vein Thrombosis 

Walaupun sebahagian besar kesakitan badan yang anda alami semasa hamil adalah normal, tetapi sebenarnya perlu juga diberi perhatian. Dalam artikel yang diterbitkan di Parents.com, Donna Dizon-Townson, MD, penolong profesor obstetrik dan ginekologi di University of Utah di Salt Lake City, menekankan bahawa perubahan hormon juga menyebabkan wanita hamil berisiko mengalami pembekuan darah. 

Salah satu perkara yang perlu diperhatikan adalah trombosis urat dalam, yang berlaku kerana tekanan rahim boleh menghalang peredaran darah dan “menyebabkan darah berkumpul di kaki anda.” Gejala utama yang perlu diperhatikan adalah jika ia berwarna merah, menyakitkan, bengkak, dan terasa panas ketika disentuh. 

Apakah kaedah semulajadi yang boleh mengatasi rasa sakit badan ketika hamil? 

Biasanya, ubat penahan sakit adalah ubat yang diperlukan untuk mengurangkan rasa kesakitan. Anda selalu boleh mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor sekiranya kesakitannya tidak dapat ditanggung dan mempengaruhi aktiviti seharian anda. Ini penting kerana terdapat ubat yang benar-benar selamat digunakan sepanjang kehamilan. 

Pastinya terdapat beberapa wanita hamil memilih untuk mengelakkan pengambilan ubat sama sekali kecuali jika mereka benar-benar memerlukannya. Sekiranya anda ingin menangani masalah itu sendiri, cara-cara semulajadi ini adalah kaedah terbaik dan paling selamat untuk memberi rasa kelegaan. Berikut adalah beberapa kaedah selamat yang boleh anda lakukan di rumah. 

Untuk Sindrom Carpal Tunnel

  • Angkat pergelangan tangan anda 
  • Gunakan splint untuk pergelangan tangan 
  • Elakkan atau kurangkan aktiviti yang memerlukan anda menggerakkan pergelangan tangan 
  • Terapi sejuk (menggunakan ais batu dan sebagainya). 
  • Rehat 
  • Melakukan yoga 
  • Hadiri terapi fizikal 

Untuk sakit belakang: 

  • Amalkan diet yang betul dalam menguruskan kenaikan berat badan 
  • Cuba senaman seperti yoga 
  • Gunakan tali pinggang sokongan kehamilan 
  • Pakai kasut yang selesa 
  • Elakkan membawa barang yang berat 
  • Semasa mengambil sesuatu di lantai, bengkokkan lutut dan luruskan punggung anda 
  • Lakukan urutan tetapi elakkan tekanan pada tulang belakang 
  • Jangan berdiri terlalu lama 
  • Duduk di kerusi dengan sokongan punggung yang baik 
  • Letakkan pad pemanas (heating pad) di bahagian belakang anda 

Untuk Sciatica dan Kekejangan Kaki: 

  • Cuba senaman seperti aerobik di dalam air atau yoga 
  • Amalkan regangan harian 
  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium 
  • Pakai kasut yang selesa 
  • Elakkan menyilang kaki anda 
  • Angkat kaki anda 
  • Gunakan terapi panas dan sejuk 
  • Amalkan postur badan yang betul ketika duduk 

Bagaimana minyak urut dapat membantu mengatasi sakit badan ketika hamil? 

Tidak dinafikan bahawa urutan pranatal dapat memberi keselesaan kepada wanita hamil. Tetapi salah satu aspek urutan yang menjadikannya sangat bermanfaat adalah jenis minyak yang digunakan. Dengan campuran minyak yang betul, mereka yang diurut akan rasa betul-betul relaks dan memberi kelegaan pada kesakitan – ini semua hasil daripada bahan terapeutik atau aromatik minyak tersebut. 

Cajuput adalah salah satu minyak yang dapat memberikan banyak faedah. Healthline menekankan bahawa walaupun sudah lama dianggap sebagai antiseptik dan bagus untuk luka kecil dan calar, ia juga berguna untuk sakit otot dan sendi. Ini kerana cajuput (juga dikenal sebagai cajeput) mengandungi bahan kimia yang disebut cineole, yang berfungsi untuk menghilangkan rasa sakit di bawah kulit. 

Minyak apakah yang selamat untuk kehamilan dan apa yang harus anda elakkan? 

Tidak semua minyak dihasilkan sama. Menurut Ellen Comiskey, M.D., pakar obstetrik yang diperakui oleh lembaga dari Moreland OB-GYN, “kebanyakan minyak pati adalah selamat digunakan secara sederhana semasa kehamilan.” Namun begitu, wanita hamil mesti “selalu berhati-hati dan berjumpa doktor sebelum menggunakan minyak pati semasa kehamilan,” jelasnya. Salah satu sebab anda mesti berhati-hati ialah kerana ianya boleh berkait dengan mendorong rasa kontraksi. 

Menurut WebMD, beberapa minyak pati yang baik digunakan ketika hamil adalah seperti lavender, bergamot, lemon, oren liar, kapulaga, halia, nilam, geranium, peppermint, thyme, limau gedang, daun teh dan rosemary. 

Sementara itu, National Association for Holistic Aromatherapy menekankan bahawa wormwood, oakmoss, parsley seed, sage, camphor, rue, dan hyssop harus dielakkan semasa kehamilan. 

Menggunakan Mama’s Choice Herbal Oil untuk Melegakan Sakit Badan Ketika Hamil

JIMAT 21% untuk Mama’s Choice Herbal Oil | HANYA RM47.90 RM37.90

Ibu yang arif pasti ingin memastikan keselamatan produk yang mereka gunakan. Dan ibu hamil sekalian tidak perlu bimbang dengan Mama’s Choice Herbal Oil ini kerana ianya 100% dihasilkan daripada bahan semulajadi. Diformulasi daripada 62% minyak zaitun, 25% minyak cajuput, 10% minyak biji anggur dan 3% minyak lavender. 

Minyak Cajuput: Melegakan rasa sakit otot dan sendi 

Minyak Zaitun: Membantu menghidrat kulit agar kulit lebih lembut dan licin 

Minyak Biji Anggur: Kaya dengan antibodi yang melembapkan kulit tanpa menyumbat liang 

Minyak Lavender: Memberi aroma yang begitu menenangkan 

Campuran yang berkesan yang sama seperti di dalam ubat tradisional, sapuan minyak ini pada kulit anda melalui urutan lembut dapat membantu melegakan sengal dan kesakitan badan ketika hamil. Sama ada anda menggunakannya di pergelangan tangan, punggung, atau kaki, Mama’s Choice Herbal Oil ini benar-benar selamat digunakan. Dengan penggunaan yang konsisten, ia dapat melegakan kesakitansecara semulajadi dan pada masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit anda! 

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now