Search

Punca dan Cara Atasi Sakit Gigi Semasa Kehamilan

Mengapa wanita hamil sering mengalami sakit gigi semasa mengandung? Bagaimana wanita hamil harus mengatasi masalah sakit gigi apabila mereka tidak boleh mengambil ubat sakit gigi yang biasa mereka gunakan? Apakah bahayanya akibat sakit gigi? Jom kita ikuti kupasannya melalui pembacaan di dalam artikel ini!

Apakah penyebab sakit gigi semasa mengandung?

Terdapat beberapa penyebab sakit gigi semasa kehamilan, ini termasuklah:

  • Mempunyai sejarah masalah kaviti dan kerosakan gigi sebelum kehamilan lagi.
  • Kurang mengambil berat tahap kebersihan mulut kerana kerap loya.
  • Peningkatan hormon progesteron yang melemahkan sistem imun dan membolehkan lebih banyak bakteria hidup di gusi anda.
  • Perubahan pH air liur pada wanita hamil. Air liur menjadi lebih berasid dan membolehkan plak gigi terbentuk lebih cepat.
  • Mual dan muntah boleh merosakkan enamel gigi dan meningkatkan risiko berlakunya karies.
  • Kekurangan kalsium dalam badan. Semasa mengandung, pengambilan kalsium anda dikongsi antara badan anda dan janin dalam kandungan.

Perlukah saya berjumpa dengan doktor gigi?

Ya semestinya! Ini kerana wanita hamil seharusnya lebih mengambil perhatian tentang kesihatan mulut mereka.

Sebaiknya lakukan pemeriksaan gigi pada tempoh antara trimester kedua kehamilan hingga awal trimester kehamilan ketiga. Jangan biarkan rawatan gigi pada saat akhir trimester ketiga kerana ia boleh mengganggu keadaan rahim dan sekaligus mempengaruhi proses kelahiran.

Apakah bahaya sakit gigi semasa mengandung?

Menurusi rujukan di Jurnal Periodontologi telah menyatakan bahawa sakit gigi yang dialami boleh menyebabkan jangkitan gusi sekaligus boleh mengganggu kehamilan, Antara kesan kepada kehamilan seperti:

1. Komplikasi kehamilan

Semasa kehamilan berlakunya perubahan hormon yang menyebabkan tubuh bertindak balas dengan plak (lapisan bakteria yang terdapat pada gigi). Oleh yang demikian ibu hamil akan mudah mendapat masalah sakit gigi sekiranya tidak menjaga kesihatan mulut dengan baik. Sistem badan ibu akan menjadi lemah apabila ibu sakit gigi dan boleh menyebabkan demam dan batuk. Proses jangkitan bukan sahaja memberi kesan kepada ibu bahkan pada janin didalam kandungannya juga.

2. Keguguran

Jika sistem imun kita lemah akan menyebabkan pelbagai komplikasi kepada ibu. Ini boleh menganggu proses sepanjang kehamilan. Paling merbahaya jika berlakunya jangkitan kuman yang boleh menyebabkan keguguran.

3. Bayi yang kurang berat badan

Sakit gigi juga merupakan tanda awal ibu mempunyai masalah kurang kalsium. Apabila ibu hamil mengalami masalah tidak cukup kalsium didalam badan memberi kesan kepada tumbesaran janin didalam kandungan. Dan setelah dilahirkan berat bayi didapati kurang daripada yang sepatutnya untuk seorang bayi yang sihat.

4. Kelahiran pramatang

Risiko keadaan ini akan bertambah buruk jika anda cuba melegakan sakit gigi dengan mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor. Ibu juga boleh mencuba menggunakan bahan semula jadi seperti cengkih, baking soda dan bawang putih untuk melegakan rasa sakit gigi.

Cara mengatasi sakit gigi semasa kehamilan

  • Sentiasa rujuk kepada doktor gigi. Sila maklumkan kepada doktor gigi bahawa anda hamil! Ini akan membantu doktor gigi menyesuaikan dos ubat sakit gigi yang sesuai.
  • Berkumur dengan air bergaram. Ini adalah langkah yang mudah tetapi kesannya hebat. Campurkan 1 cawan air dengan setengah sudu teh garam.
  • Ambil makanan yang kurang manis atau bergula. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mengurangkan gula sepenuhnya, cubalah kurangkannya sedikit demi sedikit. Sebagai alternatif, berkumurlah dengan air biasa dan gosok gigi selepas menikmati makanan manis untuk mengelakkan jangkitan bakteria.
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini amat berkesan untuk ibu yang sering mengalami sakit gigi pada trimester ketiga. Makanan yang kaya dengan serat akan membantu membersihkan sisa makanan di dalam mulut.
  • Elakkan ubat kumur yang mengandungi alkohol. Alkohol boleh membunuh bakteria baik di mulut dan membiarkan bakteria berbahaya merosakkan enamel gigi. Pilih ubat kumur tanpa alkohol yang selamat untuk wanita hamil dan menyusu.
  • Gosok gigi dengan lebih kerap. Sangat mudah dan ianya sangat penting untuk kesihatan gigi anda. Berus sekurang-kurangnya 2 kali sehari, terutama sebelum tidur. Anda digalakkan memilih ubat gigi yang selamat untuk diri sendiri dan bayi anda. Boleh didapati di Shopee dan Lazada.

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now