Search

Bergaya Dengan Seluar Legging Wanita Hamil Mama’s Choice

Legging hamil adalah seluar yang mengikut badan khas untuk kegunaan bagi mereka yang sedang hamil. Seluar ini diperbuat daripada material yang lembut dan elastik seperti spandeks atau poliester. Penggunaan seluar legging akan mengikut bentuk kaki dan peha pemakai dan akan menampakkan kaki kelihatan lebih panjang serta lebih langsing.

Lebih menarik lagi, legging boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut keselesaan dan citarasa. Bermula dari kemeja-t, blouse dan pelbagai lagi. Ada juga yang memakai legging bersama dengan jubah ataupun skirt panjang. Katanya lebih selesa jika mahu lakukan apa sahaja aktiviti.

Perbezaan antara legging untuk wanita hamil dan legging biasa

Legging hamil cenderung mempunyai bahan yang lebih elastik. Ukuran getah di pinggang biasanya lebih lebar dan boleh menyesuaikan ukuran perut pemakai yang hamil. Jadi, tidak kira samada saiz perut anda kecil atau besar, legging hamil masih boleh digunakan dan ianya tetap muat dari perut sehingga kaki.

Selain itu, legging hamil juga dilengkapi dengan tali tambahan sebagai fungsi untuk mengetatkan ataupun melonggarkan. Jadi tidak hairanlah legging hamil boleh digunakan sehingga trimister ketiga.

Seperti Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings yang boleh digunakan dari awal kehamilan sehinggalah setelah anda bersalin. Tetap selesa kerana ianya didatangkan dalam saiz – “free size”

Cara memilih seluar legging hamil yang selesa

1. Pilih material tebal, tetapi tetap elastik dan selesa

Tidak semua material elastik memberikan keselesaan terbaik. Pilih bahan yang tidak mudah meregang, tetapi sejuk semasa digunakan. Jangan pilih legging yang terlalu ketat. Ini akan menyebabkan peredaran darah di kaki anda tidak lancar. Pastikan material legging anda juga jenis boleh serap peluh.

Seperti jenama Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings materialnya diperbuat dari 60% kapas dan 40% poliester, biarpun tebal tapi tetap terasa lembut sekaligus memberikan keselesaan.

2. Pilih warna yang neutral

seluar legging wanita hamil

Mama’s Choice mengesyorkan agar anda memilih legging berwarna neutral agar mudah dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian. Seperti warna yang ditawarkan di dalam siri Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings iaitu warna hitam, kelabu (cerah/gelap) dan navy. Dan warna ini adalah pilihan ibu hamil yang hebat dan bijak dalam penggayaan.

3. Pastikan Ibu masih boleh bergerak dengan selesa

Walaupun badan anda berada dalam keadaan fit, pastikan juga seluar legging mempunyai pengudaraan yang baik. Pilih sesuatu yang tidak terlalu ketat, tetapi boleh menyesuaikan dengan ukuran perut Ibu yang mana akan terus membesar pada masa akan datang. Ini kerana seluar legging yang terlalu ketat boleh mengganggu perkembangan janin. Oleh itu, pastikan apabila kita memakai seluar legging ianya dapat memberikan 100% rasa keselesaan.

4. Beli seluar legging pada waktu yang terbaik

Seluar legging sememangnya sering menjadi pilihan untuk kegunaan pada awal kehamilan. Oleh itu, sekurang-kurangnya kita perlu sediakan 2-3 seluar legging untuk kegunaan yang berulang. Pilih seluar legging dari jenis longgar, boleh meregang (tetapi tidak telalu mudah) dan masih dapat digunakan pada trimester berikutnya. Seperti Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings yang juga boleh digunakan selepas bersalin.

Jadi ibu-ibu bolehlah dapatkan Mama’s Choice Activewear Maternity Leggings ini sekarang di kedai rasmi Mama’s Choice di Shopee dan Lazada, ya! 🙂

seluar legging wanita hamil

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now