Search

Sindrom Pica, Wanita Hamil Mengidam Benda-Benda Pelik?

Pernah atau tidak kita menghadapai atau mengenali seseorang yang sedang hamil mengidamkan sesuatu yang sangat pelik. Contoh teringin hendak menikmati beras bersama minyak tanah, teringin hidu bau kasut getah dan pelbagai lagi.   

Mengidam yang pelik-pelik ini dikenali sebagai sindrom Pica. Sindrom yang boleh dialami samada ibu yang sedang hamil dan juga kanak-kanak yang sedang membesar. Jika dilihat kepada jenis mengidam yang dialaminya biasanya bukanlah berbentuk makanan tetapi lebih kepada barangan atau benda yang boleh menjejaskan kesihatan ibu yang hamil dan juga bayi di dalam kandungan. 

Ianya juga dikatakan sebagai tanda yang menunjukkan individu yang mengalaminya mengalami masalah kekurangan zat pemakanan di dalam makanan. Sebagai contoh, mereka yang ingin makan batu-bata, menunjukkan bahawa mereka sebenarnya kekurangan zat besi.  

Begitu juga dengan keadaan mereka yang mengambil makanan dari bentuknya yang biasa dan digabungkan pula dengan makanan lain yang luar biasa. Contohnya seperti ingin menikmati makanan secara mentah dan bahan masakan ketumbar bersama. Memang sangat pelik! Untuk kes-kes seperti ini perlulah dirujuk kepada doktor untuk mengenal pasti nutrien mana yang mungkin hilang dan memulakan rawatan yang paling sesuai. 

Apa itu Sindrom Pica? 

Sindrom pica juga dikenali sebagai picamalacia adalah keadaan di mana seseorang itu mempunyai keinginan untuk makan benda-benda “aneh”, bahan-bahan yang tidak boleh dimakan atau mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan. Contohnya seperti ais batu, rambut, pasir, syiling, beras, sabun mandi dan pelbagai lagi.

Istilah ‘Pica’ ini berasal dari perkataan Latin iaitu ‘magpie’.  Dan ‘magpie’ membawa maksud akan makan apa sahaja. Pakar perubatan telah mengklasifikasikan pica sebagai gangguan makan. Dipercayai sebilangan wanita mungkin mengalami sindrom pica semasa kehamilan. 


Kesan yang dialami oleh mereka yang mempunyai sindrom Pica ini antaranya adalah:- 

  • Gigi patah atau rosak 
  • Sakit perut 
  • Najis berdarah 
  • Keracunan plumbum 

Komplikasi yang berkaitan dengan Sindrom Pica 

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sindrom Pica ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Beberapa komplikasi yang berkaitan dengan sindrom Pica adalah: 

  • Produk tertentu seperti cat yang mempunyai bahan toksik. Sekiranya menikmatinya boleh menyebabkan keracunan. Sekaligus mendatangkan komplikasi yang lebih serius seperti kerosakan otak dan juga kematian. 
  • Pengambilan bahan yang tidak dapat dicerna contohnya kapur yang mana boleh menyebabkan penyakit sembelit dan boleh merosakkan sistem pencernaan termasuklah usus. Selain itu, memakan benda-benda tajam boleh menyebabkan kecederaan pada mulut, leher atau perut. 
  • Bakteria atau parasit yang ditelan boleh menyebabkan jangkitan serius yang menjadikan punca kerosakan hati dan buah pinggang. 
  • Kewujudan gangguan psikologi yang lain sekaligus boleh menyukarkan rawatan sindrom Pica. 

Apakah Penyebabnya Berlaku Sindrom Pica? 

Sehingga kini, tiada kaedah khusus dalam mengklasifikasikan penyebab sindrom Pica. Pakar kesihatan sendiri perlu menguji dan melihat dari pelbagai keadaan yang berbeza mereka yang dikatakan mengalami masalah sindrom Pica. Ini termasuklah keadaan kesihatan mental seseorang, untuk menentukan kemungkinan penyebabnya mereka mengalami sindrom tersebut.

Kehadiran ahli psikologi juga penting untuk membuat diagnosis yang betul. Penilaian terhadap gangguan lain perlu dilakukan seperti punyai latar belakang ciri-ciri penyakit mental, gangguan perkembangan atau gangguan obsesif-kompulsif. 

Pakar percaya bahawa beberapa kumpulan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami sindrom Pica. Antaranya seperti:- 

1. Mereka yang mengalami autistik (mempunyai penyakit autism) 

Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.  

Ada setengah anak yang mengalami autism juga cenderung dengan tabiat makan benda-benda aneh. Di mana ibubapa atau penjaga perlu memerhati secara dekat kerana anak ini mempunyai masalah untuk memahami dan membezakan perkara yang rasional. 

2. Kekurangan nutrien (kekurangan zat besi) 

Sindrom Pica juga dikaitkan dengan kekurangan zat besi, kalsium, zink, dan zat lain seperti thiamine, niacin, vitamin C dan D. Ianya dikatakan individu ini mengalami masalah malnutrisi dan berusaha untuk mencari pengganti zat yang kurang dalam badan. Salah satu caranya dengan mengambil makanan seperti paku yang dikatakan kaya dengan zat mineral (mitos). 

3. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti skizofrenia 

Penyakit skizofrenia ini merupakan penyakit kesihatan mental yang melibatkan tiga aspek iaitu pemikiran, kelakuan serta perasaan mereka. Individu yang mempunyai masalah ini akan berkelakuan seolah-olah mereka telah hilang dari dunia realiti. 

Sindrom Pica juga sering dikaitkan dengan pesakit skizofrenia kerana ianya melibatkan masalah kewarasan fikiran yang menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar jangkaan dan adakalanya boleh meudaratkan diri sendiri serta orang yang berdekatan. 

4. Wanita hamil 

Wanita hamil adalah antara kumpulan yang berisiko tinggi mengalami sindrom Pica. Menurut pakar, terdapat beberapa faktor yang memnyebabkan seseorang ibu hamil menderita dengan sindrom ini. Antaranya disebabkan oleh faktor kelaparan, kekurangan nutrisi, gangguan gastrointestinal dan pendedahan terhadap patogen dan toksin 

5. Mereka yang berasal daripada negara yang menjadi tabiat atau kebiasaan makan makanan yang tidak bersih 

Kita biasanya akan melihat dan mendengar sendiri terutama negara-negara mundur yang mengalami kesukaran mendapat bekalan makanan, anak-anak mereka akan kutip sampah dan makan, begitu juga ada yang makan tanah untuk kekal hidup. 

Seperti yang berlaku di setengah negara di Afrika, masyarakatnya ada mengamalkan makan tanah liat serta pasir di dalam diet pemakanan harian mereka. Biarpun dianggap tidak bersih dan abnormal, tabiat itu sebenarnya memang wujud dan ia dikenali sebagai “Geophagy. Tabiat ini biasanya disokong oleh faktor kekurangan nutrisi dalam diet harian mereka. Ini termasuklah kekurangan mineral seperti garam dan magnesium yang menurut saintifiknya memang sangat diperlukan dalam sistem saraf manusia bagi menggalakkan kelancaran pertumbuhan otot serta pergerakan jantung. 

Sindrom Pica pada Wanita Hamil 

Kesan sindrom Pica kepada wanita hamil sangat besat dan boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja pada diri bahkan kepada bayi didalam kandungan. Ini kerana sindrom Pika menyebabkan ibu tidak mengambil jumlah nutrien yang sesuai yang diperlukan oleh badan. Antara risiko yang ketara yang akan berlaku adalah bayi akan dilahirkan dengan berat badan yang sangat rendah. 

Tambahan pula, seperti apa yang berlaku di dalam sindrom ini terdapat keinginan ibu hamil untuk menelan bahan-bahan yang tidak sesuai, begitu juga dengan bahan toksik yang dimakan boleh melepasi halangan plasenta seterusnya sampai ke bayi di dalam perut. Ini boleh menjejaskan perkembangan bayi, berisiko yang boleh menyebabkan keguguran atau kematian ketika tempoh kehamilan. 

Cara Mengurangkan Risiko Menghidapai Sindrom Pica  

1. Tahan Godaan untuk Makan Makanan Yang Aneh 

Makan benda yang aneh atau tidak biasa dimakan oleh manusia boleh merbahayakan janin. Selain itu dengan menikmati hidangan seperti ini juga menyebabkan anda berisiko mengalami keretakan gigi, gangguan pencernaan, keracunan plumbum dan boleh menyebabkan kerosakan otak. 

2. Alihkan Perhatian 

Sekiranya anda mengalami simptom sindrom ini, apa yang perlu anda lakukan ialah mencari makanan dengan tekstur yang serupa untuk dimakan. Contohnya, jika anada teringin makan batu-bata mungkin anda boleh mengalihkan perhatian dengan menikmati isi daging burger. Di samping itu, anda boleh mengalihkan perhatiandengan mencari aktiviti lain yang lebih santai seperti senaman yoga. 

3. Makan Makanan Berkhasiat 

Semasa hamil, pengambilan makanan yang mengandungi zat besi sangat penting untuk anda dan janin. Ibu dicadangkan untuk lebih mengambil hidangan daging lembu tanpa lemak, salmon, ayam, brokoli, bayam, dan sayur-sayuran hijau yang lain. 

4. Elakkan Menggunakan Produk Yang Dibuat Dari Toksin Berbahaya

Anda boleh mencegah sindrom Pica dengan mengelakkan penggunaan produk yang mengandungi parabens, SLS, triclosan, alkohol, ammonia, dan bahan toksik lain. Gunakan produk dengan bahan-bahan yang selamat, halal, dan ramuannya dari unsur semulajadi seperti produk dari rangkaian penjagaan untuk wanita hamil dari Mama’s Choice. 

Produk Mama’s Choice sememangnya telah melalui beberapa ujian klinikal dalam memastikan produk jenama ini benar-benar selamat digunakan. Apa yang penting, bukan sahaja produk yang berkualiti bahkan ianya juga memberi manfaat kepada penggunanya. Anda boleh mendapatkan produk kami di laman rasmi Shopee dan juga Lazada. Klik gambar dibawah untuk lihat rangkaian produk Mama’s Choice yang lengkap! 

Shop maternity, pregnancy and breastfeeding products

 

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now