Search

Skincare Selamat untuk Ibu Hamil, Pastikan Tiada 4 Bahan Berbahaya Ini!

Pemilihan skincare yang selamat adalah sangat penting untuk ibu yang sedang hamil! Ini kerana kehamilan akan menyebabkan pelbagai perubahan berlaku pada badan anda, termasuklah kulit! Antara masalah yang sering dialami oleh wanita hamil adalah ruam dan stretch mark. Bukan itu sahaja, ada sesetengah wanita kulit mereka lebih sensitif contohnya naik jerawat di muka. 

Bagi mengatasi masalah ini, kebiasaannya kita akan menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dan selamat buat wanita yang sedang hamil.

Mengapa anda menghadapi masalah kulit semasa mengandung?

Masalah kulit seperti berjerawat adalah berpunca daripada jumlah hormon berlebihan terutamanya oestrogen dan progesterone yang merupakan hormon seks wanita. Selain itu, ia juga disebabkan hormon seks lelaki iaitu testosteron dan androgen.

Semua hormon ini memainkan peranan secara langsung dalam pengeluaran sebum. Perubahan jumlah gula dalam darah yang mengalir serta insulin hormon juga antara penyebab kenaikan jerawat semasa hamil. Faktor-faktor ini juga mempunyai kesan pada pengeluaran minyak pada wajah. Lebihan minyak yang dikeluarkan menyebabkan liang roma tersumbat.

Salah satu hormon lelaki iaitu androgen sangat cenderung mencapai tahap paling tinggi semasa di usia kandungan trimester ketiga. Ini menyebabkan jerawat semasa hamil bertambah teruk berikutan usia kandungan semakin meningkat. Hormon ini juga mengakibatkan pertumbuhan bulu secara berlebihan dan sekaligus menebalkan kulit ibu mengandung.

Disebabkan itu, wanita hamil digalakkan mencuci muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang sesuai dan sapukan pelembap muka tanpa minyak.

Perlu juga diingatkan untuk jangan gosok kawasan muka yang berjerawat. Ini boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi lebih teruk. Biasanya, beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda akan beransur pulih kepada sediakala. Sekiranya ingin memakai krim jerawat, dapatkan nasihat doktor kerana jika anada menggunakan krim sebarangan dikhuatiri akan memberi kesan kepada kandungan.

Pastikan anda membaca ramuan yang terdapat pada label sebelum membuat keputusan untuk membeli. Perhatikan juga sekiranya terdapat bahan-bahan merbahaya yang boleh mendatangkan kesan kepada kandungan. Antara bahan merbahaya seperti :-

1. SLS

SLS (sodium lauryl sulfate) bertindak sebagai agen pembuih dalam banyak produk syampu dan sabun. World Health Organization (WHO) dan International Labour Organization (ILO) telah menglasifikasi SLS sebagai bahan berbahaya. Ini kerana SLS boleh menyebabkan kulit kering, sensitif dan mengelupas.

Badan kita tidak dapat memecah bahan kimia ini. Sekiranya digunakan dalam tempoh waktu yang lama, masalah pada sistem saraf dan fungsi ginjal dan hati akan terjadi. Mual, muntah dan cirit-birit juga boleh berlaku sekiranya bahan ini tertelan.

Menerusi Journal of The American College of Toxicology, satu eksperimen telah dilakukan melalui penggunaan SLS pada tikus bunting, mendapati terdapatnya penurunan berat badan dan pertumbuhan pada tikus. Kadar kehamilan pada haiwan ini juga menurun. Selain itu, terdapat kelewatan dalam pembentukan tulang, berat janin yang rendah, dan berlakunya bibir sumbing pada bayi tikus.

3. Paraben

Paraben biasanya digunakan sebagai pengawet dalam pelbagai produk kosmetik. Ianya berfungsi untuk mencegah pertumbuhan bakteria atau patogen yang merbahaya dan boleh membiak di dalam produk kosmetik yang menjadi kegunaan setiap hari. Kajian juga mendapati paraben boleh menyebabkan gangguan proses metabolisme pada janin. Selain itu dikatakan paraben bertindak dengan menyerupai hormon estrogen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara.

Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben, isopropylparaben dan isobutylparaben yang terdapat dalam kebanyakan formulasi bahan produk kosmetik dan penjagaan wajah.

Pengawet lain yang juga sering digunakan dalam produk penjagaan wajah dan kosmetik adalah formaldehid dan phthalates. Walaupun kesannya masih dalam peringkat kajian tetapi tidak ada salahnya untuk kita berhati-hati dengan mengelakkan dari menggunakan produk yang mengandungai paraben, formaldehid, dan phthalates.

4. Alkohol dan merkuri

Alkohol (etil alkohol) dapat menghilangkan minyak semula jadi kulit. Selain itu, alkohol juga boleh menyebabkan rosacea (sejenis ruam pada wajah) atau urat labah-labah (serupa dengan urat varikos pada kaki) pada wanita hamil.

Manakala merkuri pula merupakan sejenis bahan yang merbahaya kepada tubuh jika diminum atau disapu pada kulit. Unsur merkuri yang ada di dalam penjagaan wajah akan diserap melalui kulit, kemudian akan dialirkan melalui darah keseluruh tubuh badan.

Paling menakutkan, merkuri tersebut akan mendap di dalam ginjal yang boleh menyebabkan terjadinya masalah ginjal. Selain itu, terdapat masalah lain turut akan muncul seperti perubahan warna kulit, bintik-bintik hitam pada kulit alergi, iritasi kulit, kerosakan kekal pada saraf, gangguan perkembangan janin dan pelbagai lagi.

5. Wangian

Sage Honey
Sage Honey

Wangian sering digunakan dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik untuk memberikan sensasi yang menyenangkan ketika menggunakannya. Walaubagaimanapun, terdapat wangian diperbuat daripada bahan-bahan berbahaya seperti paraben, derivatif benzena, aldehid, dan lain-lain. Bahan berbahaya ini sering dikaitkan dengan masalah barah dan sistem saraf.

Minyak pati merupakan alternatif semula jadi untuk minyak wangi buatan yang biasanya dianggap selamat. Namun sebenarnya untuk wanita hamil dan sedang menyusu perlu mengelakkan sementara penggunaan minyak pati. Ini kerana terdapat beberapa jenis minyak pati contohnya seperti daripada herba emmenagoge boleh mendorong aliran darah haid serta merangsang rahim sehingga boleh menyebabkan keguguran pada tahap awal kehamilan. Antara sumber herba emmenagoge adalah seperti Rosemary, Cedarwood, Sage, Juniper, Thyme, Marjoram, Vetiver dan pelbagai lagi.

Minyak pati yang selamat digunakan oleh ibu hamil antara lain seperti tangerin, chamomile dan peppermint.

Sebenarnya, kandungan minyak pati dalam produk penjagaan kulit sangat sedikit. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk tidak menggunakan minyak pati sama sekali pada trimester pertama. Ini terutamanya minyak pati dari kategori herba emmenagoge.

Skincare Selamat untuk Ibu Hamil

JIMAT 33% untuk Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle! | HANYA RM74.90 RM49.90

Nah, memperkenalkan Mama’s Choice Gentle Face Wash yang sememangnya produk penjagaan kulit yang selamat terutamanya buat wanita hamil. Ini merupakan pencuci muka pertama yang dirumus khas untuk wanita hamil dan menyusu.

Selain tidak mengandungi SLS, wangian, alkohol, dan paraben, Mama’s Choice Gentle Face Wash juga diformulasikan daripada bahan-bahan yang selamat dan halal seperti:

  • Ekstrak beras untuk mencerahkan dan melembapkan kulit
  • Ekstrak kolagen untuk membantu kulit wajah menjadi lebih anjal

Bagi mendapatkan seri wajah yang kekal berseri dan sihat sepanjang proses kehamilan anda, kami sarankan anda untuk mencuba Mama’s Choice Gentle Face Wash bersama-sama dengan Mama’s Choice Daily Protection Face Moisturizer! Pelembap dan sunscreen dalam satu, ia mampu melembapkan wajah anda secara mendalam serta menawarkan perlindungan matahari yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, pelembap muka kami bebas dari bahan kimia berbahaya dan kaya dengan bahan semulajadi seperti ekstrak beras, minyak oren dan asid hyaluronik.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom dapatkan kulit glowing , licin dan sihat yang anda idamkan dengan Mama’s Choice 2-in-1 Face Care Bundle sekarang dan nikmati penjimatan hebat! Juga boleh didapati di Shopee dan Lazada okay!

Author Mama's Choice Team

Mama's Choice Team

The Mama's Choice MY team is consisted of 4 beautiful mamas who are strong and dedicated in being the support system that many mamas need these days. <3

COMMENTS

0 Comments
Leave a comment

Your Cart (0)

Close

Add RM50.00 to earn Free shipping!

Mini Cart

Your cart is empty.

Shop now